Sabtu, 13 Disember 2014

Kesalahan Tetap Telah Berlaku..!

Sebarang kenderaan digunakan sebagai teksi perlu patuhi peraturan SPAD
Sebarang kenderaan digunakan sebagai teksi yang mengenakan tambang perlu patuhi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 walaupun bagi tujuan amal. -Gambar fail.
KUALA LUMPUR: Sebarang kenderaan digunakan sebagai teksi yang mengenakan tambang kepada orang awam perlu mematuhi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 walaupun bagi pemanduan amal.

Merujuk kepada Pemanduan Amal Uber dan Volkswagen Malaysia Bersama Selebriti di Lembah Klang hari ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan hari ini berkata pemandu perlu memiliki lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV). 

"Kenderaan itu juga perlu didaftarkan dengan SPAD dan mempunyai perlindungan insurans untuk perlindungan penumpang yang membayar tambang.

SPAD mengalu-alukan niat murni pemanduan amal ini, tetapi semua pihak perlu merujuk dengan SPAD bagi memastikan kesahan program berkenaan, yang melibatkan sebarang penggunaan kenderaan pengangkutan awam darat," kata kenyataan itu lagi.

Program sehari pemanduan amalitu dianjurkan oleh Volkswagen dan aplikasi Uber, melibatkan selebriti tempatan untuk memandu dan memberikan penumpang pengalaman bersama barisan artis.

Kesemua kutipan derma oleh setiap pemandu selebriti ini akan disepadankan oleh Uber dan Volswagen serta didermakan kepada badan kebajikan terpilih.

Antara selebriti yang menyertai program ini adalah Sazzy Falak, Ean Nasrun and Jinnyboy, Afdlin Shauki, Joyce Wong, Yasmin Hani, Lisa Surihani, Dynas Mokhtar, Sheena Liam, Reshmonu, Phat Fabes, JJ – Red FM, Moots Shuvit dan Sarah Lian.

Apapun kesalahan tetap telah berlaku..! Matlamat tidak menghalalkan cara, walau tujuannya baik..!

Agak agak apa tindakan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: