Jumaat, 15 Ogos 2014

PAS Tegas Menolak Anwar..!


PAS Pusat kata…

KUALA LUMPUR - Pas tetap dengan keputusan mereka menolak Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal memegang jawatan berkenaan.
"Alasan kami mengenai penolakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor telah diberikan kepada pimpinan PKR menerus pertemuan secara tertutup baru-baru ini.
"Abdul Khalid diterima sultan sehingga satu masa. Kalau orang lain jadi menteri besar pun kita akan bersama dengan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Lajnah Politik Pas, malam ini. 
Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurutnya, mesyuarat yang diadakan selama dua jam turut membincangkan mengenai tindakan dua Adun Pas Selangor yang menyokong Wan Azizah walaupun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama.
"Kita akan menjalankan siasatan terlebih dahulu dan bakal memanggil mereka untuk memberikan penjelasan," katanya.
Ditanya mengenai kedudukan empat Exco Selangor daripada parti berkenaan, ia turut dibincangkan namun keputusan akhir hanya akan diumumkan selepas Mesyuarat Pimpinan Pas Pusat Isnin hadapan.

PAS Selangor kata

KUALA LUMPUR: PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor atau berhadapan dengan tindakan.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata tindakan itu termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan mereka sewaktu menjadi calon. 
'Tindakan dua ADUN PAS Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

"PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuansi tindakan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Kenyataan itu sebagai rekasi kepada tindakan ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Mohd Khairuddin berkata, perbuatan kedua-dua ADUN PAS itu amat serius kerana ia
tidak menurut tatacara dan arahan yang telah ditetapkan parti berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
"Arahan daripada Pesuruhjaya adalah tumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti," katanya.

Beliau menegaskan kepada mereka berdua bahawa PAS mempunyai organisasi negeri, kepemimpinan pusat dan majlis syura ulama yang harus dipatuhi.

"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan. Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17hb ini?

"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17hb ini. Sebab itu sabar," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan