Layan...
Jangan bertindak 'terbulu-bulu'
Posted by RIDHUAN TEE
Mendengar wakil rakyat ultra kiasu berbahasa Melayu (BM) di parlimen saya menjadi loya. Berpuluh tahun dan bergenerasi tinggal di bumi bertuah ini, masih lagi tidak dapat menguasai BM dengan baik. Masih menggunakan kata-kata “lu” (kamu) dan beberapa perkataan lain seperti terburu-buru menjadi “terbulu-bulu”, raja menjadi “laja” dan macam-macam lagi perkataan yang melucukan.
Sebagai orang Cina, saya akui, memang sukar untuk menyebut perkataan yang ada huruf “R”. Sebutan lori menjadi loli, lari-lali, rama-rama-lama-lama, durian-lulian, rumah-lumah, ragu-lagu. Haiyaa…ini maciam pun ada, manyak susah wooo. Bulung-bulung pun telebang di angkasee…
Jika minoriti Cina Terengganu dan Kelantan boleh menyebut dengan baik, kenapa orang lain tidak boleh. Bukankah kita bangsa Malaysia. Janganlah dibandingkan dengan Cina di Indonesia dan Thailand. Mereka jauh lebih baik.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Inilah akibatnya dalam sebuah negara yang mendaulatkan BM sebagai bahasa negara, ada orang lain yang meletakkan bahasa ibunda lebih tinggi dari yang lain, seolah-olah tinggal di negara lain. Kumpulan ini sedang membina negara dalam negara. Perkara tidak pernah berlaku di dunia lain, kecuali Malaysia yang terlalu bertolak ansur sehingga ditolak beransur-ansur.
Sudah sampai masanya setelah sekian lama peluang diberikan, kerajaan menggubal undang-undang, mereka tidak boleh menguasai BM dengan baik perlu diberikan pilihan.
SPR mesti mensyaratkan sesiapa sahaja mahu menjadi wakil rakyat sama ada peringkat Parlimen mahupun DUN, paling kurang perlu mendapat kepujian (kredit) BM dalam SPM. Kelayakan minima, ada diploma. Wakil Rakyat perlu ditemuduga penguasaan BM dan sejarah Kenegaraan, sebelum dibenarkan bertanding.
Kita tidak mahu perbahasan di dewan atau parlimen seperti pasar malam. Amat malu memilih gelagat wakil rakyat hari ini berkelakuan seperti budak-budak.
Setakat ini, mengikut undang-undang sedia ada. Semua warganegara, berumur 21 tahun, bermastautin, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan, tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah, mendapat pengampunan jika mempunyai rekod jenayah, tidak pernah didenda tidak kurang daripada RM2000.00, tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar, bertanding atas nama parti atau sebagai calon bebas dan mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon dan tidak pernah dihukum penjara melebihi 12 bulan, layak bertanding.
Saya teringat satu insiden suatu ketika dahulu apabila TPM ditanya wartawan dalam bahasa Inggeris (BI), maka TPM jawab dalam BM. Wartawan tersebut tidak faham dan mahukan TPM menjawab dalam BI. Siapakah mereka? Sudah tentu wartawan ultra kiasu.
Sudahlah wakil rakyat tidak boleh menggunakan BM dengan baik, wartawan yang melaporkan beritapun sama. Apakah kualiti berita mereka boleh dipercayai? Sudah tentu tidak.
Justeru, penangkapan beberapa wartawan kanan laman sosial ultra kiasu baru-baru ini patut menjadi pedoman. Kerja mereka menipu untuk menjual berita. Inilah realiti sebenar yang berlaku, termasuk mereka yang memahami BM, pun menipu juga.
Buktinya berita mengenai saya yang ditahan di lapangan antarabangsa Kuching, gara-gara saya tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Media ultra kiasu tanpa usul periksa memutarbelit berita tersebut mengatakan saya ditahan. Wal hal saya tidak pernah menjejak kakipun di tempat tersebut.
Kedua, berita mengenai anak saya yang dikatakan memalsukan sijil SPM. Wartawan Bernama yang pertama sekali mendapat berita tersebut, pada 24 November 2014, melaporkan anak saya adalah mangsa pemalsuan sijil oleh agen. Tiba-tiba keluar dalam The Malaysian Insider (TMI), beritanya adalah, anak saya terlibat dalam pemalsuan sijil SPM. Saya menjadi mangsa kutukan dunia, sehingga ke hari ini, untuk mematikan karakter saya.
