Jumaat, 13 Mei 2016

18 Jun Tarikh Keramat Siapa?


Milik siapa sebenarnya?

PRK Sg Besar, Kuala Kangsar serentak 18 Jun

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil untuk kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan dijalankan serentak pada 18 Jun ini.
Bagi tarikh penamaan calon pula SPR menetapkan ia diadakan pada 5 Jun.
Bercakap di sidang media di Putrajaya hari ini Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah (gambar) berkata keputusan itu diambil selepas mereka bermesyuarat sebentar tadi.
"SPR memutuskan dua pilihan raya kecil itu akan dijalankan serentak.
"Hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun manakala pengundian awal pada 15 Jun," katanya.
Kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytihar kosong selepas kedua-dua penyandangnya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.
Ahli parlimen Kuala Kangsa sebelum ini ialah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad manakala Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon.
Dengan keputusan itu bermakna SPR memberi ruang berkempen selama 14 hari kepada semua calon yang bertanding di kedua-dua kerusi parlimen.
Untuk Sungai Besar, ada 42,365 pemilih berdaftar termasuk 286 daripada mereka tergolong sebagai pengundi awal.
Di Kuala Kangsar pula SPR menyenaraikan 32,632 pengundi berdaftar dengan 312 orang daripadanya pengundi awal.
Mohd Hashim berkata kedua-dua PRK itu dikendalikan dengan menggunakan kos sebanyak RM2.7 juta.
Dalam pilihan raya umum 2013 Wan Mohammad Khair-il mengalahkan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan bekas pemimpin Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim dengan majorti 1,082 undi.
Noriah pula menguasai kerusi Sungai Besar dengan mengetepikan Mohamed Salleh Husin (PAS) dengan kelebihan 399 undi.
Apakah benar ianya bakal milik rakyat???
Lu Fikir La Sendiri!!!

31 ulasan:

  1. Manakah tun m akan sokong pan atau pas

    Ikut cerita orang tentu tun m akan menghatar orang bailoutnya terhebat iaitu kharunddin untuk buru2 calon baru bn, betul ke cerita ini sila ikut cerita seterusnya

    Team b pkr and umno tun m kroni vs team a rejim najib vs team a anwar nepotism utara vs team c dinasti lim dap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kuasa nak ikuti cerita seterusnya. Muak dgn luuuu.

      Padam
    2. tounmadey akan sokong siapa yg boleh dia bodohkan. dn pihak yg boleh bodohkan toun pula akan sokong toun. sama2 ada kepentingan.. rebut KUASA!

      dua2 kita kenal kan sape..

      Padam
    3. Rakyat jangan di perbodohkan olih Najib n co...

      Padam
    4. Rakyat jangan di tipu dan di taikkan oleh dr m taik n co....

      Padam
    5. Daripada tengok dan ikutcerita hang ,lbh baik aku tengok cerita tamil. Dh tentu penuh aksi.

      Padam
  2. Undi apa saja asal bukan BN=bukan najib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu kau yg cakap.. Sarawak dh bgtau semenanjung mereka solid mahukan BN=Asal Najib.

      Aku follow suara hati rakyat Sarawak sbb aku yakin hati mereka jauh lebih suci dan murni dr protoun dn pakatan haprak!

      Insya Allah

      Padam
    2. Serawak sebab Adnan n bukan najib ada faham

      Padam
    3. 12.02 banyakla sarawak nakkan najib...patut gamba pun tak boleh nak tepek...

      Padam
  3. Pengundi dua kawasan itu kena keluar mengundi. Pangkah CALON BEBAS. Bukan saja utk kalahkan BN tapi tanda protes suasana politik yg kotor di negara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. err ko nk suruh pangkah TounMadey ke?
      atau si botak boboi lembab tu?
      ko bygkan boboi akan kluar UMNO sblm PRK ekk?

      ko mmg Kelam Kabut la.. hahaha..

      Padam
    2. Baik pangkah paria dari pangkah penyamun terhormat.

