Rabu, 15 Jun 2016

Najib Beban BN..!


Sebelum ini, di dalam Pilihanraya negeri Sarawak ada arahan jelas tidak membenarkan gambar Najib..! Kini rupanya secara senyap di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ianya berulang..

AMANAH: Kempen BN buktikan Najib cuma beban

Ketiadaan poster memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar terus dijadikan isu oleh pembangkang.
Walaupun sudah dijelaskan BN sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata Najib kini dilihat memberi kesan negatif terhadap peluang mereka.
“Kita lihat dari perjalanan luar bandar ke bandar, gambar Najib tidak ada.
“Maksudnya BN sendiri mengakui bahawa gambar Najib beri kekurangan undi kepada BN,” katanya.
Katanya, apa yang berlaku sekarang tidak seperti era pentadbiran perdana menteri lain.
“Gambar PM (sebelum ini) digandingkan dengan calon bagi dapat kekuatan,” katanya kepada Malaysiakini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim sebelum ini sudah berdepan soalan pemberita berkaitan isu itu, termasuk dakwaan ketiadaan poster besar BN.
Katanya, keputusan tersebut diambil bagi mengurangkan pembaziran, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
Salahuddin berkata berkemungkinan wajah Najib dielakkan supaya rakyat tidak terfikir isu kontroversi dalam negara.
“Bagi saya sengaja tak letak gambar Najib kerana bila lihat gambar Najib nampak 1MDB, GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan juga isu derma RM2.6 bilion.
“Maknanya Najib liabiliti kepada BN sehingga tidak boleh bawa nilai tambah kepada calon,” katanya.
Hanya Ketua Bahagian ( tak semua ) sekitar 150 orang sahaja sebenarnya menyokong Najib..! 
Sedangkan ahli, rakyat dan pengundi???
Lagi mahu simpan ker???
Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Ada 3juta ahli sokong saya...kata mohd najib..kalau ada pemilihan tahun nii pasti mohd najib bungkus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Para pengikut tun m dalam umno didesak tubuh team b.
      para pengikut tun m dalam pkr tun m didesak tubuh team b.

      Baru2 ini anwar telah arah rafizi menhapuskan azmin kerana Cuba melantak gurunya tun m menjadi ketua umum,

      Jawapan yg tunggu2
      mampukah Anwar kekal kuasanya ketua umum
      Mampukah tun m merampas kuasa ketua umum
      Mampukah tun m kawal umno Dan pkr dibawah jarinya
      Mampukah dap kawal pkr hampir lemah ITU.
      Mampukah puak protun perkuatkan team b tun m dalam umno Dan pkr Dan peralatkan dap untuk menjatuhkan rejim najib.
      Adakah dinasti lim mampu di peralatkan team b seperti dia peralatakan team b dalam pas sehinggakan tertubuhnya pan

      Hanya masa menuntukan

      Sila ikuti cerita seterusnya
      Team b tun m umno and pkr vs team a rejim najib umno vs team a anwar nepostism vs team c dinasti lim dap vs team d pas alamak

      Pasti ramai tertungu2 cerita seterusnya.

      Padam
    2. selamba je tipu kata dapat signatures lebih dari sejuta. ada mangkuk percaya juga......

      Padam
    3. Tak payah team abc, Mamat wei. 7 negara sedang siasat salah laku 1MDB. kan banyak team against 1MDB/ Najib tuh.

      Spore akan dakwa salah laku 1MDB di mahkamah tak lama lagi. Cerita itu yang perlu ikuti seterus nya. Kot nama Najib naik.

      Tak boleh undi sesiapa yang di calonkan dek Najib di Sg Besar & K Kangsar akibat 1MDB dan RM4.2 bilion masuk ekaun bank dia, RM1 bilion masuk ekaun bini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia.

      Padam
    4. Kehkehkeh

      6:24

      Tak payahlah cerita team A, B, C...bagai.

      Aku bagi mudah je.
      Ko buat skrip, carik pengarah utk buat filem atau drama ikut skrip ko ni.

      Cerita melalut2 penuh tahyul dan toyol ni payah nak paham.
      Lagipun, ko bercerita takat utk 10-20 org je kat sini.

      Lagipun, ko bukan tak tahu, rakyat Malaysia, bukan suka membaca sgt pun.

      Cher, buat filem/drama, pasti nanti ko boleh dapat Anugerah Skrip Longkang Terbaik.

