Rabu, 27 Ogos 2014

Pesawat MalindoAir Terima Ancaman BOM...!



KUALA LUMPUR: Penerbangan sebuah pesawat Malindo Air ke Pulau Pinang dengan membawa 37 penumpang dan anak kapal tergendala selama beberapa jam berikutan ancaman bom sebelum berlepas dari lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Syarikat itu, dalam satu kenyataan, berkata kapten penerbangan dimaklumkan mengenai kemungkinan ancaman bom semasa menaiki pesawat dan sebagai prosedur operasi standard, syarikat penerbangan itu memaklumkan menara kawalan dan pihak berkuasa.

Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Raja Saadi Raja Amrin  berkata pesawat itu yang dijadual berlepas ke Pulau Pinang pada 3.40 petang, telah dibawa ke satu kawasan terpencil untuk menurunkan penumpang dengan selamat dan mereka dikuarantin sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan.

"Unit Pemusnah Bom menjalankan usaha mencari secara menyeluruh dalam pesawat dan bagasi penumpang dan memberi pelepasan bahawa pesawat itu selamat," kata Raja Sa'adi dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata penumpang termasuk seorang bayi dihidangkan makanan dan mereka dipindahkan untuk menaiki pesawat lain yang berlepas ke Pulau Pinang pada 9.30 malam.

Sambil memberi jaminan bahawa keadaan itu ditangani secara profesional, Malindo Air menegaskan bahawa syarikat itu memandang serius ancaman ke atas keselamatan penumpang.

Di SUBANG, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata, penerbangan pesawat itu terpaksa ditangguhkan selepas seorang penumpang lelaki mengeluarkan perkataan 'bom' kepada petugas Malindo Air semasa proses pemeriksaan pas pelepasan.

"Semasa pemeriksaan, lelaki itu menunjukkan pas pelepasan sambil mengatakan "kenapa nak periksa sekali lagi, bukan ada bom pun".

"Ketika itu, petugas penerbangan itu tidak berbuat apa-apa malah hanya memaklumkan insiden itu kepada pegawai atasan beberapa minit sebelum penerbangan," katanya kepada pemberita di Balai Pelepasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, hari ini.

Beliau berkata, juruterbang pesawat berkenaan kemudian memaklumkan maklumat itu kepada pusat kawalan sebelum menangguhkan penerbangan itu.

Azmi berkata kemungkinan lelaki itu tidak sedar perkataan 'bom' adalah satu perkataan yang sangat sensitif dalam industri penerbangan yang melibatkan keselamatan penumpang serta anak kapal.

"Sejurus menerima maklumat itu, Unit Anjing (K9) dan Unit Bom telah tiba dan menjalankan pemeriksaaan dalam pesawat berkenaan, namun tidak menemui apa-apa.

"Pegawai Malindo berkenaan juga diminta untuk mengecam penumpang yang berkata bom, namun beliau gagal mengecam. Dia tak ingat," katanya.

Walaupun begitu, pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. JAHAT betullah si ejen-ejen Barat-ZIONIS-KEPARAT! MAS dan projek MRT kita dahlah nak dihancoqkan, ini Malindo Air pula - tapi yg. herannya AirASial-PELACUR tak pula ada ancaman?!

    Memang si Barat-ZIONIS/Israel dan ejen tempatan, si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM makin TERDESAK! Sebab itu mereka juga sedang mensasarkan pemimpin Islam/Melayu termasuk Raja-Raja kita, serta keluarga mereka (terutamanya anak-anak muda mereka yg. kebaratan) utk. diperangkap dgn. PENYAMAQ Islam utk. berkahwin (terutamanya sbg. madu muda), utk. di'Blackmail' dan untuk diracun dgn. suntikan kimia yg. boleh sebabkan sakit jantung/kanser! Apalagi mereka mahu memisahkan Sabah-S'wak dan dijadikan negeri-negeri majoriti Kristian (-ZIONIS).

    Bahkan aku syak Ketua Polis P. Pinang yg. dlm. hospital sekrg. (sepatutnya dihantar ke IJN dan dikawal rapi oleh polis - termasuk doktor/jururawat yg. dipercayai saja; YA ALLAH - selamatkanlah Datuk Abdul Rahim Hanafi) serta juga Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, ADUN Pengkalan Kubor, K'tan, telah diberikan suntikan racun oleh ejen si Barat-ZIONIS dari DAPBANGKAI/PKRSODOM, yg. boleh sebabkan kanser hati; apalagi berubat di China pula tu! Tengok juga ulama-ulama TULEN PAS, yg. asyik meninggal dlm. usia muda - kita bukan nak mempersoalkan TAKDIR dari ALLAH SWT, tetapi jgn. kita buta pd. angkara JAHAT si KAPIRDAJAL MUSUH ISLAM yg. tidak boleh dibiaqkan! Apalagi Kelantan/Terengganu/Kedah/Perlis, negeri-negeri ISLAM yg. kuat juga mahu diJAJAH oleh MUSUH-MUSUH ISLAM ejen Barat-ZIONIS!

    Besar kemungkinan juga, BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta Tanah Melayu kita ini, Allahyarham-Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein dan TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI6-Mossad (keduanya meninggal di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an, dari kanser termasuk Leukimia, yang juga sejenis kanser dalam darah atau tulang, dengan seorang doktor British yang SAMA, dgn. bantuan PENGKHIANAT tempatan). Barat-Israel juga adalah sekutu kuat PAP-DAPBANGKAI – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009!

    Kanser/sakit jantung dsbnya, juga telah dibuktikan sebagai MO utama PENJAJAH Barat-Zionis diketuai CIA-MI6-Mossad untuk menghapuskan pejuang Islam/Bumiputera yang nationalis di “ Dunia Ketiga“ (dan sekarang terutamanya pemimpin Islam yang nasionalis) - sila lihat di - http://www.globalresearch.ca/the-cia-has-attempted-to-assassinate-50-foreign-leaders-including-chavez/5326864, The CIA has Attempted to Assassinate 50 Foreign Leaders Including Chavez, Global Research, March 15, 2013; dan di - http://imeu.net/news/article0024562.shtml, Israel's History of Assassinating Palestinian Leaders, The IMEU, Nov 6, 2013!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  2. Nasib baik kat atas flight tak serve kuih bom, roti bom...penat cam ni..

    BalasPadam