Rabu, 13 Ogos 2014

Nasib Menteri Malaysia..!


Ini la halnya dengan sesetengah Menteri kita sekarang ni..!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menarik balik kenyataan fitnah terhadap Utara Tony Pua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menggambarkan anggota parlimen Petaling Jaya itu sebagai penjenayah pada 2011.

Zahid membacakan kenyataan terbuka di mahkamah dan Pua bersetuju menarik balik samannya terhadap Zahid dan akhbar Umno Utusan Malaysia, yang menyiarkan kenyataan itu.

“Saya, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat kepada defendan kedua (Utusan) sebagai menghormati plaintif.

“Saya kesal kerana memburukkan reputasi plaintif,” katanya.

Penasihat undang-undang Utusan Shirat Anuar juga membacakan kenyataan yang berkata, ekoran penarikan balik yang dibuat Zahid, defendan kedua dan ketika turut menarik balik artikel itu tanpa syarat.

Pua memmfailkan saman fitnah pada Januari tahun ini dengan menamakan Zahid, ketika itu menteri pertahanan, dan Utusan.

Pua menyaman Zahid selepas Zahid enggan menarik balik dan meminta maaf atas kenyataannya yang secara tidak langsung menggambarkan Pua didakwa di mahkamah Singapuran.

Utusan memuatkan artikel itu pada 18 Mac 2011.

Pua pada 2011 berkata beliau tiada pilihan selain menyaman selepas tarikh akhir untuk Zahid meminta maaf yang diberikan berakhir.

Pua menamakan Zahid, penerbitnya Utusan Melayu Publications (M) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Pua berkata Utusan menyiarkan artikel fitnah terhadapnya dalam akhbar dan kemudian memuatkannya di atas talian.

Katanya, kenyataan fitnah itu bermaksud beliau ditahan oleh Singapura polis atas kesalahan jenayah dan tidak layak menjadi anggota parlimen dan tidak setia kepada Malaysia.

Zahid dan Pua hari ini turut berjabat tangan di mahkamah ekoran penyelesaian kes itu.

Peguam Benjamin Aliff mewakili Pua, manakala V Prem bertindak untuk Zahid. Utusan diwakili oleh Choo Shi Jin.

Kebanyakkan Menteri kita sekarang ni lebih lajak dari laju..! cuba perhatikan betul betul berapa orang sebenarnya yang buat kerja..! sama ada kena buat buat kerja atau kerja dibuat oleh pegawai pegawai yang ber'agenda'..!

Malaysia meriah..! itu sebab ada Menteri ayam..! Menteri amaran..! Menteri bisu..! Menteri sengal yang membiarkan Setpol nya bersekongkol dengan pembangkang..! malah ada Menteri yang dah macam jadi jurucakap Amerika..!

Yang paling ramai ialah Menteri yang tumpang tuii..! cari glamour..! ambik kesempatan..! bina reputasi dengan kesedihan orang lain..!

Itu sebab terpaksa beratur 10 Menteri hanya untuk mengendalikan urusan MH17..!

Itu cerita lain yang akan kita dedahkan nanti..! cuma nak bagi tahu kat Menteri Menteri ni bahawa rakyat sentiasa melihat keletah dan perangai Menteri setiap masa dan dimana jua walaupun di padang golf meluat melihat Menteri yang kononnya alim berjudi di setiap lobang..!

Lobang makin pecah beb..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Umno dan BN kena berubah cepat! Agenda transformasi xkan dpt dilaksanakan dgn efisyen selagi ahli politik konversional masih ada. Aku dah xsabar nak sokong pas nih! Tunggu diorg tinggalkan DAP dgn PKR jer!

    BalasPadam
  2. Putra Merdeka, kita juga ramai Menteri Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT-PRO ZIONIS! Punyalah tamak akan kemewahan ekonomi semata sampai terus rakus MENGGADAIkan NEGARA ISLAM/DUNIA ISLAM ini serta umatnya (berapa banyak sgt. sy. Bumiputera Islam kecil yg. dapat menembus pasaran MELUAS kat Barat pro-Zionis lagipun?!) Tak habis-habis Menteri-dalang-dua-muka nak buat perjanjian perdagangan bebas dgn. negara KAPIRDAJAL pro-Zionis, spt. Australia ni, yg. turut kuat menyokong pembunuhan umat Islam dlm. GENOSID di Palestin, Iraq, Syria dsbnya (kemudian bawah TPPA pula! Negara Islam yg. BERLAMBAK dari OIC tu apasallah boleh pula diabaikan!

    Lihat perjanjian perdagangan bebas dgn. rejim BANGSAT pro-ZIONIS Australia (patutnya NGO-NGO Islam/Melayu SAMAN berjuta perjanjian mcm. ni sedgkan BUMIPUTERA Islam/Melayu makin MEREMPAT/MENGEMIS kat bumi sendiri terutamanya dlm. pemilikan TANAH pusaka kita dan berapa banyak sgt. pekerja Islam/Melayu kat sy. Barat mcm. ni yg. berjawatan tinggi) - di http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140814/ek_01/MAFTA-jadi-tarikan-utama:

    MAFTA jadi tarikan utama

    Fadzil Zainol

    MELBOURNE 13 Ogos - Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA) menjadi tarikan utama peserta-peserta seminar atau forum berkaitan perdagangan yang diadakan sepanjang lawatan rasmi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke negara ini.

    Perjanjian itu yang berkuat kuasa 1 Januari 2013 telah memberi kesan yang baik kepada pertumbuhan dagangan antara Malaysia dan Australia, ekoran penghapusan beberapa cukai import dan halangan perniagaan.

    Mustapa berkata, fokus kini akan diberikan secara lebih spesifik terhadap beberapa isu yang masih mengehadkan perdagangan antara kedua-dua negara.

    "MAFTA merupakan satu daripada perjanjian perdagangan bebas yang terbaik pernah ditandatangani oleh Malaysia.

    Malah, ia telah membuka peluang dan minat peniaga-peniaga Australia untuk terus melabur ke Malaysia," katanya semasa Forum Perniagaan Australia-Malaysia di sini hari ini.

    Perdagangan antara Malaysia dan Australia meningkat 30 peratus untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama 2013. Hal itu didorong oleh pelaksanaan MAFTA yang ditandatangani oleh Mustapa......

    "Malaysia menawarkan potensi perniagaan yang baik sama ada untuk menembusi pasaran ASEAN dan juga Asia Barat terutama dengan infrastruktur halal negara yang diiktiraf (di peringkat global)," katanya......

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

    BalasPadam