Sabtu, 16 Ogos 2014

Kenapa Pejuang Serangan Lanun Lahad Datu Tidak Sebegini Rupa?

Mana tulisan Kebangsaan? pemimpin negara tak peka atau pekak?
Kalau kita sebut akan adalah yang kata tak peka..! tak sensitif..! Buat la sambutan..lakukan la yang terbaik..! kita tak melarang pun jauh sekali nak menentang..! Sebab kita tahu pihak kerajaan buat bukan kerana pihak Belanda dah buat sebegitu rupa tapi pihak kerajaan buat kerana atas dasar tanggungjawab yang dipikulnya..! tak gitu? ermmm....

Cuma kenapa la tidak dibuat dan disanjung sebegini rupa keatas jenazah para pejuang yang shahid menentang pengganas di Lahad Datu dulu tu?

Sedangkan pihak keselamatan negara berdepan dengan pengganas yang zalim hingga mencincang jasad para pejuang kita..!

Atau kerana yang terkorban ialah Polis DIRAJA?  Tentera DIRAJA? atau juga kerana tak berapa untung politik kepada beberapa pemimpin kerana negara diserang?

Banyak dah yang kita dengar tentang MH 370 dan yang terbaru tentang MH17..! Ini semua kerja Amerika..! Kita jangan merelakan diri jadi hamba abdi dan balaci Amerika..!

Rakyat tahu cerita..! Anggota kita yang terlibat banyak yang menceritakan sesuatu yang jelas bertentangan dengan peradaban manusia..! Sampai masanya akan terkeluar juga kebenaran..!

Jangan meraih keuntungan dengan nyawa, darah, keringat dan tangisan rakyat jelata..! bala yang akan menimpa..!

LANGKAWI: Rakyat di negara ini akan bertafakur secara serentak selama beberapa minit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dijadual tiba di tanah air pada 22 Ogos ini. 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Netherlands. 

"Inilah julung-julung kalinya rakyat Malaysia bertafakur serentak di seluruh negara...adalah diharapkan ia berjaya menunjukkan penyatuan dan perpaduan rakyat pelbagai bangsa terhadap tragedi yang menimpa negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Padang Matsirat pada Jumaat. 

Beliau berkata masa untuk bertafakur itu akan diumumkan menerusi siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen yang membuat liputan istiadat upacara ketibaan jenazah itu bermula 10 pagi Jumaat depan. 

Menurutnya istidat penghormatan jenazah tragedi itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan dan melibatkan 10 kementerian lain.

Hishammuddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istidat itu, yang akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Dua jenis aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu lima pesawat C130 dan lima helikopter Nuri kemudian akan menghantar jenazah ke negeri masing-masing bagi upacara pengebumian. 

"Kerajaan-kerajaan negeri akan mengambil alih urusan pengebumian jenazah-jenazah itu apabila tiba di negeri masing-masing dan mengadakan istiadat mengikut kepercayaan agama masing-masing," katanya. 

Sebanyak 16 jenazah termasuk enam yang beragama Islam akan tiba di LapanganTerbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 22 Ogos ini

Beriya iya...! beriya..iya..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

13 ulasan:

  1. Aku setuju....sepatutnya pejuang kita pun dapat penghormatan begini...aku rasa kerajaan terlalu berlebihan dalam hal MH17 ni...kesian askar2 yang syahid dulu

    BalasPadam
  2. Penceroboh bukan pengganas-hishammudin tun HusSEIN

    So kena fahami APA yang dinyatakan oleh hishàm Lagipun yang banyak terkorban di lahad datu adalah melayu....nyawa melayu tak bernilai di Malaysia berbanding dengan kaum cina

    BalasPadam
  3. tiga benda saja yg ikut kita ke alam barzakh..amal sedekah ,ilmu yang di guna orang,doa anak soleh.....yg lain lain aku tak tau..Lepas ni jika ada kematian di kalangan rakyat Malaysia di luar negara ,perlu di sambut besar besaran dengan penuh hormat..tak kiralah mati dengan cara bagaimana.... janji rakyat Msia...tak kira agama..Kalau boleh doakan si kapir masuk syurga..kita kena doakan juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Too much...
      Berpada2lah...
      Semua org akan mati

      Padam
  4. Inilah Najib. Bukan Melayu disembah Melayu disampahkan.

    BalasPadam
  5. Begitu juga siaran TV. Alfatihah. Overdone! Yang Beragama Islam boleh dikira dgn jari. And people die everyday anyway. Satu dua hari cukuplah... ni hari2 dah sebulan.
    Kalau untuk suma arwah2 satu Malaysia oklah jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guns agama bg tujuan politik..
      Nak dipuji

      Padam
  6. Sebab gu rakyat meluat dgn umno..double standard..

    BalasPadam
  7. Menteri cap ayam.

    BalasPadam
  8. Sebab mati ya askar dan polis x ada nilai Politik, meka tahu polis dan tentera 90% sokong BN, mungkin INI KALILAH

    BalasPadam
  9. sapa kata pejuang Lahad Datu tak diberikan penghormatan ?

    lihat gambar, lihat sedutan akhbar , lihat berita TV , lihat tabung derma sana sini , penghormatan apa yg kerajaan tidak berikan ?

    flight tentera bawa jenazah , tentera hantar hingga kelubang kubur , balu dan anak yg ditinggalkan siap kena bagi bantuan, 31 ogos ahli keluarga dibawa kepentas utama, hari polis apatah lagi , siap ada sajak dan pentomen , apa lagi yg kurang ?

    inilah perangai orang melayu, suka berhasad dengki sesama sendiri , bukan bangsa lain tapi sesama bangsa , habit tradisi yg diwarisi turun temurun sejak datuk moyang ..

    BalasPadam