Khamis, 9 Jun 2016

Dilema SPRM..!


Kebathilan takkan mampu mengatasi kebenaran..!

Tidak kira siasat siapa, SPRM tetap dimaki rakyat – Shukri

Shukri berpendapat, siasatan ke atas ahli politik paling sukar, justeru rakyat digesa memberi sokongan sepenuhnya kepada SPRM. Cabaran terbesar yang dihadapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah rakyat suka mempolitikkan masalah rasuah.
Malah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, tidak kira ahli politik mana yang disiasat suruhanjaya itu, mereka tetap dimaki dan dianggap “anjing”, “hantu” atau “barua”.
“SPRM sangat bebas, tidak kira siapa (suspek itu) kami akan siasat. Tetapi masalah di Malaysia ialah rakyat suka mempolitikkan masalah rasuah.
“Jika kami siasat seorang ahli politik, orang ramai akan menganggap SPRM sebagai alat parti lawan. Contohnya ketika siasat kerajaan, kami akan dianggap alat parti lawan,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama China Press menjelang persaraannya pada Oktober nanti.
Beliau bagaimanapun berpendapat, dimarahi kerajaan atau parti pembangkang bukannya perkara buruk kerana ia boleh membuktikan SPRM adalah badan yang bebas.
Shukri memberi contoh ketika SPRM menyiasat orang UMNO, kes kematian Teoh Beng Hock dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pelbagai pihak mengadakan demonstrasi jalanan besar-besaran dan menuding jari ke arah SPRM.
Beliau menjelaskan, siasatan ke atas ahli politik paling sukar, justeru beliau menggesa rakyat mengubah cara pemikiran dan memberi sokongan penuh kepada SPRM atau orang jahat (merujuk kepada SPRM) akan terus wujud.
“Yang saya sedih ialah di Singapura, Hong Kong malah Thailand tidak ada keadaan seperti ini.
“Saya kagum dengan Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK). Apabila mereka siasat sesiapa pun termasuk ahli politik, hampir semua rakyat akan menyokong mereka sepenuhnya, tiada orang yang akan menyusahkan mereka.
“Jika ada pihak yang menyusahkan KPK, rakyat akan bersatu mengadakan demonstrasi, inilah sokongan rakyat dan ini juga faktor suruhanjaya pencegahan rasuah di negara itu berjaya,” katanya.
Dalam pada itu, Shukri mendedahkan ada pihak yang cuba menganiaya beliau pada 1987 dengan menyembunyikan dadah dalam kereta.
Kejadian itu berlaku ketika beliau memegang jawatan Ketua Bahagian Siasatan SPRM Pulau Pinang.
“Pada hujung minggu itu, selepas selesai makan tengah hari saya tiba-tiba hendak mengemas kereta dan secara tidak sengaja menemui dadah seberat 1 kilogram disembunyikan di bawah karpet tempat memandu.
“Saya segera membawa beg kuning itu ke balai polis untuk membuat laporan dan keesokannya saya ditahan polis ketika bertugas di Seberang Perai.
“Saya masih ingat ketika itu tangan saya digari, polis memeriksa kereta saya dengan teliti namun tidak jumpa apa-apa pun.
“Saya tidak dapat bayangkan jika polis tangkap saya ketika ‘memiliki dadah’ sehari sebelumnya, macam mana saya hendak nafikan?” soalnya.
Sehingga hari ini, Shukri masih tidak tahu siapa yang menganiayanya, namun beliau tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada dendam.
“Selepas kejadian itu, saya ditukarkan ke ibu pejabat SPRM namun saya tidak gentar sebaliknya terus berkhidmat dalam SPRM,” tegasnya.
Mengenai rancangannya selepas bersara, Shukri berkata, beliau belum ada sebarang perancangan namun matlamatnya sudah tercapai dan beliau tidak akan kembali kepada SPRM lagi.
“Saya ada terima beberapa tawaran tetapi belum putuskan. Saya mungkin jadi pesara sepenuh masa. Sekarang saya akan fokus selesaikan tugas saya sehingga Oktober ini, masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum bersara,” katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

38 ulasan:

  1. Kena cari jalan macam mana nakkan Pani terima syur awak semua di SPRM dan prosecute.

    Terutama syur yang awak semua di Pasukan Petugas Khas menyiasat 1MDB dan berbilion di ekaun Bugis lanun buat kapada Gani Pattail dulu tuh.

    BalasPadam
  2. Tak bolh harap yang 3 ekor tuh hubungi SPRM. They have suddenly gone deaf and dumb, cannot read, write or speak to SPRM or any investigation agencies in Malaysia.

    Kalau SPRM ada kaitan dengan Interpol, kena gunakan hubungan itu le.

