Rabu, 15 Jun 2016

HOT ~ Najib Menentang Majlis Raja Raja..?


Kenapa tidak diperhalusi dan di semak semula seperti mana yang di arahkan oleh Majlis Raja Raja?

PM belum tentukan tarikh laksana Akta MKN - menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak belum menetapkan tarikh bagi penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Nancy berkata Akta MKN itu telah diwartakan pada 7 Jun lalu.
Beliau berkata Rang Undang-undang (RUU) berkenaan menjadi undang-undang setelah ia melepasi tempoh tiga puluh hari yang perlu untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
"Ini selaras dengan Fasal (4A) Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Pada 17 Februari lalu, Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-240, selepas dipersembahkan taklimat oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali di Istana Negara, berpendapat beberapa peruntukan dalam RUU MKN perlu diperhalusi.
RUU MKN, yang memperuntukkan penubuhan MKN, perisytiharan kawasan keselamatan, kuasa-kuasa khas Pasukan Keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara lain berkaitan, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015, dan Dewan Negara, pada 22 Disember, 2015.
Nancy berkata menurut subseksyen 1(2) Akta MKN 2016, akta itu akan berkuatkuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh perdana menteri dan tarikh itu akan diterbitkan dalam Warta berkenaan.
Kenapa dalam perkara ini Kedaulatan Raja Raja tidak dijulang oleh Najib? Benar ianya akan menjadi undang undang namun apakah ianya murni, tulus dan diperkenan?
Jika tidak diperkenan apakah moral MKN ini dalam memayungi rakyat?
Atau..payung siapa sebenarnya???
Lu Fikir La Sendiri!!!

37 ulasan:

  1. Antara proton perdana baru dengan honda mana bagus? Harga proton perdana sudah menyamai harga kereta luar!100ribu, najib nk bunuh proton?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terkejut jgk aku harga perdana baru rm138k..baik beli honda terus je..

      Padam
    2. Woi, jangan mengata Najib - dia pakar konomi, pakar pemasaran kereta, pakar dapatkan RM4.2 bilion masuk ekaun dia, RM1 bilion masuk ekaun bini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia.

      Padam
  2. Perkara payong memayong. Rakyat payongkan Raja, Raja payongkan rakyat. Dah begitu beratus tahun. Jadi sejarah, jadi budaya, jadi cara hidup rakyat negara ini.

    Namun sejak Merdeka ada Perlembagaan, tapi konsep itu masih berlaku pada perinsip nya, walau pun kuasa Raja terhad di Perlembagaan itu.

    Itu lah sebab nya institusi Raja itu di maktubkan di dalam Perlembagaan dan di lindungi dek Akta Hasutan, tak boleh di pertikai atau pun di ungkit kedudukan, fungsi dan tanggung jawab Raja Raja kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majlis Raja Raja boleh mesyuarat tanpa PM dan Menteri Menteri Besar, buat keputusan sendiri dan keluarkan kenyataan akhbar. Dah buat gitu beberapa kali.

      Padam
  3. Soalan lebih menarik lagi: boleh terima ke rasional mengadakan Akta MKN itu?

    Benar, Parlimen dah luluskan, tapi apa saja yang di bentang dek najib ke Palrimen tentu di luluskan sebab depa majoriti di situ.

    Apa tujuan sabenar nya, ada ke tujuan yang tersirat tapi tak tersurat?

    Besar implikasi nya - kalau PM boleh mengistiharkan dharurat bagi satu kawasan, dia boleh buat demikian bagi banyak kawasan lain.

    Dari segi ini saja, ada munasabah nya apa yang majlis Raja Raja mahukan di buat itu.

    BalasPadam
  4. geng badot sarkas menyalak lagi. lagi dekat prk, lagi banyaklah fitnah. apa nak buat, malas membaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang cakap aje le malas membaca. Tapi peeky peeky jugak noooo?

      Perkataan sarkas hang pakai tuh menunjukkan hang ia lah Jing Projibo. Menyamar macam macam.

      Givap lah, Jing. Pujuk boss hang tu letak jawatan salepas runding dengan pihak yang boleh gerenti dia tak di dakwa bila berhijrah ke negara yang dia suka.

