Susulan kiriman sebelum ini, Melayu Kristian?, ada juga yang bertanya kembali dengan beberapa persoalan. Antaranya ada yang berkata kalau dah murtad masuk Kristian, hilang taraf kemelayuannya, mengikut Perlembagaan Persekutuan. Ya, benar.
Ada pula yang sangsi dengan pendedahan saya. Seperti biasa, saya selalu sebut, yang skeptik itu akan terus diperbodohkan. Atau mereka ini sendiri adalah dari golongan mereka yang akan saya bicara dalam kiriman ini, iaitu "Gerakan Dalaman" atau "Insider Movement".
Gerakan Dalaman/Insider Movement ini ialah bagi mereka yang telah murtad, mereka akan merahsiakannya dan kekal tinggal dalam keluarga Islamnya tanpa dikesan kerana berpura-pura seperti masih lagi beragama Islam.
Mereka ini tidak perlu menzahirkan anutan baru mereka dengan menghadiri upacara di gereja. Sebab itulah golongan ini turut digelar sebagai penganut Kristian tanpa gereja atau "Churchless Christianity".
Sebagai contohnya, golongan murtad ”insider movement” ini akan berpura-pura patuh kepada nasihat ibu bapa mereka seperti bila disuruh memakai tudung mereka akan akur, bila disuruh ke masjid mereka patuh dan turut bersama bila solat berjemaah. Ini menyebabkan ibu-bapa mereka langsung tidak akan mengesyaki bahawa anak mereka telah murtad.
Cerita sebegini mengingatkan kita kepada suatu kisah seorang mahasiswi institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang meninggal dunia akibat kemalangan dan apabila diangkat jenazahnya ternampak rantai salib yang terselindung di bawah tudung yang dipakainya. Amat menyedihkan bila ibu-bapa si-mati tidak pernah mengetahui atau mengesyaki bahawa anak mereka telah pun dimurtadkan.
Dalam keadaan jika terdapat satu keluarga yang mana seluruh anggota keluarganya telah murtad dan menganut Kristian dan tinggal di kawasan masyarakat orang Islam, mereka dikehendaki mengekalkan identiti luaran mereka seolah-olah mereka masih Islam. Mereka ini digalakkan oleh puak evangelis untuk menyambut hari Raya sepertimana ketika mereka masih beragama Islam, termasuklah disarankan agar menghiasi rumah mereka dengan langsir baru, membeli pakaian baru untuk anak-anak mereka, menyediakan juadah untuk Hari Raya dan sebagainya. Sehinggakan ketika umat Islam menyambut Aidil Adha, golongan murtad ”insider movement” ini disarankan supaya menyertai sembelihan korban agar umat Islam tidak mengesyaki bahawa mereka sebenarnya bukan lagi beragama Islam. Saranan sebegini semuanya terdapat dalam majalah Christianty Today - gambar yang saya lampirkan di atas.
Suasana di rumah mereka pula tidak mempunyai apa-apa elemen berkenaan dengan agama baru mereka, malah mereka tidak langsung akan meletakkan tanda salib mahupun apa-apa bahan bacaan berkaitan Kristian di rumah mereka kerana bimbang ditemui oleh saudara mara atau sahabat handai yang datang berkunjung. Perkara ini turut disahkan dalam kajian oleh seorang paderi untuk mengenalpasti identiti dan kehidupan sosial orang-orang Melayu di Malaysia yang telah murtad mengikuti ajaran Kristian (rujuk: Melayu Kristian?)
Puak evangelis mengkategorikan orang-orang Islam yang murtad kerana menganuti agama Kristian, sebagai “penganut yang berlatar belakang Islam” (Muslim Background Believers – MBB). Bagi orang Islam yang murtad dan menganut agama Kristian tetapi berpura-pura seolah-olah masih beragama Islam dan tidak langsung mengzahirkan cara hidup dan amalan agama Kristian, mereka ini dikategorikan pula sebagai C5. Golongan C5 ini meneruskan kehidupan sama seperti orang Islam lain. Malah mereka dari kumpulan ini dibiarkan terus mengucap dua kalimah syahadah. (baca: Memahami Tindak Tanduk C5 MBB)
Dengan kaedah sebegini masyarakat Islam umumnya tidak lagi mudah untuk mengenal pasti saudara mara mereka atau jiran tertangga mereka yang telah murtad kerana memeluk agama Kristian. Ibu bapa tidak lagi sedar jika anak mereka telah murtad.
Sepertimana saya telah sebut dalam kiriman "Melayu Kristian?", jika berlaku kematian dari kalangan mereka yang telah murtad, kini pihak gereja tidak akan lagi berebut menuntut mayat si mati tetapi membiarkan sahaja keluarga si mati menguruskan jenazah mengikut amalan agama Islam. Pihak gereja pula akan melakukan upacara untuk si mati secara berasingan di gereja mereka tanpa pengetahuan keluarga si mati. Ini bertujuan agar masyakarat Islam tidak lagi digemparkan dengan isu pemurtadan.
Maka, lama-kelamaan sensitiviti umat Islam terhadap isu pemurtadan akan hilang secara beransur-ansur di kalangan masyarakat Islam. Akibatnya, umat Islam lebih senang diperdayakan oleh puak evangelis yang sentiasa mencari jalan untuk memurtadkan umat Islam.
Salah mak bapak tak didik anak.
BalasPadamSalah mak bapak jugak, jahil tp tak nak belajar.
kadang2 kita tak boleh nak salah mak/bapak juga.mak/bapak dah bagi cukup ajaran islam dengan menghantar mereka kesekolah agama tapi dengan keadaan PERSEKITARAN DAN PERGAULAN NGAN KAWAN2 ANAK2 MUNgKIN JUGA TERIKUT dengan cara kehidupan hari ni
BalasPadamTidak semua yg lahir dlm keluarga muslim akan mati sebagai muslim. Dan tidak semua yg lahir dlm keluarga tidak muslim akan mati sbg tidak muslim. Allah Maha Adil memberi hidayah dan iman kepada manusia yg mencarinya dan menghargai kerana syurga Allah bukan murah.
BalasPadamBetul apa yg awk cakap tu... tapisan Allah sangat jitu... hanya yang diberi hidayah berterusan sahaja yang akan mendapat kesudahan yang baik.... mohonlah hidayah dan rahmatnya setiap masa...
PadamNampaknya makin ramai si ekoq-ekoq PENGGANAS yg. ditaja puak SYAITAN Barat-Zionis dan DAPBANGKAIANJING, termasuk MENYAMAQ guna nama Melayu/Islam, serta pakaian & bahasa Islam (sebut Kalimah ALLAH SWT cthnya), sedg. MENGAMOK mcm. ANJING KURAP GILA!
BalasPadamMO biasa si KAPIRDAJAL juga menyamaq masuk Islam utk. berkahwin dgn. Raja-Raja/pemimpin penting Islam/Melayu utk. merosakkan mereka jadi si Liberal pro-budaya Barat-ZIONIS! Dan satu lagi MO si KAPIRDAJAL ialah dgn. menyesatkan anak-anak muda Islam/Melayu kita terutamanya puak artis yg. jadi model anak-anak muda, utk. jadi puak HOMO-LESBI-SODOM dan si PORNO!
Makcik Sambal Belacan.