Dasar wanita..! mana pernah cukup..! Agak agak pemimpin UMNO sedar tak bahawa parti keramat Melayu ini ditolak oleh pengundi kerana sebahagian besarnya berpunca dari sikap mereka selama ini...!
Agak agak Wanita UMNO sedar tak bahawa kes Ketua mereka merupakan kes terbesar dan terburuk yang memalit Pergerakan Wanita UMNO yang berjasa kepada parti selama ini...!
Sebenarnya ia isu lama..yang terakhir dinyanyikan sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, namun ianya telah di'tutup' oleh Najib apabila meminta seluruh pemimpin dan ahli UMNO fokus kepada perjuangan memantapkan parti.
Kini, ia muncul lagi..! SUA kata menunggu Wanita membawanya secara formal ke dalam MT, sementara 2 VP dah pun mengulas dengan nada yang lembut dan menyokong..! macam biasa - play safe..!
Apakah sekarang Ketua Wanita UMNO bukan berstatus Naib Presiden? Apakah tanpa jawatan Naib Presiden Wanita hilang selera untuk berjuang..! bukan kah yang berjuang dan bekerja kuat sebagai jentera parti dibawah ialah Wanita..!
Tapi tak pulak kita dengar para Wanita UMNO di cawangan dan bahagian terjerit jerit mahukan jawatan yang lebih..! kenapa? kerana mereka senang dengan cara bekerja yang mereka lakukan selama ini..!
Yang terjerit jerit ni diatas..! yang terkinja kinja ni para pemimpin di Pusat..! kenapa?
Kerana merasa bahawa kerusi Ketua mungkin bakal hilang dengan situasi politik kini..! kerana merasa khuatir jawatan parti akan terbang dengan isu keluarga yang membelit..!
Jawatan Naib Presiden yang diminta hanya merupakan jalan keluar untuk menyelamatkan diri seorang pemimpin? siapa kah yang paling layak menduduki kerusi tersebut kalau bukan dia? berani ke barisan EXCO menamakan orang lain?
Tidakkah itu mencerminkan bahawa gila kuasa begitu menebal didalam diri pemimpin tersebut? Tidakkah nanti Naib Presiden Wanita ini akan menjadi kerusi de-facto kepada kerusi Ketua Wanita yang mahu ditandingi? pasti ada wahyu..!
Isu yang ada pun cukup membelit hingga mengheret Wanita UMNO dihina sebegitu rupa..! Cukup la Wanita UMNO dihina dan dinista hanya kerana mahu menjaga kain pemimpinnya yang dah koyak rabak..!
Cukup cukup la..! Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan