Khamis, 9 Jun 2016

Beza Cina & Kiasu..!


Bangsanya tak salah..! yang salah ialah sikap dan hati perutnya..!

Allah jadikan saya Cina, selamanya saya Cina – Ridhuan Tee

Bagi Ridhuan, tidak salah memperjuangkan agenda Melayu asalkan sejajar agenda nasional, terutama berhubung soal Bahasa Melayu dan agama Islam.
Walau apapun tohmahan yang dilemparkan terhadapnya, penceramah kontroversi Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegaskan beliau selama-lamanya adalah orang Cina.
“Saya dari dulu cakap, saya orang Cina yang dilahirkan Cina, Allah jadikan Cina. Sampai bila-bila saya ini orang Cina,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.
Sebelum ini, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu dilabelkan sebagai “lebih Melayu daripada Melayu” susulan kenyataan serta artikelnya di akhbar Sinar Harian yang dilihat lebih memperjuangkan agenda Melayu berbanding Cina sehingga mengundang kritikan dan cemuhan pelbagai pihak.
Namun, bekas ahli MCA itu sendiri tidak menganggap pandangannya bersifat Melayu ala UMNO, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada “agenda negara” yang mesti dihayati semua.
Baginya, tidak salah memperjuangkan agenda Melayu asalkan sejajar agenda nasional, terutama berhubung soal Bahasa Melayu dan agama Islam.
“Bahasa Melayu dan agama Islam itu agenda negara, saya perjuangkan. Jangan lawan perkara itu.
“Negara kita merdeka hampir 60 tahun tetapi kita tidak menghayati agenda negara. Tidak salah saya perjuangkan Melayu kalau itu menepati agenda negara,” katanya.
Beliau menganggap ketaksuban terhadap kaum telah menggagalkan agenda nasional di kalangan masyarakat bukan Melayu.
“Saya lihat mereka ini terlalu memperjuangkan bangsa, bahasa dan sekolah mereka (SJK) sampai lupa hendak memperkasakan agenda kebangsaan di tempat tersebut,” katanya yang dipetik daripada ProjekMMO.
Minggu lalu, pengumuman Ridhuan keluar daripada MCA mengejutkan pelbagai pihak yang tidak tahu beliau sebenarnya adalah ahli seumur hidup parti komponen BN itu.
Beliau mengambil langkah itu berikutan tindakan MCA membantah usaha Presiden PAS membentang Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada 26 Mei lalu.
“Ultra kiasu terdapat di mana-mana, bukan sahaja dalam DAP, bahkan dalam parti-parti lain, termasuk parti komponen BN, yakni mereka yang menolak agenda kebangsaan dan perlembagaan,” katanya lagi
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Tp..najib lebih utamakan cina..terutamanya Jho Low

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu di sebabkan ada udang di sebalik batu. 4.2 bilion ekor udang masuk ekaun dia, 1 bilion ekor masuk ekaun bini dia, 1 bilion ekor masuk ekun anak tiri dia.

      Padam
  2. Kiasu tu tak salah. Kiasu makna tak mahu ketinggalan, tak mahu kalah, walau pun ada masa masa mesti kalah.

    Yang tak boleh tu, "ultra kiasu". Melampau benar. Langsung tak boleh kalah. Mana ada keadaan begitu dalam dunia ini. Itu pasal di mana Cina berada di dunia ini, mereka di anggap songsang - ramai yang songlap jugak.

    Di Amerika, "coolies" Cina di pembinaan Trans-Amerika Railway di abad 19 telah di hantar pulang berkapal kapal salepas tamat pembinaan. Tapi ada yang tak mahu balik, meresap di masyarakat Amerika, buat songsang itu ini.

    Hingga US buatkan undang undang Chinese Exclusion Act, mengharamkan Cina tinggal di Amerika. Cilaka Bretes, tak buat gitu di Malaya, malahan putar tangan Melayu ke belakang, suruh terima cadangan depa supaya kaum pendatang di beri hak kerakyatan di masa Merdeka.

    Betul kata Ridhuan Tee. hati depa Cina Bukit di Malaysia ini kebanyakkan nya busuk. Terutama nya Cina Bukit DAP yang anti-Melayu, anti-Islam, cetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Di bantu dek Najib pulak. Di buang nya ISA dan buat keputusan buang Akta Hasutan yang membendung kegiatan DAP itu.

    Tak boleh undi calon Najib/ UMNO di dua PRK itu dan kemudian nya, selagi najib tak di ganti.

    BalasPadam
  3. Setuju ultra kiasu tak boleh di sokong. Tapi untuk dapatkan Bugis Lanun di gantikan, boleh gunakan depa. Ha nya tentukan jangan sokong agenda depa nak jatuhkan kerajaan pimpinan Melayu UMNO.

    BalasPadam
  4. Betul, Bangsanya tak salah..! yang salah ialah ultra kiasu DAP dan pemimpin nya yang biadap dan kurang ajar, kata bekas Naib Pengerusi nya, Tengku Aziz.

    Dan Najibullah, yang coba menyenangkan hati Cina Bukit pendatang DAP, ketepikan DEB, bagi biasiswa kpd anak anak Cina, kaum yang paling kaya di negara ini dah berpuluh puluh tahun.

    BalasPadam
  5. Allah swt telah memberi kepintaran yg luar biasa kpd ustaz redhuan. gunakan 'anugerah' ini utk menjadi da'ei yg ikhlas d kalangan kaum dan wajib berusaha utk memperkenalkan Islam yg betul d kalangan mereka.

    tinggalkanlah buat sementara waktu politik dan 'islam melayu' yg memang sudah terlalu banyak 'pakar' yg ujud sekarang.

    jika istaz berdahwah dan berjaya mengislam ramai d antara kaum ustaz,maka balasan nya akan d terima d akhirat nanti.

    wassallam.

    BalasPadam