      Padam
  5. Anon 8.42...TAK SETUJU...Najib dan rakan2 persetongkolannya perlu didakwa atas segala kerosakan yang dia telah lakukan. Kita tak mahu dia duduk bersenang lenang di luar negara sedang rakyat terpaksa bergelut dengan hutang yang dia lakukan. Dakwa...rampas semua asset dia dan kembalikan kepada rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kalau Majlis Tertinggi UMNO tak ambik tindakan gantikan Najib, hutang akan bertambah, dia bermaharaja lela dengan Pandi terus mengata dia tak bersalah.

      Damage control kalau dia hijrah. Syarat boleh di runding - pasal harta dsb nya.

      Ahmad Zahid dah pelawa Tun Mahathir masuk semula UMNO bila Tun dedahkan dia ada RM230 juta masa dia Ketua Pemuda. Tun kasi syarat gantikan Najib. Rahman Dahlan, Strategic Communications Director UMNO tak bantah, kata, "Tunggu lah ... harap boleh tanpa syarat." Makna nya kalau bersyarat pun boleh.

      Kalau ramai lain Ahli MT pun fikir begitu, ada harapan. Tapi tak tau le bila nak gantikan Najib. PRU14 hanya 2 tahun saja lagi.

      Padam
  6. admin dan yg dok komen ni smua nmpak sangat dangkal dalam isu ni... Fasal (4A) Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan ni dibuat masa zaman mahathir semasa dia lucutkan kuasa sultan2 melayu dulu.. pemerintahan mahathir la yg TMJ ungkit baru2 ni ms kerajaan layan keluarga sultan dengan biadab... tengok balik sejarah la.. jgn dok sibuk isu terkini tapi xpenah nak kenal asal usul sesuatu tindakan... akta mkn ni langsung x membelakangkan kuasa raja2 ydp agong tetap yg teratas bila darurat perlu disytihar...

    sbg contoh kalo satu hospital kat selangor hosp selayang la sbg contoh ditawan pengganas.. xkan ko nk darurat satu negeri selangor... kwsn yg terlibat tu jer la yg perlu di isytihar kawasan keselamatan dengan segera..

    benda ni dh jadi ms kejadian bom di perancis pengebom tu berkubu kat kawasan kediaman dikepung polis.. beberapa hari jugak dikepong.. akta mkn ni akan di guna pada situasi mcm tu la... jgn dok jadi katak bwh tempurung tau pasal isu kampung sendiri jerr.. akta ni fungsi dia besar dan persiapan untuk hadapi Global Threat macam ISIS tu... ada paham tak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awat hang kata admin yang dok komen plak? Hang bodoh sangat ka? Blog pro Najib lagu tu ka? Admin tulis pos, dah tu komen sendiri?

      Padam
    2. Kamu memang bodoh sesangat le, Mamat 9:27 PG.

      Kamu jawab le soalan di pos ni, setuju tak setuju, kasi fakta dan hujah pasal itu sahaja. Apasal nak keluar cerita lama pasal pemindaan Perlembagaan?

      Sapa kata ".. kwsn yg terlibat tu jer la yg perlu di isytihar kawasan keselamatan dengan segera.."? Kalau betul gitu, kau sebutkan lah Perkara berapa dalam Akta itu yang kata begitu, sebutkan perkataan2 nya sekali.

      Kalau tak, siapa yang menentukan berapa besar kawasan yang terlibat itu?

      Bukan kah dulu pun dah boleh istiharkan dharurat bagi satu negeri saja - macam Kelantan kena buat gitu dulu, di perintah di bawah Dirctor of Operations yang di lantik dek PM. Apasal nak ada Akta baru pulak?

      Kalau kamu pandai, jawab lah.

      Padam
    3. terima kasih la sbb bg pahala free kat saya sbb kata sy bodoh bulan puasa ni.. ok bab perlembagaan tu merujuk Fasal (4A) Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan dimana akta ni dah warata sebulan akan berkuatkuasa automatik.. ni perlembagaan yg dibuat mahathir... so dia menjawab kenapa akan kuatkuasa selepas warta.. rujuk la posting posting admin baca sampai habis ape soalan admin.. ko baca tak faham kata aku yg bodoh?? nice