    BalasPadam
  3. Rakyat tak ada nilai agama didalam diri cuma zahir di sulubungi dng pakaian yang pada mereka itu pakaian Islam. Nilai2 kemulian jiwa tidak ada pada diri. Begitu juga pegawai2 kerajaan. Tanya lah rakyat yang tiap2 hari pergi ke seberang tambak untuk mencari nafkah disana tentu mereka dapat bandingkan dan memberitahu anda.

    BalasPadam
  4. kita tutup sprm ikut cadangan lama tun m tubuhkan bpr badan pencegah rasuah , Diletak bawah jabatan pendana menteri kemudian puak protun jadi PM ,hanya ikan bilis yg akan tangkap jerung akan lepaskan

    OK kalau setuju kalau buat dekalrasi Rakyat tubuh kan badan pencegah rasuah bpr ITU balik hantar ke yg pertuan agong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau sama orng nya dengn go fly kite. Mengada ngada pakai huruf besor bagi 1-2 perkataan di komen kau. Pemikiran bebudak ke? Macm itu, macam mana org nak pedulikan apa kau cakap.

      Aku balas komen kau ha nya nak dapat sikit amusement making fun of you.

      Padam
  5. delima madey nyanyok ... dah nak mampuih masih gila kuasa ... buat macam2 tapi masih tak berhasil ... tak berkat dan tak dapat izin Allah SWT... elok lah go fly kite !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berilah pandangan membena Yg babitkan tdm ni knp?...rindu n takut sangat dgn tun. Ye...sian...mati mesti celik mata ni

      Padam
    2. Fly kite bukan rindu dan takut dgn tun m tapi dah kemaluan yg besar.....nak tahu kenapa???
      Sebab budak yg dapat upah rm5 ribu buat SD kata tun m tipu identiti deklarasi sekarang ni dah buat U-turn. Wakakaka....

      Takut kena saman terus buat SD baru tak kenal pompuan naga dan tak pernah berurusan dgn tun m dan pompuan naga.

      Bab ni paling aku gelak wakaka....woi bugis jibon punya auta dah terburai. Guna lagi cikgu butt buat kerja tipu.

      Allah maha adil. Panazzz budak yg buat sumpah palsu tu.

      Padam
    3. panazz apa bro... 5K kecik punya hal kartel madey boleh kawtim ... takda kredibiliti pun SD tu... sama dgn DR .... ini kerja protun dan madey nyanyok tahap bebudak hingusan ... tak sapa pun peduli hal DR ni... gone case... go fly kite !!!

      Padam
    4. 117, Kau kata gone case. Org lain kata tak. Kau ingat orang pecaya kau? Coba kau congak berapa komen di sini yang elari dengan kau punya - seain dari beberapa komen yang kau sorang tulis.

      Boodoh pulak tu kau. Tulis go fly kite. Tiap kali ko tulis tu, semua org tau itu komen si gila fly kite.

      Padam
  6. Sepatutnya di atas SPRM ada lagi penguatkuasa yang memantau SPRM sebab di dapati di dalam SPRM juga ada berlaku Rasuah dan juga di dapati aktiviti rasuah ini cuba di tutup oleh pihak SPRM.Oleh itu barulah SPRM kelihatan bersih.

    BalasPadam
  7. Ya ke SPRM ni telus..setahu ramai SPRM ni telus bila yg terlibat tu melayu..cina kalu punya la slow macam siput babi...KENAPA...

    BalasPadam
  8. Kes 1MDB yang kompleks SPRM boleh cepat kasi cadangan dakwaan, malah tambah lagi.

    Kes Jln Pinhorn yang senang SPRM tiada cadangan dakwaan. Maknanya mereka tak siasat tapi hanya jadi pengumpul dokumen dan macam posmen serahkan surat siasatan tanpa ada analisa.

    SPRM is incompetent and bias! Shukri memang diketahui ramai lama adalah pro pembangkang dan dari keluar pembangkang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ramai yang ketahui. Aku tak tahu. Kawan2 ku tak tahu.

      Kalau kamu betul betul tahu, keluarkan bukti lah, supaya pembaca boleh percaya dan laungkan supaya dia di pecat. Kalau takda bukti pun, beri lah penerangan.

      Betul, Lim Guan Eng patut dah di hadapkan ke Mahkamah. Tapi keputusan mendakwa bukan atas SPRM - atas Peguam Negara Afandi. Yang kata Bugis Lanun takda buat kesalahan berkenaan berbilion Ringgit dalam ekaun bank dia.

      Afandi pulak nak kena baca apa yang Bugis Lanun fikir - nakkan Guan Eng di dakwa ke tak. Kot ada kaitan dengan tak ada dakwa pasal 1MDB.

