Isnin, 25 Ogos 2014

Waran Tangkap Nizar Komunis..!

update -

Nizar Mengaku Tidak Salah Pertuduhan Fitnah Najib

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 1:15 PM
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Isnin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas.
Ketua Pembangkang Perak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam di sini dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan tersebut akan merosakkan nama baik Najib.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun peguam Asmuni Awi yang mewakili Mohammad Nizar memohon supaya anak guamnya tidak dikenakan sebarang jaminan kerana sebagai ketua pembangkang negeri Perak beliau akan memberi kerjasama kepada pihak pendakwaan.
"Jika permohonan ini ditolak saya memohon supaya jaminan dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah," katanya.
Masri kemudian bangun dan menyatakan jaminan dipohon pihak pendakwaan adalah satu jumlah yang wajar.
Hakim Madihah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 26 Sept.
Mohammad Nizar diwakili 11 peguam iaitu Asmuni, Aminuddin Zulkipli, Mohd Fitri Asmuni, M. Kulasegaran, Nga Hock Cheh, N. Selvam, A. Sivanesan, Mohammad Hanifa Maidin, Leong Cheok Keng, Mohammad Zamri Ibrahim dan Chan Sook Ching.
Pihak pendakwaan diwakili Masri yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. 



Lu Fikir La Sendiri!!!


6 ulasan:

  1. Ada Nizar lambai kesah??!! Nanti di mahkamah rayuan PR ada Hakim Mohd Arif Mohd Yusof (Bekas calon PAS PRU11 (2004) bagi DUN N.39 Kota Damansara)sedia menunggu kes2 melibatkan politik ne. Konfirm Nizar lambai menang kes punya.

    Hahahaha padan muka UMNO. Sudah berkali2 kena pon, apa pun tada belajar dari kesilapan. Pihak pendakwa UMNO pulak spesis mangkok hayun makan gaji buta. Karpal Singh pon pandai pilih hakim dulu sebelum proceding kes liwat Nuar.

    BalasPadam
  2. Itu lah... lain kali tok sah bwk ke mahkamah
    Boh penerajang tepi jln saja....

    Boh sekali Anon 4.20

    BalasPadam
  3. bukan main parti islam segala, fitnah orang rasa tak ada dosa. hang tunggu lah nizar, suatu masa dan ketika hang akan dapat balasan setimpal dengan muka hang yang tk dak dagu tu.

    BalasPadam
  4. Pas kata umno join mca dan mic dianggap kafir. La ni PAS join PR bersama DAP dinamakam MUNAFIK.
    Pas parti MUNAFIK.

    BalasPadam
  5. Kami Orang Cangkat Jering nengok Nizar lilin naikkkkk meluaaaaattttttt !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. undi dia juga...ni lagi munafik

      Padam