Selasa, 24 Mei 2016

2 PRK ~ What Ever Cost..!


Dedak oh dedak..!

Sg Besar, K Kangsar Uji Iltizam Pembangkang


DALAM tampalan 12 Mei bertajuk “Cabaran Sg Besar dan Kuala Kangsar, antara lain, saya berkata:

“Antara Sungai Besar, di mana kemenangannya kecil, dan Kuala Kangsar, di mana kemenangannya tidak besar, Mohd Najib dan anak kapal penisi Bugisnya sekali lagi dilambung badai.
Tetapi jangan terkejut kalau Pahlawan Bugis yang terkenal dengan strategi “cash is king” berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi itu.

Sehingga kita mengetahui kesudahan tarik tali di kalangan parti-parti pembangkang mengenai siapa yang akan bertanding, kesimpulan rambang menjurus ke arah kemenangan Umno/Barisan Nasional.


Tetapi, sekiranya muncul kesepakatan tulen di kalangan parti-parti pembangkang, Umno/BN mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dua kerusi itu.

Pembangkang berpecah kepada tiga puak besar. Pertama Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kedua PKR-PAS dan ketiga PAS-Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Walaupun PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) dan menolak kerjasama dengan DAP, ia kekal dalam Kerajaan Selangor atas kehendak PKR. Ini menjadikan Selangor unik kerana diperintah oleh gabungan tiga parti di mana dua daripadanya tidak sebulu.

Sekarang dengan adanya Amanah, PAS bermusuh dengan DAP dan Amanah tetapi berpakat dengan PKR. Amanah adalah parti serpihan PAS yang terdiri daripada pemimpin bukan aliran agama yang tersingkir ketika pemilihan parti tahun 2015.

Menjelang PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, PAS dan PKR bertelingkah kerana PAS mahu mengekalkan pegangan ke atas kedua-dua buah kerusi itu manakala PKR mahu mengambil alih kerusi Sg Besar. Dalam Pilihan Raya Umum 2013, PAS mewakili Pakatan Rakyat di kedua-dua buah kerusi itu dan kalah tipis.

Dalam perkiraan PAS harapannya menang kali ini lebih besar kerana pelbagai skandal dan masalah yang melanda Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, selepas PRU 2013.
   
Semasa PRU 2013 skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion dan pengalihan haram RM48 juta duit SRC International Sdn Bhd belum diketahui umum.

Ekonomi pula tidak seteruk sekarang dan kos sara hidup rakyat jelata masih terkawal kerana belum ada GST dan subsidi belum ditarik balik. Itu pun prestasi Mohd Najib lebih teruk daripada Tun Abdullah dalam PRU 2008.

Mohd Najib “Sitting Duck”

Sekarang, dengan pelbagai skandal, kesempitan hidup rakyat jelata akibat kelembapan ekonomi, kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga akibat pelaksanaan GST dan penghapusan subsidi serta perpecahan dalam Umno, Mohd Najib adalah “sitting duck” – itik kembara yang tunggu untuk ditembak.

Jadi tidak hairanlah kalau PAS mahu bertanding semula di kedua-dua buah kerusi itu. Ia berasa boleh menewaskan Umno/BN dengan lebih mudah.

Seperkara lagi, perkembangan ini mempunyai nilai tambahan kerana sejak akhir-akhir ini Presiden PAS, (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, (Datuk) Dr Harun Din digambarkan oleh media Umno sebagai sangat akrab dan berahi dengan Mohd Najib.

Maka timbul tanda tanya sama ada PAS benar-benar hendak melawan Umno/BN di Sg Besar dan Kuala Kangsar atau bertanding olok-olok untuk memberi kemenangan kepada calon Mohd Najib?

PKR pula berasa ia mempunyai harapan yang lebih besar untuk menumbangkan Umno/BN di Sg Besar berbanding PAS atas premis ia mengetuai kerajaan campuran Selangor dan lebih akrab dengan DAP. Faktor DAP dan undi orang Cina kritikal bagi merampas Sg Besar.

Kalau PAS kembali bertanding, pengundi Cina mungkin memboikot kerana sejak meninggalkan PR, PAS banyak membuat kenyataan yang memusuhi DAP dan bercanggah dengan aspirasi orang Cina.

