Rabu, 8 Jun 2016

Kebebasan Bersuara..!


Ada lagi ke?

KEBEBASAN BERSUARA.

1.Pengasas negara Malaysia merdeka memilih sistem demokrasi kerana rakyatlah yang berjaya mempengaruhi dan menyokong Raja untuk menolak Malayan Union rancangan British. Rakyat dalam demokrasi diberi hak dan kuasa memilih pemimpin untuk mengetuai pentadbiran negara. Bersama dengan hak ini datang juga hak untuk menukar pemimpin jika pemimpin sudah tidak layak lagi menjadi pemimpin. Penukaran ini boleh dibuat semasa pilihanraya umum atau diwaktu mana pemimpin didapati sudah tidak lagi sesuai.

2.Dalam negara demokratik suara rakyat penting bagi pemimpin mengetahui kehendak mereka. Oleh itu kebebasan bersuara menjadi satu dari hak utama dalam demokrasi. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka bukan sahaja demokrasi menjadi cacat tetapi ianya tidak wujud.

3.Negara Malaysia dibawah Najib sudah tidak lagi mengamal prinsip kebebasan bersuara. Memanglah sekatan terhadap memburuk hubungan antara kaum di negara berbilang bangsa ini diperlukan. Semua negara demokratik mengamalkan sekatan tertentu bagi mengelak rusuhan. Tetapi ia tidak termasuk pemerintah mengurang atau menghapus hak rakyat mengkritik pemerintah apabila pemerintah melanggar undang-undang.

4.Hari ini kita lihat hak rakyat bersuara diganggu secara terbuka. Media cetak dan elektronik dikuasai penuh oleh Najib dan tidak lagi lapor yang benar. Maklumat diputar sehingga tidak lagi mencerminkan fakta yang sebenar. Sekatan terhadap media alternatif juga dicuba.

5.Walaupun dahulu kebebasan dialami oleh ahli parti UMNO untuk mencabar Presiden, bahkan bertanding merebut jawatan presiden, hari ini jika Presiden disoal atau ditegur, yang menegur akan dibuang dari parti, atau dilucut dari jawatan dalam parti. Dengan itu ahli parti takut dan membiar presiden membuat perkara yang tidak baik.

6.Katanya ada dedak yang disumbat kedalam mulut ahli-ahli parti supaya mereka menjadi bisu. Ada ahli parti yang mengaku menerima sogokan sebanyak satu dan dua juta Ringgit dan mereka pun menutup mulut terhadap jenayah yang jelas berlaku. Mereka mengia apa sahaja. Sesungguhnya mereka bukan lagi wakil rakyat yang memilih mereka, tetapi sudah jadi orang suruhan Najib. Dasar dan perjuangan parti tidak lagi menjadi tanggungjawab mereka.

7.Demikian juga dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO. Mereka sudah tidak ada suara lagi setelah melihat seorang Naib Ketua Bahagian yang menegur Presiden dipanggil oleh polis, disoal, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah.

8.Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib, walaupun duit Kerajaan berbillion Ringgi dihilangkan, walaupun Najib tiba-tiba memiliki berbillion Ringgit dalam akaun peribadinya yang tidak dapat dijelas puncanya; wakil rakyat BN, Ketua-Ketua Bahagian UMNO membisu.

9.Dalam mesyuarat agung UMNO perwakilan tidak dibenar bercakap berkenaan dengan 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.

10.Apabila beberapa pemimpin cawangan menyoal dan menegur Najib kerana 1MDB, 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya dan penglibatan Jho Low dan syarikat Good Star Ltd dalam pengurusan wang 1MDB sehingga ratusan juta dollar Amerika hilang, maka Ketua-Ketua Cawangan dipecat.

11.Biasanya apabila pemimpin menyeleweng, Perlembagaan negara memberi hak kepada wakil rakyat membuat undi tidak percaya dalam Dewan. Tetapi kerana dedak dan berbagai jenis tekanan, selain dari dua orang ahli UMNO, ahli-ahli UMNO yang lain dan BN tidak berani menyokong usul tidak percaya jika diusulkan.

12.Rakyat kehilangan suara secara menyeluruh. Semua peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang berkenaan kebebasan bersuara sudah dibatalkan. Melapor kepada polis berkenaan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin juga bukan sahaja tidak berkesan tetapi yang melapor sendiri dimasuk dalam tahanan.