      Tengok, aku tak tuduh pun. Ha nya kot kot kan aje.

      Padam
  9. Timbalan pesuruhjaya tu tak tau lepas bersara buat apa... ada terima tawaran... dah agak tawaran dari PAN tak payah nak propa... kaya raya mamat nih... tapi apa apa pun tunggu bjni bini SPRM buat kenyataan.... maklum la apa hal2 pejabat bini yg propa lebih2.... nnti bini bole propa account fb.. instagram... dll kena hack....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau menuduh macam macam. Mulut macam bontot ayam.

      Bukti takda lansung bang sepatah.

      Hati busuk bak bangkai buaya. Kau menyibuk, Bugis Lanun juga yang kaya.

      Padam
    2. Peguam Negara lakukan sesuatu di 'luar tabie' di bulan Ramadan demi selamatkan BN???
      http://kekandasatria.blogspot.my/2016/06/peguam-negara-lakukan-sesuatu-di-luar.html

      Padam
  10. Mamat sprm tu dari utara... tak silap dari kedah lama tu.... hihihi biasa la melayu kedah lama ni banyak pemimpin mme haramjadah... pas ni bole join diaorang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak usah mengarut le, Dol. Tak habis habis cakap itu aje. Kamu budak kecik ke?

      Padam
  11. U turn SD
    Kah kah kah
    Hari tu cai bugis komain mengutuk Tun.
    Korang kalau tak minta maaf dgn Tun, baik tak payah puasa.

    Kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini semua propa protun dan madey nyanyok ... DR is a gone case ... takda kena mengena dgn kerajaan ... go fly kite !!!

      Padam
    2. Itu kau cakap aje, Mamat 119. Apa kau cakap, orang tak kisah pun. Apa aku cakap, orang dengor.

      Padam
  12. Fly kite kalau bagi komen jer mesti tak relevan, pusing2 sampai pening, ,alasan orang utarala, kedah lama la jawapan semua kelaut kesian najib afa penokong bebal...bagilah jawapab best sikit ini siap penjelasan bergam ar ker ,,,macam rafizi buat kat rosmah siap gambar kapal terbang lagi...baru afa rasional nk berbahas ni tak nyanok lah ,gila kuasa la lepas komen kelaut....tu yang fly kite kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. He.he.he isteri obama naik jet air force one Pergi ke jepun hadiri majis disana,isteri PM England naik sewa British airways pergi hadiri majis negara,

      Bro aku bagi cadangan pada rafizi
      nanti kalau rafizi jadi PM 'bini dia naik tongkang pergi ke indon OK, ITU baru jimat, pergi England naik tambang murah airasian OK ITU baru jimat, ITU baru menunjuk kan dia bersama pati OK Dan jimat

      Padam
  13. Sementara menunggu pos baru Putera M, izinkan saya komen topik lain yg menarik, dan dlm bahasa campur BI -

    Najib has failed in a bid to skip testifying in his defamation lawsuit against PAS-owned newspaper, Harakah Daily. Dia tak mahu testify. Dia takut kalau testify, kena cross-examination by defence lawyer, kot kena tanya macam macam lagi berkaitan songlap duit berbilion Ringgit masuk ekaun dia, ekaun bini dia dan anak tiri dia.

    Loyar dia Hafarizam nak appeal. The trial will begin on June 23 if the appeals court does not grant Najib a stay.

    There are two pending appeals on the suit at the Court of Appeal, namely an application for amending his statement of claim and another for summary judgment. Bukan main dia. Dah lah tak mahu jadi saksi, jugak nak "summary judgment" - makna nya tak payah bicara, tak payah "full trial". Kalau dah Bugis Lanun tuh .... He can get what he wants from the Attorney General. Looks like not so from the Judges.

    Justice Hue had dismissed Najib’s bid, on April 7 and May 23, to amend his statement of claim by inserting statements from the Attorney- General (AG) and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on 1MDB. He also wanted to obtain a judgment without full trial.

    The Prime Minister is suing Harakah Daily and the editors, Rosli Yaakop and Taufek Yahya, for accusing him in an article “Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz” published on 19 February 2015, of abusing 1MDB funds.

    Hafarizam, on a separate matter, said he will be filing Najib’s statement of defence next Monday on a lawsuit by former premier Mahathir Mohamad. Yang itu lagi menarik. Kita tunggu. Dan tengok pemakan dedak Bugis Lanun melompat lompat di sana sini.

    BalasPadam
  14. Ape citer ni pihak berkuasa keuwangan spore tlh menafikan sebanyak 3 billion dolah telah didepositkan kedalam nsi bank.Terdahulu wsj melapurkan terdapat pengubahan wang tlh didepositkan oleh sumber yg tidak dikenali dicawangan bsi menjurus kpd 1mdb.Walaubagaimanapun Wsj tidak menamakan dgn jelas akn perolehan sumber tersebut dgn hanya menystakan dari pihak yg boleh dipercayai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu court case tu ler, baru nyata apa dia.