      Padam
  4. Walopun kalut dan serabut dengan suasana politik dan ekonomi negara, jom releks sekejap otak...

    http://says.com/my/seismik/dituduh-menghina-negara-kartunis-zunar-beri-jawapan-balas?utm_campaign=website&utm_source=sendgrid.com&utm_medium=email

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg kelam kabut dan serabut ialah puak2 bodoh mcm protoun (kau sekali) dan pakatan haprak..berentap makan sesama sendiri..

      sbb apa.. sbb terliour kedudukan DSN.. org UMNO tulen solid tenang dan support kepimpinan UMNO BN.

      harap kau sempat makan ubat sebelum jatuh sakit PRK nnt.. hahahaha

      Padam
    2. kalau 'tulen solid tenang' takde le sibuk menyibuk kat sini kan?

      Bila dah nak mengundi lagi, semakin 'tulen solid tenang' le korang... Apa nak buat, itulah perjuangan untuk Najib.

      Jangan lupa makan vitamin D banyak2 supaya boleh buat kerja kuat mengomen...

      Padam
  5. Reminder..: 1.27 joooootaaaaa ITU......boboi botak bole jadi Piii Emmm.. kah...? kah..kah..kah..

    'negarawan olong' desperate.. kira undi boleh error 727,000 dlm masa 36 jam.. kah..kah... jangkit penyakit DAPig kira undi.. kah..kah..

    bail out anak billion2 takpaaaa...
    imdb tak kacau petronas pon.. 'hokom' HARAM.. mesti tangkap Najib.. ITU... apakah.. ITU..

    kah..kah..kah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x..si tua nyanyuk tu semakin desperate dan kecewa, cita2 jijiknya tak kan kesampaian..no matter how hard he tries..kihkihkih

      Padam
    2. 12.24 boboi tak layak jadi PM sebab kriteria utk jadi PM mesti bijak menyapu dan merembat.

      Padam
  6. Dari Buletin Utama TV3

    >> Dana RM2.6 billion adalah sumbangan politik oleh Kerajaan Arab Saudi dan tidak menyalahi undang-undang di negara ini.

    Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, ketika beliau ingin memperkenalkan kod sumbangan dana politik di Parlimen, ia ditolak pihak pembangkang. <<
    https://www.youtube.com/watch?v=-jqz3ts32Ls&feature=youtu.be&a

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ubah skrip lain pulak? Dari Kerajaan Arab Saudi pulak? Cari Putera Raja Tok Arab tak jumpak, bagitau rakyat Kerajaan Arab Saudi pulak bagi derma ikhlas tanpa minta apa2 balasan. Kerajaan Arab Saudi bagi sumbangan politik masuk akaun peribadi Najib? Tapi Najib pulangkan balik, takut termakan budi kot?

      Padam
  7. Komen bangang penggemar dedak cap badak gred e.

    BalasPadam
  8. Tsk faham mengapa dedakians anggap tun m nk angkat mukriz jdi PM ,sedangkan utk jdi PM mestilh seorang Ahli PARLIMEN sedangkan mukriz hanya seorang ADUN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paktho cam tulah kalau dah termakan dedak cap badak. Cakap tak pakai otak, tak der fakta, tau nak spin jer.

      Padam
  9. 1) nak sokong pee Emm berbelit auta
    lagak seperti pemakan suap
    Brother QQ komen berfakta
    pencacai pee Emm tak boleh jawab.

    2) pencacai anggap pee emmnya hebat
    cuma kemahkamah takutnya hadir
    satu dunia emdibi di siasat
    tak kena mengena Tun Mahathir..

    3) walau kebenaran terbentang dimata
    penjilat pee Emm semua tak kira
    Brother QQ teruskan berkata
    mari bersama selamatkan negara

    4) selamatkan negara dari apa
    dari pemimpin yang buat lupa
    wang berbillion ke akaun dia
    didepan rakyat muka selamba

    5) bila menentang dikata DAP
    atau digelar red bean army
    sumbangan Tun ditolak tepi
    jasa Tun Mahathir dunia kagumi..

    6) Negeri Sembilan terasnya Minang
    sejarah Port Dickson rapi dijaga
    pencacai pee Emm rasa dah menang
    Kebenaran tetap kan tiba juga..







