Khamis, 30 Jun 2016

Di Mana Jho Low..?


Kenapa penguatkuasa undang undang Malaysia tak mencari budak ni?

Di mana Jho Low sekarang?

Jutawan ranggi Jho Low kembali menarik perhatian berikutan polis menyiasat dakwaan hubungannya dengan syarikat yang kini tidak lagi berfungsi, Good Star Ltd.
Bagaimanapun, jutawan berusia 35 tahun itu telah hampir setahun menjauhkan diri dari perhatian awam.
Malah, organisasi amalnya, Yayasan Jynwel, turut berdiam diri sejak 26 Jun tahun lepas. Itu hanya seminggu sebelum Wall Street Journal memecahkan berita bahawa RM2.6 bilion ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jynwel Capital - sebuah firma pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong di mana Low merupakan pengasas bersama dan juga menjadi ketua pegawai sksekutifnya - turut sama berdiam diri.
Walaupun syarikat Low itu berpangkalan di Hong Kong, tetapi dia dikhabarkan berada di Taiwan.
Menurut khabar angin, ini kerana Taiwan kekurangan perjanjian bantuan perundangan dan perjanjian ekstradisi, yang mana boleh melindungi seseorang yang dikatakan terlibat dalam skandal 1MDB.
Skandal itu kini menjadi bahan siasatan berasingan tetapi bertindih yang dijalankan oleh pihak berkuasa di lapan buah negara - Malaysia, Singapura, Switzerland, Luxemburg, Hong Kong, United Arab Emirates, Australia, dan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, khabar angin itu tidak disahkan walaupun itu tidak menghalang seorang ahli parlimen DAP untuk mendapatkan bantuan Taipei bagi mengesan Low tahun lepas.
Namun, Taiwan mempunyai perjanjian bersama bantuan perundangan dengan salah sebuah daripada negara yang menyiasat sesuatu skandal 1MDB - Amerika Syarikat.
Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - merupakan orang penting dalam penubuhan pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). Reuters baru-baru ini mepetik orang yang mempunyai pengetahuan tentang siasatan, mengesahkan dakwaan sebelum ini bahawa Low merupakan pemilik tunggal Good Star.
Pada tahun 2009, 1MDB menghantar kira-kira AS$1.03 bilion yang sepatutnya untuk rakan kongsi perniagaannya ketika itu, PetroSaudi International (PSI), tetapi wang itu dilencongkan ke Good Star.
Kerajaan bertegaskan bahawa Good Star merupakan anak syarikat PSI, manakala Low menafikan ada kaitan dengan Good Star.
Berikutan laporan Reuters itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis akan menyiasat dakwaan kaitan antara Low dan Good Star.
Kapal layar mewah
Sementara itu, kapal layar mewah yang dikhabarkan milik Low, kali terakhir dilihat berada di negara kepulauan Pasifik, Palau, pada 5 April tahun ini, demikian menurut laman web Trafik Marin.
Satu lagi laman web pengesanan kapal, Vessel Finder, melaporkan kapal yang sama berada di Cairns, Australia, hanya beberapa jam lebih awal.
Pada bulan Februari tahun ini dan Disember tahun lepas, seorang pengguna di laman web ShipSpotting melaporkan melihat kapal layar itu di Auckland, New Zealand, di mana ia dikatakan sedang diperbaiki. Kehadiran kapal layar itu di Auckland juga telah dipaparkan dalam kumpulan Facebook 'Superyachts di Auckland.
Bagaimanapun, untuk menentukan sama ada ada kebenaran mengenai khabar angin bahawa Low sebenarnya memiliki kapal laya 'Equanimity', terbukti lebih mencabar.
Di atas kertas, kapal itu milik Equanimity (Cayman) Ltd. Undang-undang syarikat Berahsia di Kepulauan Cayman membuatnya hampir mustahil untuk menentukan pemilik syarikat melalui rekod umum.
Pelbagai laman web peminat marin menunjukkan Low sebagai pemilik utama kapal itu, seperti laporan oleh laman Sarawak Report. Bagaimanapun, sesetengah laman web juga membuat spekulasi bahawa kapal itu sebenarnya dimiliki oleh Do Won Chang, pengasas rantaian runcit fesyen Korea Selatan, Forever 21.
Salah satu laman web itu, SuperYatchFan, mendakwa telah menerima mesej dari peguam Low menafikan bahawa Low adalah pemilik kapal layar itu, walaupun ia menyatakan bahawa dia masih calon yang mungkin memiliki kapal layar itu, selain daripada Chang.
Lebih sukar lagi ialah bagi menentukan sama ada Low berada di atas kapal layar mewah itu semasa ia dilihat di beberapa tempat tersebut.
Buat bodo jer la..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