Menyedari pembohongan itu, wartawan Bernama menelefon saya mengatakan bahawa beritanya telah diputarbelitkan oleh TMI. Empat jam selepas itu, berita di TMI bertukar mengikut apa yang dilaporkan Bernama yakni anak saya menjadi mangsa penipuan. Inikah kualiti laman sosial yang dipertahankan ultra kiasu?
Saya telah membuat laporan polis tentang perkara tersebut. Saya bertanya kepada wartawan TMI, kenapa berita mengenai saya diputar belitkan? Maka jawapannya, itu adalah kerja editor kanan yang telah mengeditkan berita yang telah dibuat. Editor itu dengan sengaja menyelewengkan berita itu.
Berita ini juga turut dipetik oleh akhbar Cina kerana geramnya mereka terhadap saya. Begitulah jahatnya ultra kiasu yang mendakwa diri mereka telus dalam pemberitaan, sebagai berita alternatif.
Peliknya, apabila pengarang tersebut ditangkap untuk disoal siasat berhubung dengan pemalsuan berita mengenai hudud dan raja-raja Melayu, wakil rakyat ultra kiasu pakat-pakat berpakaian hitam di parlimen dan DUN, sebagai tanda protes, membelakangkan raja Melayu.
Inilah kebobrokan ultra kiasu. Mereka semua betul, kita semua salah. Saya sendiri pernah bercakap dengan wartawan kanan berbangsa Melayu yang ditangkap itu. Kenapa saya sentiasa menjadi target berita. Jawapannya, itu memang kerja mereka, kerana saya adalah target, public figure. Nasihat kepada semua, jangan bertindak ‘terbulu-bulu’ (terburu-buru).
Lu FIkir La Sendiri!!!
Artikel yg. BERNAS spt. biasa dr. Prof. Ridhuan Tee - tapi saya heran kenapa Prof. tak SAMAN MInsiderZionis tu serta media lain yg. asyik siarkan berita FITNAH?!
BalasPadamKalau kat Barat mahu China pun, bayangkan kalau AHLI PARLIMENnya tak fasih Bahasa Kebangsaan depa cthnya bahasa Jerman/Peranchis/Inggeris/Cina - tak akan berlaku! Kat Malaysia yg. SEMUA BOLEH ni - jadi PENDATANG-PENYANGAK-amat RASIS mcm. PENGGANAS DAPBANGKAI/PKRSODOM pun tak apa, walau amat anti-ISLAM/umatnya, terutamanya terhadap BUMIPUTERA Melayunya, yg. tak habis-habis diHINA/diPIJAK/diGERTAK mcm. SAMPAH!
Lihat saja filem/drama Bollywood/Tamilwood di siaran Astro cthnya, berapa banyak yg. menggambarkan KAUM/BUDAYA umat Islam-INDIA, seolah depa serta MASJID TAK WUJUD kat India tu melainkan sbg. Pengganas/Along/SAMSENG; mahupun drama/filem Cina dari China - mana budaya umat Islam CHINA cthnya dari Xinjiang?!
Dan lihat filem-filem dari India ini - kalau buat penggambaran kat Malaysia ni; jarang sekali depa menunjukkan budaya/kaum umat Islam/Melayu mahupun kampung-kampung indah Melayu kita kecuali seminit mungkin, tapi kalau kat negara lain terutamanya di Barat; bukan main makin MENGAGUNGkan kaum/budaya/keindahan semulajadi alam OMPUTIH terutamanya BETINA-BETINA PENARI-LUCAHnya!
Patutnya setiap filem asing, dikenakan SYARAT menghormati budaya Islam/umatnya serta BUMIPUTERA serta alam semulajadi kita - bukan hanya penggambaran kat hotel dan di KL (satu filem Hindi yg. aku tengok baru-baru ni; menunjukkan penggambaran kat Langkawi - tak dak lansung muka BUMIPUTERA Melayu yg. jelas seolah diPANDANG serta kpg-kpg. Nelayan/sawah padi Melayu yg. indah di Langkawi tu, danjuga menggambarkan sebuah pulau kat Langkawi tu seolah penuh dg. BUAYA! !)
Mahupun siaran Barat; mana muka-muka BUMIPUTERA Islam/Melayu dalam iklan-iklan mahupun dalam Bahasa Kebangsaan kita?! Kalau kat Jerman pun cthnya, iklan-iklan MESTI dlm. bahasa Jerman walau di siaran Inggeris!