      Dakwaan bahawa RUU MKN 2015 tidak sah (unconstitutional) kerana bercanggah dengan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan 1957.
      1.1 RUU ini tidak dibuat di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Ia dibuat di bawah kuasa Parlimen mengikut Perkara 74(1) Perlembagaan Persekutuan dibaca dengan butiran 2 dan 3 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (1) perkara 74 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu antara lain, di bawah Senarai Pertama Jadual Kesembilan.
      1.2 Hal perkara berhubung “pertahanan bagi persekutuan” dan “keselamatan dalam negeri” adalah merupakan perkara yang dinyatakan dengan jelas di bawah butiran 2 dan 3 Senarai Pertama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, RUU MKN yang merupakan suatu undang-undang bagi maksud keselamatan negara adalah di bawah bidang kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang dan sekaligus berada di bawah bidang kuasa eksekutif Persekutuan.
      1.3 RUU ini juga tidak menjejas hak asasi yang dilindungi di bawah Perkara 5, 9, 10 dan 13 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu tidak ada keperluan supaya diadakan „recital‟ bagi menyatakan RUU dibuat di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Malahan, RUU ini tidak memperuntukkan apa-apa kesalahan yang baru mahupun prosedur luar biasa daripada yang diperuntukkan di dalam undang-undang sedia ada.Tambahan lagi, tujuan RUU ini bukanlah untuk mengisytiharkan darurat tetapi untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan.
      2
      2. Dakwaan bahawa RUU ini menonjolkan dictatorshipPerdana Menteri sedangkan sepatutnya hanya YDP Agong sahaja yang mempunyai kuasa untuk membuat perisytiharan darurat

      Padam
    4. 2.1 RUU ini bukan untuk mengisytihar darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan tetapi untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan. Terdapat perbezaan yang ketara antara darurat dan kawasan keselamatan. Darurat hanya boleh diisytiharkan oleh YDP Agong apabika berlaku darurat yang besar (grave emergency) dan bukannya ancaman keselamatan biasa. Sebaliknya perisytiharan kawasan keselamatan akan dilakukan apabila berlaku „ancaman yang serius terhadap keselamatan negara‟ dan bukannya „darurat yang besar‟. Ini bermaksud, tahap ancaman yang membolehkan perisytiharan kawasan keselamatan oleh Perdana Menteri adalah lebih rendah berbanding tahap ancaman bagi maksud perisytiharan darurat oleh YDPA. Maka tidak timbul isu „power grab‟ ataupun „promoting dictatorship‟. Kuasa untuk mengisytihar darurat masih kekal kepada YDPA di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
      2.2 Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa penuh dalam RUU ini. RUU ini juga tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Selain itu, landskap keselamatan negara kini tidak seperti dulu.Maka Kerajaan memerlukan pendekatan yang drastik dan holistik dalam mengurus keselamatan negara.Dengan adanya RUU ini, Kerajaan mampu melicinkan pengurusan operasi di kawasan-kawasan keselamatan bagi menjaga keharmonian rakyat dalam negara.RUU ini bukan bersifat negatif tetapi bertujuan menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia termasuk pembangkang.
      3. Dakwaan bahawa RUU ini digubal untuk menjamin kepentingan Perdana Menteri dan UMNO.
      3.1 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk menubuhkan Majlis Keselamatan Negara secara formal sebagai agensi yang bertanggungjawab menggubal dan menyelaras dasar-dasar keselamatan negara bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara. Sepertimana National Security Council di luar negara, NSC dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau
      3
      Presiden dengan ahli-ahli yang dilantik. Ia bertujuan untuk menjamin keselamatan negara dan bukannya untuk kepentingan Perdana Menteri atau UMNO atau mana-mana pihak berkepentingan.

      Padam
    5. Susulan insiden tersebut, Kerajaan telah mengisytihar kawasan keselamatan di Sabah (ESSZONE) dan bukan perisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.Melalui perisytiharan kawasan keselamatan, ketenteraman awam di kawasan tersebut berjaya dipulihkan dan hak asasi penduduk di kawasan tersebut terjamin. Jika perisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutan dibuat, segala aktiviti politik, ekonomi dan sosial sudah tentu akan lumpuh sama sekali. Ianya akan menyulitkan kehidupan seharian penduduk di Sabah.
      6.3 Selain itu, RUU ini diwujudkan berikutan pemansuhan Ordinan Darurat 1971 dan Akta Darurat 1979 pada 2011. Kewujudan MKN pada masa kini adalah secara pentadbiran berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1971. Kewujudan secara pentadbiran ini telah menjejaskan tindakan pengarahan dan penyelarasan oleh MKN terhadap Pasukan Keselamatan dan Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan keselamatan negara.
      6.4 RUU ini juga akan memberikan kuasa kepada MKN untuk menyelaras tindakan bersepadu di kalangan anggota Pasukan Keselamatan. Ia turut memberi kuasa sewajarnya kepada Pasukan Keselamatan bagi menangani ancaman yang berlaku di dalam kawasan keselamatan yang diisytiharkan.

