Khamis, 14 Ogos 2014

Berapa Anwar Bayar ADUN hamPAS Ni?


Pihak SPRM perlu siasat..! SPRM perlu buta mata tapi jangan buta hati..! Jangan hanya nampak orang UMNO/BN segera ambil tindakan..! Puak pembangkang pulak senyap..kabur..gelap..tak nampak..! ADUN Kajang yang letak jawatan pun SPRM tak keluar berita..! Yang 2 ekor ni pulak macam mana?

Nampaknya bertuhankan Anwar dalam politik begitu mendarah daging walaupun berparti kan PAS..! Sanggup derhaka kepada pemimpin dan parti asal jangan membontotkan Anwar Aljub..!

ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.
dasar barua..!
Mustafa Ali pulak macam baru pakai spender dengan kenyataannya

KUALA LUMPUR: PAS akan menjalankan siasatan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang bertindak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat( PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sini, sebentar tadi.Terdahulu, dua ADUN PAS Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin hari ini memberi sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

ADUN Hulu Klang dan Morib itu mendakwa, mereka yakin tindakan direstui parti kerana bertindak pada asas pembentukan Pakatan Rakyat dan bagi menamatkan kemelut politik di Selangor itu. 

Yang jelas dalam PAS sendiri dah berpecah belah..! kata kata 'orang tua'…kata kata Dewan Ulama sudah tidak dianggap suci oleh ahli mereka..! mereka hanya mahukan Anwar..! mereka hanya mahu bersekongkol dengan puak anti ISlam dan anti Melayu..!

Yang dalam PAS sokong PKR..yang dalam PKR pulak sokong PAS..! cacamarba..! Zaman kehancuran pembangkang semakin bersinar..!

Tapi ada Khalid Ibrahim kesah..!

Cuba baca..

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu melalui proses undi percaya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk diangkat sebagai menteri besar yang baharu.
Peringatan berkenaan dinyatakan penyandang kerusi panas itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengulas kenyataan Dr Wan Azizah yang mendakwa telah memperolehi sokongan daripada 30 Adun pada Khamis.
"Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.
"Sungguhpun begitu, dakwaan itu tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya (terhadap menteri besar) di Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya menerusi laman sosial, https://twitter.com/Khalid_Ibrahim pada Khamis.
Respon itu segera dinyatakan Abdul Khalid menerusi  selepas Dr Wan Azizah mengumumkan telah mendapat kekuatan majoriti mudah 30 Adun Selangor yang menyokongnya untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Berikutan Abdul Khalid berkata, pentadbiran kerajaan Selangor pimpinannya akan terus berjalan seperti biasa sehingga proses undian tidak percaya dibuat di DUN.
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Mgkn dua adun direstui Pas, utk elak dicop buat u turn n flip flop, maka dua org ni bertindak atas kapasiti individu. Mungkin..

    BalasPadam