Ahad, 29 Mei 2016

HOT ~ If You're Happy & You Know It ( Clap Your Hands )..!!!



Terbaik..

Layan...

Kalau anda gembira tepuk tangan

Kita mungkin orang yang tepat untuk memahami apa perasaan Pasha Ungu apabila orang ramai ketawa ketika dia melangkah masuk ke dewan perhimpunan di Palu.
Kejadian pada Februari lalu itu adalah acara rasmi terawal penyanyi itu selepas memenangi jawatan timbalan datuk bandar melalui pemilihan umum.
Tentulah untuk memenangi hati pengundi dia akan muncul sebagai tokoh yang maha mesra, prihatin dan lunak kepada semua. Fitrah ahli politik yang mahukan undi, begitulah.
Kita biasa melihat Pasha sebagai penyanyi Kekasih Gelap dan Demi Waktu tetapi tidak pernah melihat susuk itu sebagai pegawai kerajaan yang dipilih rakyat.
Justeru dia marah-marah apabila kakitangan kerajaan tempatan Palu tidak memberi hormat yang dikiranya layak untuk dia sebagai timbalan datuk bandar Palu.
Samalah juga kita tidak tahu perasaan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman apabila guru-guru yang mendengar ucapannya tidak bertepuk tangan.
Tepuk sungguh-sungguh
Mungkin ketika itu Ahmad Razif - yang juga berada di tempatnya selepas memenangi hati dan undi rakyat - sedang bersemangat berucap.
Apa salahnya guru-guru yang ada di majlis itu bertepuk tangan dengan penuh perasaan? Sekurang-kurangnya ambillah hati beliau sebagai menteri besar Terengganu.
Kekecewaan Ahmad Razif - jika ada - adalah wajar. Bukan mudah untuk dia mentadbir negeri pengeluar minyak itu dengan baik dan "kemah keming" seperti sekarang.
Maka apa salahnya ucapan dia diraikan dengan tepuk tangan? Tepuk yang sesungguh-sungguhnya tepuk. Kalau perlu, selepas itu genggamlah tangan dan julang penumbuk itu ke udara. Sorakkan dengan penuh semangat apa-apa slogan yang sesuai.
Dalam keadaan begitu mungkin pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu tidak perlu membuang masa memberikan arahan kepada guru-guru negeri itu berlatih bertepuk tangan.
Disebabkan insiden tidak sepatutnya berlaku itu barangkali elok juga mana-mana agensi - atau mungkin syarikat swasta - memikirkan program bina semangat atau kursus menepuk tangan dengan betul.
Jadikan ia program wajib kepada guru-guru sebelum dikembangkan kepada kakitangan awam di jabatan lain.
Kaji cara tepuk tangan
Lebih praktikal jika kaedah menepuk tangan itu dijadikan salah satu penanda aras dalam penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) yang menentukan seseorang itu layak dinaikkan pangkat atau sebaliknya.
Institusi pengajian tinggi - seperti Universiti Teknologi Mara atau Universiti Utara Malaysia misalnya - boleh menjalankan kajian mendalam tentang asal-usul budaya bertepuk tangan dalam masyarakat Melayu serta kesannya terhadap pembangunan negara.
Wujudkan makmal khas untuk melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan mengenai kepentingan bertepuk tangan di depan wakil rakyat, menteri besar, menteri dan perdana menteri.
Kemudian pada perhimpunan mingguan di sekolah, peruntukkan masa kira-kira 15 minit kepada guru-guru untuk megulang kaji beberapa cara tepukan tangan di depan tetamu kehormat.
Logiknya tentulah ada perbezaan antara tepukan tangan untuk sesebuah majlis, kan?
Misalnya, tepukan tangan bagi menyambut kata-kata aluan pengerusi majlis dan pengarah pendidikan dibezakan demi menjaga martabat seorang pegawai tinggi kerajaan.
Guru adalah teman
Ia perlu diperhalusi supaya tepukan tangan itu benar-benar dihayati sehingga ke dasar hati seseorang.
Jika perlu cara-cara bertepuk tangan di depan orang kenamaan boleh dikhutbahkan pada dua atau tiga kali Jumaat. Jika pesta buku pun boleh dijadikan bahan khutbah, apa salahnya adab bertepuk tangan dan hukum-hukumnya disyarahkan dari mimbar masjid?
Memang Ahmad Razif sudah menjelaskan bahawa dia sekadar bergurau. Biasalah, seorang pemimpin yang cekap dan "kemah keming" tidak boleh serius dan berkerut dahi sentiasa.
Perlu ada gurauan, jenaka dan usik-mengusik. Malah beliau sendiri dilaporkan menganggap warga guru sebagai rakannya. Malah Ahmad Razif sendiri pernah bertugas sebagai guru. Justeru dia faham benar etika seorang pendidik.
Namun tidak ada salahnya latihan menepuk tangan diteruskan. Bukan Ahmad Razif saja yang perlu diraikan dengan tepuk tangan.
Negara ini penuh meriah dengan pelbagai acara rasmi dan tidak rasmi. Hampir semuanya perlukan tepukan tangan.
Kalau keadaan mengizinkan, mungkin boleh dicadangkan supaya diadakan pertandingan bertepuk tangan - mulai dari peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Adakan pertandingan itu di depan pelajar supaya generasi muda kini dapat ditanamkan dengan semangat dan kesedaran pentingnya bertepuk tangan.
Tidak perlu ada hadiah yang mahal-mahal disediakan penganjur. Pemenang tempat pertama mungkin boleh diberikan penyaman udara dan sedikit wang, manakala naib johan diberi kipas siling tujuh bilah. Tempat ketiga pula, kipas berdiri.
Biar semua pemenang mendapat kipas.
Dush..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Saya amat suka cadangan tubuh makmal khas.
    Cuma nya Menteri KBS yang dulu memang juara makmal khas contoh minta duit 6 juta tubuh makmal khas nak kaji kesan GST ,sebelum GST di laksanakan.
    Tempoh hari ,masaalah FAM BAM Hoki Thomas Cup Harimau Malaya dan juga masaalah kecurian RM107 juta ,taada dia minta tubuk makmal khas pun.
    UMP ada buat makmal khas dan sangat berjaya ujud kan satu produk world class GLOKAL SME Halal yang akan lonjak lonjak kan nama MAlaysia.Pakej kit berharga RM8,500.untuk histeria.
    Mungkin kita mampu ambil peluang untuk mengikut jejak langkah pakej kit itu dan ujud kan kit POKNGAN.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam
  2. Baru2 ini rafizi hampir gila ditegur wan Azizah sebab gagal basmi team b tun m yg ketuai oleh azmin , dia bercakap dengan botol kerana kegagalan basmi team b tun m ITU, manakala azmin telah mendapat gelaran jamban oleh pengikut rafizi di sebab dia suka pada jamban.