      12. Apakah perbezaan di antara kesan perisytiharan darurat dan perisytiharan kawasan keselamatan?
      12.1 Perisytiharan darurat akan menyebabkan semua pentadbiran di negeri yang diisytiharkan darurat akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan segala aktiviti politik, ekonomi dan sosial penduduk akan lumpuh dan terjejas. Hak untuk bergerak juga akan disekat. Tetapi perisytiharan kawasan keselamatan tidak akan akan menjejaskan aktiviti penduduk dan pentadbiran di negeri yang berkaitan. Ia cuma akan membolehkan Pasukan Keselamatan dikerah bertugas bagi mengawal ancaman di kawasan tersebut.

      Padam
    6. nah nak sngat jawapan baca jgn xbaca faamkan pastu jaga la sikit adab lidah tu.. rsnya mak ayah kita x ajar carut maki orang..

      Padam
    7. Salam semua!

      Panjang lebar nampak penerangan kpd Akta MKN tu. Terima kasih kerana beri pencerahan. Cuma satu kemusykilan. Apa jaminan yang Akta MKN ni tak akan disalahgunakan? SOSMA digunakan keatas Datuk Seri Khairuddin & Matthias Chang!!!

      Padam
  7. Tun M dah tak releven lagi dlm politik Malaysia.

    Sebab utama, otak dia telah mengecut dan fikirannya jadi sempit.

    Krn itu penyokong tegar/pemakan dedak nya semua mengalami kerosakan otak yg kekal secara berterusan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. RAKYAT PRIHATIN!! PNYOKONG MADIR BUKAN DEDAK K! INGAT NI..PNYOKONG MADIR IALAH PENJILAT TEGAR..DEPA NK JILAT SMPAI TEGANG SEMULA KULIT MADIR KLU XCAYA TGK RAMBUT BOBOI..KESIAN BOBOI DIJILATKAN MEREKA YG BUTA HATI DAN MATA TERUTMA ADMIN PUTRA NI TP KIRA BEMARUAH JUGELAH DEPA SNGUP KLUAR UMNO DR ADMIN PUTRA NI..KIKIKIKIKI XDE MARUAH KE BRO? TELO MANE TELO KAHAKAHAKAHAKAH

      Padam
    2. MACAM INI LE PENYOKONG JIBO. ASYIK MAKI HAMUN AJE, TAK MAU CARI FAKTA DAN HUJAH UNTUK MEMBANTU JIBO KENA TIBAI HARI HARI DI SANA SINI.

      MANA TELO? KO TAK TERASA DALAM MULUT KO?

      Padam
  8. Ada pakar undang undang (kalau tak silap, Professor Emeritus Shad Saleem Faruqi, UiTM) kata bahawa ada lebih dari 500 Akta dah di bikin sejak Merdeka yang boleh di gunakan untuk penjenayah di hambat, di tambat dan di ikat.

    Awat nak buat Akta baru? Nak senag tangkap tanpa waran yang Magistret luluskan ke? Pahal pun, awat tak buat apa yang Majlis Raja Raja kata tuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan ke kuasa Raja-Raja dah 'illek', Madey sudah jadikan kuasa utk sign aje, tapi takde apa-apa makna. Kalau tak rujuk kat Raja2 ke atau dengar nasihat Raja2 ke dah tak jadi apa2 lagi ...

      Skrg nak marah sapa? Madey lah yg rosakkan semua kuasa2 Raja2, Kehakiman dan Eksekutif. Dia yg rosakkan perundangan negara, skrg dia komplen dan cerita nak selamatkan Malaysia.

      Itu pasal makin hari makin ramai org UMNO meluat dgn Madey, cakap tak serupa bikin ...

      Padam
    2. Paling bodoh, bangang, jenis pendatang cakap begitu.

      Tak ngaku pun kalau takda YDP Agong dan Raja Raja Melayu sign surat lantikan, tiada siapa boleh menjadi dan menjalankan tugas PM atau Menteri Besar.

      Padam
  9. Abu Dhabi's (IPIC) to pursue arbitration seeking $6.5 b (RM26 b) from 1MDB.

    dispute over repayments on bonds by 1MDB leading to a default in April.

    failure of 1MDB and [Malaysia’s Ministry of Finance] to perform their obligations, cure their defaults or put forward acceptable proposals has left IPIC in the position where it must pursue its claims in arbitration,” Abu Dhabi said in a statement filed with the London Stock Exchange Tuesday.