Bahkan filem-filem Barat yg. kebanyakan mcm. SAMPAH; penuh KEGANASAN/KELUCAHAN-SEKS BEBAS/PRO-HOMO MENDOMINASI stesyen TV kat Malaysia ni - mana filem-filem ANTARABANGSA dari Dunia Islam/ASEAN cthnya; yg. SOPAN dan Ketimuran - kerana malangnya industri filem India makin diCEMAR budaya BARAT yg. LUCAH/GANAS!
Jadi, sebenaqnya inilah punca kaum PENDATANG-RASIS termasuk ‘EXPATRIAT’-professional makin BIADAP terhadap ISLAM/umatnya terutamanya BUMIPUTERA Islam/Melayunya serta bahasa KEBANGSAAN kita, di NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni! Kalau kat Barat; golongan ‘Expatriat’ atau mana-mana PENDATANG yang mahu tinggal lama di Jerman cthnya, diPAKSA menghadiri kelas Bahasa Jerman, samada secara privat atau di tpt. kerja! PENDATANG yg. miskin, akan disubsidi utk. belajaq kat sekolah bahasa awam!
Nek Tempoyak.
PEMBETULAN: (perenggan keempat)
BalasPadamPatutnya setiap filem asing, dikenakan SYARAT menghormati budaya Islam/umatnya serta BUMIPUTERA serta alam semulajadi kita - bukan hanya penggambaran kat hotel dan di KL (satu filem Hindi yg. aku tengok baru-baru ni; menunjukkan penggambaran kat Langkawi - tak dak lansung muka BUMIPUTERA Melayu yg. jelas seolah diPANDANG HINA, serta kpg-kpg. nelayan/sawah padi Melayu yg. indah di Langkawi tu, dan juga menggambarkan sebuah pulau kat Langkawi tu seolah penuh dg. BUAYA! !)
Nek Tempoyak.
Nek tempoyak,saya setuju dgn apa luahan Nek itu...pernah suatu pagi bertempat di kedai mamak di semenyih kami didatangi sorang mat salleh ( Italian). Dia bertanya samada kami bolih berbahasa inggeris atau tidak...spontan kami jawab sikit sikit aje...lantas tanpa dipelawa dia terus duduk dimeja kami dan mula bercakap dlm bahasa malaysia dgn fasih sekali..kami tanya dimana dia belajar..jawabnya dia sudah 6 tahun duduk dan tinggal di malaysia yg dianggap sebagai bumi bertuah...tetapi rakyatnya tidak pandai menghargai..malah lebih lagi menjual maruah dan harga diri mereka...katanya rakyat kita tidak ada JATI DIRI...sebab itulah mana mana kaum pendatang baik dari dulu atau PATI tidak begitu menghormati orang melayu islam. Perkara sebegini katanya tidak berlaku di ITALY..kalau bukan pihak berkuasa yg bertindak..pasti ada rakyat yg mengajarnya terutama geng MAFIA..tapi sedih..katanya di malaysia ni...wahai melayu fikir fikirkan lah.
PadamKalau nak tengok muka wanita Islam pakai TUDUNG dlm iklan-iklan/filem-filem/drama/dokumentari siaran-siaran Barat cthnya Fox News/(Star World/Diva dsbnya) mahupun siaran Bollywood-Tamilwood mahupun siaran berbahasa Cina; amat JARANG - mcmmana DISKRIMINASI/RASISMA ni dibenaqkan kat NEGARA ISLAM ni aku pun tak paham?!
BalasPadamDahlah kat Barat, umat Islam terutamanya yg. pakai TUDUNG lansung seolah TAK WUJUD kat fillem/drama/dokeumentari/iklan-iklan depa walau sbg. pejalan-kaki; kerja kat JPA depa apalagi, cthnya di Jerman/Peranchis, pun tak dibenaqkan. Malang sekali bila kat NEGARA ISLAM sendiri pun, wanita Islam BERTUDUNG juga boleh diDISKRI`MINASI!
Nek Tempoyak.
di indonesia mana boleh cakap bahasa cina, nama cina pun tak boleh. kerajaan bn ni ja yang terlampau bagi kebebasan kt bangsa cina. di thailand awal2 lagi kena halau dengan siam.
BalasPadam