Seyogia diingatkan salah satu daripada kerusi DUN Sg Besar iaitu Sekincan dimenangi DAP. Tanpa kerjasama padu DAP, harapan menumbangkan Umno/BN mungkin lebih sukar.

Kemudian fakta Deklarasi Rakyat (DR). Sg Besar dan Kuala Kangsar akan turut menjadi arena menguji implikasi Deklarasi Rakyat ke atas sentimen pengundi, khususnya penyokong Umno/BN.

Mohd Najib dan konco-konconya akan melakukan apa saja untuk memang. Ini adalah permulaan kepada perjuangan hidup mati mereka. Tidak ada beras, gandum, dedak, duit, kain batik, projek dan janji yang tidak akan mereka  taburkan untuk mengekalkan dua kerusi ini.

Tetapi kalau PAS tidak khianat dan pembangkang bersatu padu untuk tempoh PRK itu, kita mungkin menyaksikan Sg Besar dan Kuala Kangsar menjadi permulaan kepada kekalahan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Wallahuaklam.


Lu Fikir La Sendiri!!!

13 ulasan:

  1. Betul keluhan Putra M tuh - Dedak oh dedak..!

    Tapi yang kesiannya pemakan dedak Najib ni ia lah depa ha nya dapat makan dedak. Ketua Bahagian UMNO ada yang dapat RM1-2 juta, Shahrir Johor Bahru dapat RM1 juta, iri hati Mat Maslan yang dapat RM2 juta.

    Ada yang ha nya beratus ribu saja sebab kurang taat setia kpd Najib, kata nya. Ada yang Ketua Ketua Cawagan bergaduh tak dapat ape pun sebab di songap semua dek ketua Bahagian. Rasional depa - kalau Najib boleh songlap, mengapa depa Ketua Bahagian tak boleh? Jadi, apa yang dapat, depa bolot sendiri saja lah.

    Nanti kita tengok dan dengar dari PRK Sg Besar dan K Kangsar. Ada ke tak Ketua2 Cawangan yang monyok, buat cincai saja mengkempen sebab tak dapat apa. Tau lah, ada yang sampai seratus Cawangan dalam satu bahagian. Tapi kasi le tiap Ketua Cawangan sikit dari fulus yang banyak tuh.

    Mungkin Cash Is King Najib banyak lagi duit - mungkin dia tak pulang RM2.03 bilion yang dia kata dia pulang kpd Pok Sheikh Arab tuh. Mana boleh caya Najib cakap. Ada 40 jawapan, banyak yang berlainan, berkenaan RM2.6 bilion itu di satu masa dulu.

    BalasPadam
  2. "Tidak ada beras, gandum, dedak, duit, kain batik, projek dan janji yang tidak akan mereka taburkan untuk mengekalkan dua kerusi ini."

    Pihak berkuasa tak ambik tindakan rasuah tu ke?

    BalasPadam
  3. Berhati2 jika betul nak kalahkan BN. Siapa pun tak boleh dipercayai. Dgn mudah boleh dibeli 10 juta, 20 juta, gelap mata dan beri kemenangan tanpa bertanding pd BN. Cash is king.



    BalasPadam
  4. spin angin kentut madey je lah protun ni... non issues pun nak spin ... ini hal hak demokrasi ... so let it be ... people will still vote for BN due to unity and clear objective for the people ... pembangang go fly kite !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ko Projibo nak spinkan Protun di sini, pahal?

      Unity apa, clear objective apa, ko pun tak tau nak cakap.

      Givap lah Projibo, you are not earning your dadah keep, man.

      Padam
  5. Hj hadi dan punahsehatnya telah duternak oleh najib..blkg hadi adalah puak UG....yg setiap bulan dpt dedak dari tangan najib..team b pkr yg pro anwar juga sedang bersiap utk terima dedak ...so now...nk sambung hayat najib ...kena tabor dedak kat puak hadi dan puak anwar....this is the only way najib blh survive..anwar pun termakan dedak...

    BalasPadam
  6. Hj hadi dan punahsehatnya telah duternak oleh najib..blkg hadi adalah puak UG....yg setiap bulan dpt dedak dari tangan najib..team b pkr yg pro anwar juga sedang bersiap utk terima dedak ...so now...nk sambung hayat najib ...kena tabor dedak kat puak hadi dan puak anwar....this is the only way najib blh survive..anwar pun termakan dedak...