    1MDB and IPIC in disagreement over which of the two should make a $50 million bond payment under a deal reached last May. The IPIC guaranteed $3.5 billion of 1MDB’s bonds when issued in 2012. After the Malaysian investment fund fell short of cash, IPIC also agreed to give an emergency billion-dollar loan to 1MDB and make interest payments on the same bonds. In exchange for IPIC taking over the debt, 1MDB agreed to transfer assets to the Abu Dhabi fund. However, earlier this month, IPIC said that the Malaysian fund failed to pay the debts to the Abu Dhabi fund.

    The Malaysian fund is also at the center of a corruption scandal involving Najib Razak, the country's prime minister. Najib, who founded 1MDB in 2009 to boost the Southeast Asian nation's economic growth, has been linked to a graft probe at the fund, from which $681 million was allegedly traced to his personal bank accounts. The prime minister has consistently denied the accusations, first made in a July 2015 report by the Wall Street Journal, which said that investigators tracked the money from an account at Falcon Private Bank in Singapore to accounts in Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bebudak Najib di blog ini tak tahu Bahasa Inggeris. Itu pasal tak komen.

      Kalau tak dah melompat lompat macam beruk, mengata WSJ tak sebut nama punca. Jenis bodoh tak mahu terima hal bahawa akhbar seluruh dunia mesti lindungi punca maalumat sensitif mereka.

      Najib pulak tak berani saman WSJ. Takut pekong pekung busuk dia yang lain keluar di masa bicara.

      Padam
    2. Teruk le ekonomi Malaysia, dah lah 1MDB terhutang RM53 billion, kena bayar pulak IPIC RM26 bilion.

      Kot ada lagi pekong Najib, itu sebab dia tak saman WSJ, SR, NYT dah setahun lama nya skandal dia meletup.

      Padam
    3. Ulang tayang cerita tahun lepas naik tak payah, sama seperti tokong kini itu

      Padam
  10. Bila nak hantar dekalrasi Rakyat ke majis raja he.he.he
    Dulu cakap nak hantar 11may Dan 12may
    Sampai sekarang Tak hantar

    He.he.he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu. Protun tau peraturan, ikut protokol. Tak macam Jing Projibo main terjah saja, biadap, Raja Raja pun tah hemahkan.

      Hu hu hu

      Padam
    2. kira2 nak antar Deklarasidahbasi Rakyat tu mcm citer 16 Sept Al-Jubs jugak le nampaknya ...

      Baguslah dorang ikut protokol, protokol org2 kuat bohong ...

      Padam
    3. 1242, masih nak bukti jugak lagi ke? Kau baca ini:

      Bodoh sangat le kamu tak tahu apa itu bukti, tak mahu google makna nya, keras kepala asyik jeritkan takda bukti apekebenda.

      Ini dia makna bukti:

      Kamus DBP, bukti: keterangan yang nyata, dalil, saksi, tanda

      bukti = evidence

      Oxford English Dictionary, Evidence:

      1. clearness, obviousness

      2. indication, sign, testimony, facts making for a conclusion

      3. information tending to establish fact, statements, proofs admissible as testimony in court

      4. serve to indicate, attest

      Dari apa yang dah keluar di berita di dalam dan di luar negara sejak meletup nya skandal Najib, dari Hansard atau rekod testimony kapada PAC di Parlimen, kepala hotak kau kalau tak habis habis soalkan bukti. Bodoh, bangang, tongong, bahalul, baghal.

      Aku akan keluarkan komen ini setiap kali kamu keluarkan soal bukti.

      Padam
  11. Jing jibbo flykite harami Al tempoyak basi..
    Awat hang tak makan ubat..? Dah mai dah tu..

    BalasPadam
  12. Cai 12.42 Ptg..
    Yang kuat berbohong tu jibbo laknatullah dan ko serta pemakan2 dedak jibbo tetap dan berpencen.
    heh..heh..kih..kih..esok bila pencen nak gi ambek duit pencen, kerani bank tanya , " pakcik kerja apa dulu?" Cai jawab, " pemakan dedak". Hih..hih..hih..kah..kah..kah..
    tergelok kak chah..
    kah..kah.kah..
    pi mkn ubat..
    Heh..heh..

    BalasPadam