      Ko memang nunggu aje ada sikit beza aje, ko nak ngentam, yer? Kami Protun pun gitu juga.

      Kot kot yang 3 billion tu masuk terus ke ekaun Bugis Lanun.

      Nanti aku cari link nya, tengok maalumat lanjut - ko asyik menuduh, membohong, menipu, membelit, sikit pun tak kasi link kpd kata kata "pihak berkuasa keuwangan spore tlh menafikan sebanyak 3 billion dolah telah didepositkan kedalam nsi bank".

      Nama bank pun ko dah belitkan kpd "nsi ank", kupra worak ko.

      Padam
    2. Kalau ikut apa Bugis Lanun dan Projibo kata WSJ tak sebut punca, tak boleh caya apa depa laporkan, konon, takda hapah pun si Bugis Lanun buat salah, macam Pandi, tak lama lepas di lantik Peguam Negara, kata.

      Tapi dah seluruh dunia tahu skandal si Bugis Lanun songlap duit tuh. 7 negara asing siasat salah laku berkaitan 1MDB, Spore akan bawa ke mahkamah satu kes tak lama lagi.

      Takda kemaluan betul Bugis Lanun dan Projibo.

      Padam
    3. Buktinya mana, kalau songlap 7negara mana
      Buktinya. Cakap macam tin kosong protun ini ,sudah protun bagi bukti dengan kami pun palsu seperti WSJ ITU palsukan bukti perang iraq,
      Dekalrasi Rakyat pulsukan tandatangan rakyat'kalau betul kenapa tak hantar takrikh yg tetap pada 11may Dan 12may itu, ingat kita orang ini percaya pada protun ini lagi

      Padam
    4. Punya bodoh, bangang dan bingong si Mamat Tonjol nih - memikir orang kata "songlap 7negara". Dia buta ke? Atau delusional - mengangap ada benda yang takda, mendengar apa yang orang tak cakap.

      Orang kata 7 negara ada siasat salah laku pengsolapan wang 1MDB yang Bugis Lanun buat tuh. Bukan "songlap 7negara".

      Dia jugak delusional mikirkan ada sesiapa kata nak hantar DR pada 11 - 12 May.

      Projibo ini perlu makan pil psychiatric, kalau tak lebih teruk sakit otak dia.

      Padam
  15. Nampak gayanya kalaulah ditakdirkan Tuhan ada antara yg buat komen diatas ni meninggal dunia masa ni, mau agaknya tersasul mengucap "najib bugis, bugis lanun" rasanya krn dah itu aje yg teringat dlm otak. mcm2 ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takda yang menyesal rasa nya. Sebab dah benar. Nasib lah tak sebut "Najib songlap duit, Najib songlap duit ..."

      Awak pun satu macam. Penyokong Najib, ye? Kenapa tak beri fakta dan hujah munasabah membantu Najib?

      Padam
    2. momok madey pun janji nak tunjuk bukti pasal 1mdb dan 2.6b kat ceramah pan di sekinchan, tapi 1 habuk bukti pun takde sampai pendengar yg rasa tertipu tinggalkan ceramah pembohongan nyata momok madey.

      rupanya bukti itu ada tergantung dlm seluarnya dan dia malu nak bukak seluar dan tunjukkan, sbb bukti tu dah kecut dan diselaputi uban ....

      Padam
  16. Tomahan perkara biasa .....
    yg menjadi masaalah apabila kerajaan sendiri yg menjadi penghalang siasatan.

    BalasPadam
  17. Bila di fikirkan, rasa nya banyak sangat komen yang tak menyentuh tajuk dan isi kandongan post Putra M.

    Mari kita kerjasama dengan dia, kita tulis berdasarkan pos Putra M. Kita bincang apa yang di tulis di pos nya.

    Dan kita elakkan name calling - PM Najib ke, penyokong dia di sini ke. Penyokong Najib Fly Kite pun sudah tak berapa meroyan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dok ulang cerita tahun lepas ratus Kali menipu, mana lah orang tak bosan certa ini ,Fly Kite ubah cerita bagi sedap supaya macai protun m tak boson he.he.he

      Padam
  18. Tun momok dah kempen utk PAN.... bolg batu api dah lama x posting baru selamatkan deklarasi momok Malaysia.... atau blog ni dah mampos lemas kat kat Sg Perak

    BalasPadam
    Balasan
    1. sibuk berkempen utk PAN le tu, pasal momok madey sokong pan.

      Padam