13.Sekarang ini rakyat cuba untuk merayu kepada Yang diPertuan Agong melalui Deklarasi Rakyat. Memang tidak ada peruntukkan dalam Perlembagaan bagi rakyat merayu kepada Raja-Raja. Tetapi oleh kerana semua jalan lain untuk memperdengarkan rintihan mereka sudah dihapuskan, maka terpaksalah mereka mengguna cara rayuan kepada Raja. Najib juga tidak patuh kepada Perlembagaan, undang-undang serta prinsip-prinsip demokrasi berkenaan hak bersuara oleh rakyat.

14.Ugutan juga dibuat untuk merampas paspot jika semasa berada diluar negara, kenyataan dibuat kepada media asing berkenaan salahlaku pemerintahan Najib.

15.Sudah lebih sejuta rakyat menandatangani Deklarasi Rakyat untuk selamatkan Malaysia, walaupun kedengaran ada amaran diberi oleh Kerajaan Najib bahawa sesiapa yang menandatangani Deklarasi Rakyat akan kehilangan bantuan BRIM, biasiswa anak, peluang perniagaan, lesen dan semua kemudahan hak rakyat. Peniaga akan digeledah oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri, tidak akan dapat kontrak, urusan dengan pejabat terganggu dan lain-lain ugutan.

16.Sekarang ada penyokong Najib yang memperlekehkan Deklarasi Rakyat, kononnya ada banyak penipuan. Ia mendesak polis supaya merampas Deklarasi yang berada dengan sekretariat. Harapannya ialah supaya polis dapat kenalpasti mereka-mereka yang telah tandatangan Deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka.

17.Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan Deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka. Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti dari menjadi Perdana Menteri. Tetapi mereka takut tindakan rejim Najib.

18.Penyokong Najib ini ialah pengkhianat bangsa dan demokrasi yang tidak senang kerana rakyat bersuara. Kononnya ia dari parti pembangkang yang bermusuh dengan kerajaan Najib. Tetapi sebenarnya ia adalah penyokong tersembunyi Najib yang ingin selamatkan Najib.

19.Usaha untuk mendapat Deklarasi Rakyat akan diteruskan. Saya percaya ramai rakyat Malaysia berani bersuara.

20.Pengkhianat bangsa dan demokrasi tidak akan berjaya walaupun mendapat perlindungan Najib.

Berani kerana benar..!

Kertas takkan mampu membungkus api..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

17 ulasan:

  1. $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$.....

    BalasPadam
  2. Ha.ha.ha kalau tak Ada kebebasan bersuara dah lama blog macai protun m ditutup he.he.he

    Tun m ada ke Bantu Sabah Dan serawak lupa kalau bukan jasa tun ghafar ITU selamatkan Sabah dah lama tun m hilang Sabah ITU ITU. Jangan lupa golongan kafir Cuba murtad orang sabah, nasib baik tun ghafar ADA selamat orang sabah dari murtadkan Dan umno masuk Sabah

    APA lagi cai kebebasan bersuara,blog macai protun ,tokong kini,blog che det, the rocket tak ADA pun tutup.

    Pembangkang menang 5negeri pun bukan bergantung pada tv1,2,3,4,5,6,,7 semua bergantung pada media baru.
    Orang kampung pun semua ADA smat fon


    Kebebansan bersuara APA macai ini cakap kan, kalau tak kebebasan bersuara kita dah lama kita tutup media sosial, dah media sosial di buat oleh kerajaan seperti kerajaan China Dan iran kawal media sosial dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Team a team b apa cerita..

      Padam
    2. Pendedak 8 Jun 2016 12:53 PTG,

      Dah tu kenapa SKMM block blog dinturtle , outsyedthebox dan lain2 dulu? Tanpa apa2 amaran dan penjelasan terus je block blog orang. Camtu ke yg ada dalam undang2?

      #no1dedakmostwanted

      Padam
    3. Blog Che det masih hidup aku Tanya soal ini 12:53 Dan 1:45
      ITU lah kebebasan bersuara, aku Tanya ini kenapa blog che det tak ADA kebebasan bersuara hanya kena cod pada orang masuk nya, ITU kebebasan bersuara ke kalau macam orang tak dapat cod blog dia tak dapat masuk Dan hanya mahir it tak boleh masuk bercakap di blog che det, ITU kebebasan bersuara che det.