    Tuduh menuduh antara kedua team a Anwar dan team b azmi kedua2 pengikut ikut telah berlaku
    Azmin mendapat gelaran jamban
    Rafizi mendapat gelaran bercakap dengan botol

    Mampu kedua2 murid tun m 'rafizi dan azmin berbaik semula seperti saranan tun m mencari titik persamaan.

    mampukan rafizi menjatuhkan azmin dalam team b tun m?

    Mampukah azmin ini bertahan dari dijatuhkan oleh rafizi

    Hanya masa menuntukan

    Rafizi akitik berjaya jatuhkan kahlid di Selangor.

    Ramai tahu Azmin pula gunakan rafizi untuk jatuh kahlid itu.

    Mampu kah azmin bertahan pakar startegi menjatuhkan orang seperti rafizi ?

    Sila ikuti cerita seterus nya

    Team b tun m kroni umno and pkr vs team a rejim najib vs team a anwar nepostim utara vs team c dinasti lim dap vs team d pas Alamak

    Mungkin pengikut blog tertungu2 cerita seterusnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak cerita team a team b pegi kat mykemut lah. Sana ramai pembaca bangang yg akan bersorak sorai dgn citer merapu ko nih...jgn lupa go fly kite kitty...

      Padam
    2. Ko g cerita kat Upin,Ipin je la woii...

      Tak de siapa minat nak dengar cerita PKR ni bro....

      Padam