Ahad, 3 Mei 2015

Contohi Mr CM..!


Disaat orang lain tergila gilakan gelaran..! CM Sarawak tampil dengan kenyataan dimana beliau mahukan dirinya dipanggil hanya Mr CM..! baca lanjut di justread-disini.

Seperkara lagi..!

Sarawak hari ini mengumumkan penurunan tarif elektrik untuk kegunaan komersial dan industri.
"Penurunan ini akan memberi manfaat kepada kesemua 85,200 pelanggan komersial dan industri sedia ada.
"Daripada jumlah ini, 50% atau 46,000 pengguna komersial akan menikmati penurunan kira-kira 15 hingga 50%," kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri, di Kuching.
Beliau berkata sebanyak 36% atau 30,500 pengguna lagi akan menikmati penurunan kira-kira 8 hingga 11%, manakala baki 9,000 pengguna akan menikmati penurunan purata 4%.
"Bagi pengguna industri, kira-kira 980 atau 87% daripada mereka akan menikmati penurunan tarif antara 4 dan 40%. Sebanyak 125 pengguna selebihnya akan menikmati penurunan purata 2%," katanya.
Adenan berkata semakan semula struktur itu untuk memberi lebih banyak bantuan kepada perniagaan kecil dan sederhana dalam menghadapi kenaikan kos operasi.
Katanya, pengurangan itu dapat dilakukan berikutan kejayaan operasi Loji Hidroelektrik Bakun dan siapnya Loji Hidroelektrik Murum.
Beliau berkata jumlah royalti air yang dijangka dikutip daripada Loji Hidroelektrik Batang Ai, Bakun dan Murum pada 2015 ialah sebanyak RM100 juta.
Pada persidangan lepas, Adenan mengumumkan penurunan tarif elektrik bagi pengguna domestik.
Dalam perkembangan berasingan, Adenan menyampaikan berita gembira kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Gawai Dayak pada bulan depan, apabila mengumumkan penghapusan bayaran tol di dua jambatan di Sibu dan penyeragaman tambang feri.
"Saya ingin mengumumkan berkuat kuasa 25 Mei 2015, bayaran tol bagi Jambatan Lanang akan dihapuskan dan tol tidak akan dikenakan di Jambatan Igan, yang sebelum ini dirancang akan dikenakan tol.
"Kami sudah memulakan rundingan dengan pemegang konsesi Jambatan Tun Salahudin di Kuching," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga bersetuju menyeragamkan tambang feri untuk kereta penumpang pada kadar RM1 untuk semua perkhidmatan feri di Sarawak, termasuk di Long Lama dan Marudi, masing-masing berkuat kuasa 1 Jun dan 1 Julai 2015.
"Kami mahu meringankan beban pengguna feri, terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pesisir pantai.
"Kami memang bersungguh-sungguh ingin membantu rakyat dan masyarakat peniaga. Kami mengotakan apa yang kami janjikan dan kami tidak percaya kepada kata-kata retorik atau janji kosong," katanya. – Bernama
Apapun akhirnya kata putus ialah ketua kerajaan..! Kalau ketua kerajaan memang berjiwa rakyat..! begini ler sikapnya..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Tiada lagi undi simpati untuk BN! Kami akan protes kerana kebiadaban Najib yang sentiasa mencabar kesabaran kami sebagai penyokong tegar UMNO dan BN!

    BalasPadam
  2. najib never learn...kesusahan rakyat tiada lansong di hati dia..dgn gst ni dah dengar investers sudah mau cabut ka negara lain sbb nak bayar kos electricity yg meningkat..dan ini menjadi beban kpd mereka...nasib la pekerja2 itu...ada najib kisah?.. yg dia tahu gst gst

    BalasPadam
  3. amad Saberi Chik patut dipecat.

    Mengatakan BAngla pengguna prepaid..

    Buat malu aja, Najib adabanyak KOLEKSI Menteri2 BONGAOK & bahalol..

    BalasPadam
  4. Turun tarif elektrik, turun lah harga barang. Haram CM pantau lagi demi rakyat Sarawak. Terbaik.

    BalasPadam
  5. Berbeza dgn self-unreliable Ah Jib Ghor, TDM is indeed a special gift bestowed by the Almighty to Malays and Islam. He is not only a true statesman but also the global spokesman for 3rd world and Islamic countries that have guts to pin-point against the evil doings of Zionist Jews and American imperialism. I trust the plight of the country & rakyat would not taken place if he is still our PM. This grand old statesman is man of visions and incredibly brilliant. He gives me chills coming to the realization of his intellectual brilliance and wisdom without relying on foreign Talent Corpse/Mayat and roti Jala PEMANDUL and of course, puak songsang Melayu Liberals.

    Thus. Ah Jib Ghor is not a true Bugis but rather a weak-easily manipulated specie by Spore govt/Temasek Holdings picked at their Bugis Street backyard.

    BalasPadam
  6. To trouble shooting problem, find the root or cause. Likewise, who trigger the 1MDB, the murder of Altantunya committed by Sirul & Azila, disrespect towards Malays, Islam & the rulers due to abolishment of ISA and NEP, the hiring of expensive but destructive Foreign Talent Corpses/Zombies and those fruitless extravagant spendings of the country's wealth.
    If you desire command of respect, you don't buy them nor self-praise yourself as what was revealed few days ago in the mainstream media, notably tv3 and NST.

    BalasPadam