Sabtu, 30 Ogos 2014

Patut Pun Spesis Nurul Ni Juling.!


Dah ramai rakyat sekarang ni bukan sahaja juling malah buta mata hati untuk melihat hakikat sejarah negara dan bangsa..! Yang lebih buruk mereka memang sengaja menutup mata hati untuk mempercayai hakikat kebenaran negara yang dulunya Tanah Melayu, Malaya dan kini Malaysia..!

SHAH ALAM - [VIDEO] Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar menyifatkan pihak yang mendakwa negara ini tidak pernah dijajah, melihat sejarah dengan mata yang juling.

Beliau berkata demikian mengulas soal pertanyaan penonton yang membangkitkan tentang dakwaan bahawa negara ini tidak pernah dijajah, pada sesi soal jawab pada Wacana Kemerdekaan Malaysia: Satu Penilaian Semula dari Perspektif Melayu/Islam, di Unisel hari ini.

“Ada pihak yang mengatakan negara kita tidak dijajah... ada pihak yang melihat sejarah dengan mata yang juling. Apabila British tidak menampilkan kehebatan, realiti penjajahan seperti Jepun di mana tiga hingga empat tahun terpacak penguasaan jepun dengan segala kezaliman dia, maka kita merasa penjajahannya itu.

“Tapi British dengan kehalusannya, dengan diplomasinya dengan tidak menggunakan istilah penjajahan, maka dia berjaya menanamkan caranya lebih baik dan lebih berkesan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar pemerhati dan penganalisis perlu turut mempunyai perasaan halus untuk memahami situasi campur tangan British itu.

“Sebagai pemerhati, seharusnya juga mempunyai perasaan yang halus untuk memahami itu kerana sesuatu itu tidak pernah mendapat penamaan sebagai satu penjajahan tetapi sebagai suatu usaha untuk menasihati raja-raja Melayu.

“Atau untuk melindung negeri-negeri Melayu daripada penjajah lain atau untuk menyelamatkan negeri Melayu daripada porak-peranda.

“Begitu halus penjajahan itu sehingga kita tidak melihat itu sebagai satu penjajahan. Kehalusan inilah yang menyebabkan sebahagian daripada kita memperlihatkan kejulingan,” katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Pada 31 ogos tahun 1957 kita menyambut kemerdekaan. Itu tarikh apa tu? Tarikh harijadi simata juling? Kalau ada tarikh kemerdekaan bermakna negara ini pernah dijajah....simple je nak faham.

    BalasPadam