Jumaat, 29 Ogos 2014

Tak Ramai Ketua Bahagian Sokong MU Rupanya..!


Dalam diam diam dikhabarkan Mail Sabri teleh menggerakkan satu perjumpaan Ketua Bahagian UMNO untuk bertemu dan memberi sokongan kepada Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Kenapa berlaku tidak lah sukar untuk kita mengerti dan fahami...! Ini semua gara gara teguran Tun M..!

Cuma yang kita tak fahami ialah kenapa pulak mesti nak berkumpul dan berjumpa Najib? Apa ada yang tak menyokong ke? Kenapa pulak tak semua Ketua Bahagian?

Kita pun nak tumpang tanya kepada PMO.. kenapa surat pertama Tun M bulan April yang lalu tidak diambil peduli? kenapa langsung tidak di jawab? nak tunggu Tun M keluarkan ke?

PUTRAJAYA: Sekumpulan ketua Umno bahagian mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dipercayai sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri.
Beberapa kenderaan, dipercayai dibawa oleh semua ketua bahagian itu, dilihat memasuki Seri Perdana dari pukul 3.30 petang.
Sejumlah kenderaan lain, kebanyakannya mempunyai nombor pendaftaran satu digit, dan antara lain dengan lambang "Ahli Parlimen" diletakkan di sepanjang jalan menghala di pintu masuk bangunan Seri Perdana.
Kira-kira tiga jam kemudian, beberapa kenderaan yang sama memasuki bangunan itu beredar manakala kenderaan yang diletakkan di luar masuk ke dalam, dipercayai mengambil ketua-ketua bahagian.
Tidak dipastikan berapa sebenarnya ketua bahagian di dalam pertemuan itu.
Seorang pembantu kepada pemimpin kanan Umno berkata, antara di dalam kumpulan itu adalah Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Ismail Sabri dalam jawapan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Star bagaimanapun berkata, ia hanya sekadar pertemuan biasa.
Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Mungkin dah tak ramai KB yang masih bersetuju dengan Najib ,satu pertanda baik untuk Melayu dan negara ,mendapat perubahan yang dinantikan.

    BalasPadam
  2. Saya juga merasakan DENYUT NADI ahli ahli UMNO dan Ketua ketua bahagian sudah mula tidak menyokong DSN. Itu sebab DSN jadi ngelabah dan mula panggil panggil orang untuk buat nalisis.

    Cuma nasihat saya kepada DSN, kalau ramai yang telah tidak mengasehi kamu, cepat cepatlah berundur. Ini penting supaya anda tidak termasuk dalam statistic PM yang disingkirkan !

    BalasPadam
  3. Mail Sabri dan kaki bodek yang lain, bawa lah engkau ahli UMNO seluruh Malaysia bertemu dan menyampaikan sokongan kepada Najib pun, sudah terbukti pada PRU13, walaupun dengan sokongan
    Dr. Mahathir juga pada waktu itu, BN telah menerima kekalahan teruk di-tangan PR walaupun "first past the post" BN membentuk kerajaan tetapi PERATUSAN UNDI BN adalah sangat memalukan, hanya lebih kurang 49% saja berbanding PR 51%

    Kalau masih take nampak dan sedar, nahas lah nampak nya BN pada PRU14 kalau perhatian pada teguran Dr. Mahathir sekarang tak pedulikan dan tak di-beriperhatian.

    Juga, lebih malang lagi Dato Musang Hitam ahli UMNO merasa kecewa pada PR kerana tak dapat selesaikan masalah Selangor kini kan pula nak tawan PUTRAJAYA.

    Mungkin Dato Musang Hitam rasa ada harapan beliau di-lantik TPM pada PRU14
    kalau krisis Selangor ini tak terjadi.

    AWAS ADA MUSANG YANG BERBULU AYAM DI-DALAM REBAN

    BalasPadam
  4. politik umno semakin hilang tarikannya. genggaman kuasa presiden semakin longgar. inilah akibat dasar atas ke bawah yang keterlaluan diamalkan. suara akar umbi dibiarkan tanpa layanan yang wajar.

    mnajib hanya memberi perhatian kepada suara konsultan, penasihat dan pegawainya. suara umno diketepikan, secara totok. ada hati lagi nak pikat umno. mnajib jadi Melayu cepat lupa bahawa dia menjadi perdana menteri kerana dia presiden umno. umno/bn menang pilihanraya atas undi Melayu/Bumiputera. sepatutnya dia balas budi tapi mnajib cepat lupa. orang-orang anwar disanjung bila masuk umno, yang lama berjuang dengan setia tertolak ke tepi. itulah cara mnajib. sekarang, lepas tun mahathir tegur dan tarik balik sokongan secara terbuka, mnajib terhegeh-hegeh mohon simpati dari ketua-ketua bahagian.

    itu di peringkat atasan. di peringkat bahagian pun mungkin fenomena serupa berlaku. cawangan tidak lagi memberi perhatian kepada bahagian. hanya cawangan tertentu yang kaki bodek dan mengharapkan laba memberi respon. sebahagian cawangan tidak peduli walaupun untuk hadir ke persidangan perwakilan bahagian. apatah lagi aktiviti bahagian.

    BalasPadam
  5. Ketua bahagian tu brapa ramainya...rasanya tak sampai 1% dari jumlah keseluruhan orang melayu.Aku teringat tahun 80 an...Tun buat program SEMARAK -setia bersama rakyat..semua orang kampung keluar nak dengar apa tun cakap...Ada najib terfikir semua ini..?..Kenapa lembap sangat bertindak..orang melayu semakin marah ni..sebab tidak di anggap kaum yang penting.

    BalasPadam