    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro aku suka pantun kau.
      Sindiran sinis tapi pedas melantun.
      Ayuh, teruskan sokongan dan rapatkan saf kita.
      Terrbaekkk bro....

      Padam
    2. Hahaha...

      Semoga ramai lagi kawan2 tolong bantu bagi pencerahan kepada si mata buta dan si telinga pekak, termasuk juga si mulut bisu.

      Aku tau memang satu cabaran besar tapi sepertimana bro pantun kita cakap di bawah 'lawan kemungkaran memangnya wajib', bukan saja utk diri kita, atau utk agama, bangsa dan negara, tetapi juga untuk anak cucu kita...

      Kita tak perlu tipu utk cari kemenangan, tapi usaha tunjukkan kebenaran utk beri kesedaran.

      Penyokong Najib ni otak sempit sikit. Yang pegang badan kata 'macam dinding saja', yg pegang kaki kata 'macam tiang saja', yg pegang ekor kata 'macam ular saja. Tapi depa tak tau gajah 1MDB boleh buat depa semua (termasuk kita juga) keluaq taik hijau.

      Samada hutang kerajaan atau rakyat, kita pasti terasa...

      Bro pantun, terima kasih... sebab sebut nama aku... heh heh heh... Tapi terima kasih yg lebih besar lagi sebab bagi kami tersenyum. Itu yg paling mahal...

      So CiLi PaDi, kamu pun kena kasi pedas lagi komen kamu, biar terasa... Heh heh heh...

      Yes, jom rapatkan saf. Luruskan saf. Matikan henfon...

      Padam
  10. Cili padi dan brother QQ
    juga semua yang antinajib
    rakyat semua ucap thank you
    lawan kemungkaran memangnya wajib..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3.47
      Bro, ayuh mari kita rapatkan SAF kita.
      Kita tentang kemungkaran.
      Kejahatan dan rasuah itu HARAM dan jijik.

      Jangan kita jadikan kemungkaran dan rasuah satu amalan BIASA dlm masyarakat kita.
      Percayalah rasuah dan kemungkaran akan hanya MELEMAHKAN agama, bangsa dan negara.
      Jangan gadaikan agama, maruah bangsa dan tanahair kerana WANG RINGGIT.

      Jangan bagi muka pada dedakians dan kuncu-kuncunya.
      Kita bersatu tegakkan KEBENARAN.

      Salam perjuangan kpd semua yg berjuang utk kebenaran.
      Wassalam.

      Padam
    2. 'Jangan kita jadikan kemungkaran dan rasuah satu amalan BIASA dlm masyarakat kita.'

      Ini yang aku paling takut. Habis tercemar anak bini dan keturunan kita akibat perbuatan seorang pemakan rasuah.

      Bla kita lihat pemimpin boleh makan wang haram, kita juga akan terpengaruh. Kadangkala akibat sakit hati tengok orang lain boleh, kita pun terjebak sama. Kadangkala menjadi beban dan tekanan kepada kita pula jika rakan2 yg lain terima rasuah tetapi kita tidak. Kadangkala kita malu bila orang ramai mengata seksyen kita, departmen kita, jabatan kita rasuah, padahal kita tidak terima rasuah, kita benci rasuah.

      Semakin sukar utk menjadi orang baik, jujur dan bersih dari rasuah. Dunia dah semakin terbalik. Orang yang rasuah pula yg dipuja, dilantik, dinaikkan pangkat.

      Sebab itulah AGAMA perlu diletakkan di tempat paling atas, paling mulia. Jadikan AGAMA pedoman dan pembimbing kehidupan kita.

      Kembalilah ke jalan yang benar. Masih belum terlambat. Cari dan tegakkan KEBENARAN kerana KEBENARAN tidak perlu memberi dan menerima rasuah.

      Jika Najib (atau sesiapa pun) berada dipihak yang benar, dia tidak perlu merasuah sesiapa. Insyaallah rakyat akan menyebelahinya. Dia tidak perlu mengambil hati sesiapa, tidak perlu memaksa sesiapa, tidak perlu berkempen untuk meminta sayang dan hormat rakyat kepadanya.

      Padam
    3. SOKONG 200% BRO.

      Padam