    BalasPadam
  7. Sg Besar dulu UMNO menang majoriti 300+ undi aje.

    Banyak pakai bomoh dan sembahayang hajat kali ini gamak nya.

    Kalau kuat songlap duit, tak soleh, sembahayang hajat boleh makbul ke?

    BalasPadam
  8. Kami rakyat lebih percaya pada pas tiga parti pkr macam parti budak2 suka gadoh,rasanya takda melayu akan undi dap kalau parti amanah plak majority melayu dh tahu dh mereka ni party melayu dap ,kitaorang tengok apasaja dap buat amanah akan angguk jer macam ayam dh tahu nk kena sembelih angguk jer ,pasal umno plak mana satu menteri umno bole dibanggakan..zahid tengok muka jet orang dh benci,hisamudin dh tahu dah slow,khairy plak lidah bercabang macam ular kejap mcamni kejap mcamtu, nazri aziz lagi tak bole pakai mcamana plak dia bole nk ajak bertumbuk dgan orang tua pikiran pun nampak bodo,khir baharom tk yah crita la satu malaysia dh tahu kes dia,anuar musa lagila tengok muka puntahu taik duit,,,,macamnila kitaorang orang umno jugak tapi pasal dh begang aku dgan segalamacam kebodohan yang dilakukan sendiri orang atas rasanya biarla kali ini kami kianat dgam mengundi pad plak ,asal jgan jadi pengkhianat negara kerana selagi ajibngok jadi pm kami sedar negara ni akan hancur bila tengok perangai bugis tak reti jaga negara jahanam dibuatnya habis segala harta negara dia jual kt komunis plak tu ,lepas tu claim konon pejuang islam dh habis semua dia jual kt kapir harta negara tiba2 kononya pejuang islam la bagai, ada orang percaua plak tu,suruh bagi jawapan semuanya bole dibakul sampah jawapan diber stail budak kecik tak lojik dia ingat rakyat bodo kot,,,untuk pas mungkin telah tiba masanya untuk memerintah jadi bekerjala dgan istikomah jgan dipeduli musih yang cemburu pesan satu jer najib tak lah caya dia ni kuat jugak putar belitnya sebijik macam anuar suka pusing 2 takut nnti orang pas yang terbelit dgan permainan ni,hj hadi mesti yakin walaupum betsendirian kami ada belakang mu bentangkan syariat islam kt negara ni...pedulijan najib dia tu liberal,tak bole pakai, kptor, khianat lepas tu kalau pru dpan kalah punya,,,aebab kami akar umbi akan menjadi gunting dalam lipatan pada umno pru depan kami tetap betsama umbo tapi matlamat nak jatuhkan najibngokblok...perang saraf telah dimulakan kami diam bukam beterti bpdo tunggu pru depan...hidup pas

    BalasPadam
  9. Tggu masa nk bungkus assmin.... momok dan insyallah PAN.... DAP ...dan PKR telingkup... wang pertaruhan hangus...

    BalasPadam
  10. Kalit Samat cakap walau pun PAN sokong momok bukan bermakna semua dosa dosa momok yg dulu sudah dilupakan... mereka sokong untuk ari ini utk jatuhkan najib.... nnpk ssgt momok kena main balik... kah kah kah... trrhegeh hegeh menyelinap tumpang masuk dlm Parti PKR.... kah kah... cai cai momok ko otg tak terasa ke maruah korang kena jambankan oleh musuh momok dulu dulu.... kah kah kah kan bagus cai cai sekelian buat parti baru... kah kah blog batu api akan jadi lidah ludah batu api klu tubuh Parti
    Momok Bersatu.... baru masyukk juta2...kah kah kah puiiii...

    BalasPadam
  11. Sepatutnya prk bg dua parlimen tersebut tidak perlu diadakan lagi kerana ianya telah melebihi 3 thn dari pru 13.Tetapi kerajaan terpaksa juga mengadakan prk disebabkan ada desakan terutama dari protun.Walaubagaimanapun prk tersebut penting bg umno bn didalam mengukur sokongan rakyat dikawasan tersebut dn juga boleh dijadikan tanda aras kpd pru 14 akan pngaruh umno khasnya mohd Najib.

    BalasPadam