23 ulasan:

  1. Hahaha...mahunya tak kebal mamat nii..dia nii penyimpan harta pusaka mohd najib diluar negara..sudah tentulah mohd najib mau lindungi mamat nii..nii semua wayang tamil saja..kalau betul2 pihak berkuasa buat kerja dh lama mamat ni ke penjara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu ada yg kata tak kenal si Cina Bukit tuh. Sampai masa orang keluorkan gambar nyata menunjukkan Najib dan Rosy sebaris dengan dia dan sorang Arab, Prince Turkey ke.

      Kalau betul Prince Turkey, mungkin le dia pun sama dalam komplot pengsonglapan 1MDB RM4.2 bilion masuk ekaun Najib, konon nya sebahagian nya derma dari Prince Turkey, yang konon nya tulis surat defend Najib bunyi nya macam convenient aje, tahukan semua hal sejak meletup skandal Najib.

      Padam
  2. Unjuk kan la bukti owner kapal tu... mcm kes banglo lajak laris.. suma blogger tunjuk bukti bersurat... tarikh.. masa...sumaa lengkap.... klu stakat sedap montot nk tulis tanpa fakta... mna maunyerrr...penulisan yg x bertanggung jwb lnsung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jing Projibo nih nak kena lagi -

      "Bodoh sangat le kamu tak tahu apa itu bukti, tak mahu google makna nya, keras kepala asyik jeritkan takda bukti apekebenda.

      Ini dia makna bukti:

      Kamus DBP, Bukti: keterangan yang nyata, dalil, saksi, tanda

      bukti = evidence

      Oxford English Dictionary, Evidence:

      1. clearness, obviousness
      2. indication, sign, testimony, facts making for a conclusion
      3. information tending to establish fact, statements, proofs admissible as testimony in court
      4. serve to indicate, attest

      Dari apa yang dah keluar di berita di dalam dan di luar negara sejak meletup nya skandal Najib, dari Hansard atau rekod testimony kapada PAC di Parlimen, kepala hotak kau kalau tak habis habis soalkan bukti. Bodoh, bangang, tongong, bahalul, baghal.

      Aku akan keluarkan komen ini setiap kali kamu keluarkan soal bukti."

      Padam
    2. Mana bukti 1:14
      Apakah puak protun kau
      Tak percaya pada PAC menyatakan najib tak bersalah
      Kenapa tonk pua boleh tandatangan najib tak bersalah
      Kenapa ahli PAC dap cakap najib tak bersalah

      Mahkamah tak kuasa selagi PAC tak menbawa kes ITU ke mahkamah
      Sila jawab persoalan kami macai protun dan prolimpig 1.14.
      Dap hanya pandai main putar belit jika kami minta bukti, lupa cakap president Reagan pun boleh kena buang apabila bukti keluarkan oleh badan penyesatan palimen amerika
      kenapa macai protun Dan prolimpig tak percaya pada kuasa PAC.
      Nampak sangat kau ITU pandai main politik bila kami minta bukti.

      Najib kalau najib bersalah dah lama keluar berbagai bukti najib bersalah sehingga Sekarang macai prolimpig hanya tahu main persepsis je

      Padam
    3. Bongok punya macaii..'saya hanya cari makan' kata hasan PAC..dh sah hasan nii orang mohd najib..senang saja mohd najib cuci tangan..spesis mcm ko nii tak punya otak...

