Sekarang ini semakin menjadi suatu perlumbaan pula untuk mendabik dada bahawa dirinya adalah seorang Liberal dan Moderat. Apakah seseorang itu menjadi lebih baik dan lebih mendedakti Allah dalam perlumbaan menjadi tokoh Liberal atau tokoh Moderat?
Apa yang diertikan dengan kebebasan yang dituntut dalam fahaman Liberalisme?
Mereka mahukan kebebasan dari asas-asas agama dan asas-asas negara. Mereka mahu BEBAS. Tiada sekatan. Tidak dikongkong.
Apabila Islam menetapkan sesuatu hukum-hakam - mereka mahu bebas dari sebarang sekatan itu. Maka itu samalah seperti tidak menganuti Islam itu sendiri.
Dan begitulah apabila mereka mahu bebas dari ketetapan dalam asas-asas negara baik dari aspek perlembagaan, undang-undang, enakmen-enakmen mahupun nilai budaya dan etika sosial murni.
Bagi mereka "sekatan" dan "halangan" ini semua mengongkong kebebasan dan hak asasi. Dalam pada itu pula mereka menuntut pelbagai hak untuk mereka dan rakan-rakan mereka.
Apakah pula asas dan nilai yang menjadi panduan dalam tuntutan-tuntutan mereka?  Apakah mereka tidak merasa paksaan tuntutan mereka ke atas orang lain sebenarnya menjadi kongkongan serta menyekat kebebasan orang lain yang mahu mengamal tuntutan agama Islam yang sebenar?
Bagi yang moderat pula mereka merasakan melakukan sebahagian tuntutan agama itu sebagai moderat dan mencukupi. Bagi yang moderat cukup sekadar melakau sebahagian dan meninggal sebahagian? Cukup dengan ambil agama itu sekerat-sekerat?
Kalau begitu jika mereka mahu beli sebuah kereta suruh juga mereka beli sebuah kereta yang moderat. Jika mereka mahu beli rumah, suruh mereka cari yang rumah yang moderat. Kereta yang moderat mungkin hanya mempunyai dua roda kerana jika lengkap dengan dua lagi roda menjadi empat sudah menjadi kereta yang ekstrem.
Begitu juga jika rumah moderat itu mungkin dapurnya tidak ada hanya ada bilik tidur dan ruang tamu. Bilik airnya pula mungkin Kongsi dengan jiran. Itulah rumah moderat idaman golongan moderat. Jika yang lengkap itu nanti sudah dikira ekstrem!
Jika solat 5 waktu dituduh ekstrem. Dan moderat itu cukup hanya sekadar sesekali solat atau solat 3 kali sehari kerana subuh terlewat bangun dan isyaknya tidak sempat kerana balik malam dalam keadaan mabuk. Mungkin gambaran di bawah itu dapat membantu untuk kita lebih faham perbandingan antara moderat lawan yang dituduh ekstrem.
moderat vs ekstrem
Apa untungnya mereka ini berlumba untuk menjadi Liberal dan Moderat dalam agama? Apakah mereka sebenarnya mengajak kita berlumba untuk ke neraka? Biarlah mereka sahaja dalam perlumbaan itu. Kami mahu "fastabiqul khairat". Kami mahu berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan mencari redha Allah untuk kekal di syurgaNya.
Lu Fikir La Sendiri!!!