      Kebebasan bersuara memilih orang ITU blog che det, tak ADA langsung kebebasan bersuara dalam blog che det kecuai orang masuk komplan pada hanya untuk puak protun Dan hanya pandai dengan it untuk ceroboh komplan dengan nya

      Padam
  3. Anda 12.53,

    Anda ada mengikuti informasi dari singapura mengenai 1MDB? Harap kita dapat bersua muka setelah tamat skandal ini kelak.....let us see who has the last laugh......ok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertaruh potong jari kelingking pun dia tak akan berani sua muka.

      Dia cabut lari kuat kuat. Macam anjing. Dah, kan dia Jing Projio. Bila sampai masa nya, dia letak ekor nya menutupkan lubang bontot nya, antara dua kaki nya, jalan menonong ke tempat lain, macam anjing kehilangan boss.

      Bila boss dia di dakwa nanti, gitu le dia jadi nya.

      Padam
    2. Kepada macai protun Cuba buka blog che det ITU ada ke kebebasan bersuara ,hanya untuk golongan istemewa protun je
      Mahu komplan hanya untuk protun Dan protun akan bagi code hanya pada pengikut Dan penjilat dia je,
      Sampai sekarang pun skmm tak tutup blog che det hanya untuk golongan istemewa protun je, palawan bugis tak tutup pun

      Ini blog che det yg banggakan
      http://chedet.cc

      Padam
    3. Team a team b apa cerita..he he he

      Padam
  4. Tak ade kebebasan bersuara la pulakkk..... hina islam... perlrkrh islam... hudud... perlekeh raja raja... kutuh dan fitnah dlm blog batu api putramerdka ni tak tutup pulakkk... kebebasan apa yg x ade lgi di Malaysia nihhh.... cerciterr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bugis Lanun dah sedor dia tersilap - buang ISA dan EO, buat keputusan buang Akta Hasutan, kena bantah dek UMNO, tak jadi.

      Jadi, dah takda cara lain nak bendong banyak sangat mencaci dan mengkeji dia mengsonglap wang, dia ketatkan kebebasan rakyat bercakap le. Pemikiran zaman feudal. Maharaja Jibbo.

      Padam
    2. 3:54 kalau tak ADA kebebasan bersuara tak kau boleh cakap bugis lanun, ITU bodoh kebebasan bersuara protun Dan pakatan haramjadah ini

      Padam
    3. Blog persendirian ko nak bandingkan dengan blogs yang di panggil "news portals" tu, Jing Projibo. Bodo le ko.

      Macam Malaysian Insider yang dah kena keok dek Bugis lanun tuh.

      Dulu masa Spore lesenkan "news portals", si Bugis tak mau buat. "Liberal" konon. Dah tu mengamuk kat The Edge, Malaysian Insider, Malaysiakini etc.

      Threats tak habis habis. Sebab 1MDB, songlap bebilion ke ekaun sendiri dll tak habis habis rakyat laungkan. Sekarang 7 negara luar pun siasat.

      Amacam Jing, ko bebas bersuara di blog ini? Aku pun suka ko masuk sebab bagi aku excuse nak hentam Jibo melanun memyonglap duit dan nak menutup mulut rakyat. Dan membodokan ko.

      Padam
  5. Kebebasan bersuara dan kebebasan menipu dan bohong dlm Dekrrasi Slmat Malaysia boboi tak ada beza semua bedal jer...

    BalasPadam
  6. Tsmy,sa,ghani,sprm,gbnor bank,semua mereka kena tukar,kena buang apa crita baru siasat jer...kebebasan bersuara konon..malula sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dizaman tun m ramai lagi kena buang Dan malukan, tsmy telah lakukan 3 kesalahan besar pun masih disimpan oleh najib sebab dia kasihan, bank Negara telah tamat kontarak,gani ITU benasib baik berhenti lebih awal dua bulan kalau tak di dah lama cemur oleh Rakyat Malaysia sebab gagal pertahankan pulau Batu putih, Dan kalimah Allah hampir tergadai disebab sikap sambil lewa dia.

      Padam
    2. Kebebasan bersuara bila orang tanya je kena tangkap pegi balai. Orang soal sikit kena pecat, kena buang, kena tukar.

      Ada blog2 yang sampai sekarang kena block. Yg tutup pun ada. Cakap lebih sikit kena tangkap.

      Tun tengah berucap pun disuruh berenti.

      Yang melukis pun kena tangkap.

      Ada media cetak yang kena bungkus.

      Kebebasan bersuara sangatlaaaa zaman niiiiii........

      Tergelak nenek aku wehhhh....!!

      Padam