      Padam
  3. jho Low skang ni berada di rumah atuk hang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaaaaaaa sapa pulak yang di rumah atuk hang tuh? Kak Rozy sure tak mau pigi rumah low class pemakan dedak.

      Padam
  4. Baru ini sister selam di ketuai oleh Marian tun m telah di Istihar menyelewing Dan sesat jabatan agama

    Soalan
    mampukah puak protun menyelamatkan sisters selam
    Mampukah puak protun mengerakan geng 25 liberal dia selamatkan sisters selam
    Hanya masa menuntukan
    Protun vs projibon vs prolimpig vs proalamak vs prokuali vs prosejenis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko datang dari planet Maret ke 123 PTG? Oang cakap pasal Jho Lo, ko cakap pasal Sisters selam.

      Ko di selam depa baru tau.

      Padam
  5. Jho Lo boleh di kesan, malah di tangkap, jika ada Waran Interpol - Polis Antarabngasa yang Malaysia jadi member.

    Tapi selagi Najib PM dan Pandi Peguam Negara, meletup gemurruh Gunung Titiwangsa pun tak akan keluor Waran Tangkap itu. Pandi dah kasi Najib Clean Bill of Wrong Doing, what. So, Jho Lo also ho ho ho.

    Macam cerita Pirates of the Caribbean aje - Yo Ho Ho and a bottle of rum.

    BalasPadam
  6. "Di Mana Jho Low..?"

    Jho Low tangah berseronok habiskan duit yang dia sakao dgn Lanun Bugis!!!

    BalasPadam
  7. 1.14
    nk tunjuk dictionary oxford la pulaķ..... yg putrabatuapi merdeka tu ada tulis ikut apa yg dictionary oxford tu suruh tak.... main sedap montot jer nk tulis.... tak ke babi namer nyer tu.... bukti mana tunjukkan la owner kapal tu siallĺ..........!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..bingaii macaii nii..tunjuk bukti bukan ko caya pun..bukti depan mata..saja buat tak nampak..yg nampak cuma $$ yg ditabur mohd najib...ProOO00ootTt

      Padam
    2. Kata nak berhenti guna nama Ted Manoff. .terlupa kah si Kentut Prooo00tt?

      Padam
  8. alih perhatian ke protun ? ... ketua komunis dah pelingkup... korang buang masa spin pasal jho low ... recycle spin angin kentut madey .... pegi lah cari jho low tu !! else go fly kite !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kasi ko hirup dan makan kentut madey tu, Jing Projibo. Dah kenyang nanti, ko kasi tau aku.

      Padam
    2. Spin jer lah Si Lanun Bugis Besar tu!!!

      Padam
  9. Ted budak ni klu bagi minum àir suam pun cirit birit ...ko mana ade masa nk tunjuk bukti asyik berak lam seluar jer.... bukti msna.... fakta tuduhan mana.? Tunjukkan la.... tulis mcm gampang banģang... rugi jèr tokong bayar 20K klu ko jadi penulis fitnah upahan die.... low class.... bukti ade..? Mana bukti dan fakta..? Low class blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko bukan cirit aje, Jing Projibo. Ko melondah terborai segala isi perut ko. Sebab isi perut ko sentiasa busuk.

      Makan dedak Cap Lembu tu selalu, ok?

      Padam
    2. Tokong Cina, Lanun Bugis sama jer!!

      Dua2 Lanun Besar. 1 Lanun dari China 1 lagi Lanun dari Bugis!!

      Perompak besar!!

      Padam
  10. Jho low sedang berhibur dengan Marian tun m dekat Rumah tun m ITU
    He.he.he
    Nanti macai protun percaya he.he.he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak caya. Tapi caya kau kena kincing Jibo dan Rosy. Anina Langkawi pun tahu korang kena kencing selalu.

      Padam