      Padam
  2. ada 3 juta penyokong palsu....bagi dedak depa makan tapi undi tetap tak pangkah BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamba je tipu kata dapat signatures lebih dari sejuta. ada mangkuk percaya juga...... itu belum makan dedak lagi.

      Padam
  3. geng badot sarkas melalak lagi. ha ha. jadi pengikut bodoh dr m. dia anak beranak dah kaya-raya. pengikut juga yang bodoh. cakap tetap riak dan takbur. apa2 pun, sesiapa yang sokong dr m, kena mengaku yang anwar memang peliwat. either way, apa hukum sembah seorang penipu atau seorang peliwat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. What are you talking about ?
      It does not make sense.
      You better go fly kite with wording "Najib I will kiss your BUTT"
      Go go go.

      Padam
    2. Najib bukan saja anak eranak kaya raya. Anak tiri dia Reza Aziz pun dapat RM1 bilion masuk ekaun bank dia. Di laporkan dari 1MDB.

      Padam
  4. Kami rakyat marhaen merayu pengundi2 k.kangsar dan sg besar memberi undi kepada calon yg menyokong deklarasi rakyat.

    Dalam hal ini calon tersebut adalah parti amanah.

    Tiba masanya kita sebagai rakyat menunjukkan kuasa kita dengan menolak kepimpinan najib yg korup zalim dan menganaiya rakyat dengan pelbagai cukai dan penyelewengan skandal 1mdb.

    3 skandal terbaru dimana najib telah gagal mengatasi masalah negara adalah;

    1.kegagalan najib untuk mengawal keborosan nafsu rosmah berhubung skandal penyalahgunaan jet milik kerajaan dan berpuluh puluh beg yg diangkut dibawa keluar.perlu diingatkan arwah tun abdul razak pernah menyuruh isterinya membeli tiketnya sendiri jika ingin mengikuti beliau atas urusan negara.

    2.kegagalan najib membayar hutang International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar), telah membuat dan memfailkan permintaan timbang tara kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London menuntut pemulangan AS$6.5 bilion (RM26 bilion) daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

    3.kerajaan Singapura akan memulakan pendakwaan berhubung kes skandal 1mdb.

    Kepada pengundi sekalian,

    Janganlah kita bermain api dengan memilih calon pilihan najib kerana ianya akan membinasakan negara!

    Masa depan anak2 agama bangsa dan tanahair diperjudikan demi memuaskan nafsu najib dan kroni2nya.

    Percayalah, pilih calon najib bermakna kita rakyat turut bersubahat dengan perbuatan najib.

    Pilih calon parti amanah tidak akan merubah penguasaan umno dan bn!

    Kepada anak2 yg telah bekerja di luar kawasan PRK K.kangsar dan sg. Besar anda semua mempunyai tanggunjawab untuk memohon dan meminta ibu bapa mahupun adik beradik untuk mengundi calon parti amanah.

    Ayuh rayu kepada mereka!

    Perjuangkan yang HAK buang yg BATIL!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak kisah undi siapa. Asalkan jangan calon UMNO Najib.

      Padam
    2. Mana bukti he.he.he nanti ada lah cakap kena buka kamus Dewan bahasa,nanti tak APA maksud saksi Dan bukti he.he.he.

      Padam
  5. Sungguh pelik sejak Sarawak
    Gambar pemimpin jangan diletak
    tanda tanya saya dan awak
    Adakah pemimpin rakyat tak nak?

    Dia itu pemimpin utama
    Teraju parti teraju negara
    Sepatutnya gambar letak bersama
    Adakah kerana buat angkara?

    Para pengundi bijak memandang
    Jauhi pemimpin khianat negara
    Pastikan hijau biru kecundang
    Mesej bermaksud undur segera..





    BalasPadam
  6. Pengundi Sg Besor & Kuala Kangsor mesti ingat begitu besor beban Najib tuh. Jangan le mike' me undi calon Najib tuh pada 18 Jun nih. Teruk kita di buat Najib. Clon Najib bukan boleh buat apa bagi menyelamatkan Malaysia dari beban Najib.

    BalasPadam
  7. Poster takde gambar dia tak bermaksud rakyat lupa apa yg dia buat.. Gantikan gambar dia dengan perkataan BN atau umno. Nampak BN/ Umno aje, ingat apa yg dah dia buat. Nowhere to hide!

    BalasPadam