Rabu, 25 Mei 2016

Dakwa Segera 1MDB Ke Mahkamah..!


Bawa ke Mahkamah..! bukan sekadar menjawab secara bertulis di Parlimen..! Menjawab secara 0ne way..! Ini isu besar..! Ini isu maruah..! Buktikan kamu anak jantan..! berani kerana benar..!

Najib: Lembaga Penasihat 1MDB yang saya ketuai tiada fungsi pentadbiran

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata lembaga penasihat 1MDB yang diketuainya  tidak mempunyai fungsi pentadbiran dan hanya bertindak sebagai penasihat kepada firma pelaburan milik negara itu.
"Semua keputusan dan urusniaga 1MDB dibuat oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," katanya.
Najib berkata demikian kepada soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar), dalam jawapan bertulis di parlimen atas sifatnya sebagai menteri kewangan.
Ko menyoal mengenai peranan lembaga penasihat yang dipengerusikan oleh Najib sendiri, dan sama ada perdana menteri dan anggota lain yang terbabit dalam merangka strategi pembiayaan, pembelian dan penjualan aset 1MDB.
Beliau juga bertanya sama ada perdana menteri dan anggota panel penasihat lain telah diberikan taklimat sepenuhnya mengenai urusan-urusan berbilion dolar 1MDB.
Najib dalam jawapan berasingan kepada satu lagi soalan Ko berhubung topik yang sama berkata laporan 1MDB yang disediakan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini tidak menunjukkan sebarang bukti salah laku yang didakwa dilakukan olehnya.
"Tiada sebarang bukti di dalam laporan PAC yang menunjukkan salah laku oleh perdana menteri dalam pentadbiran 1MDB," katanya.
Ko juga menyoal sama ada Najib membaca dokumen-dokumen 1MDB yang memerlukan  tandatangan beliau untuk kelulusan dan jika perdana menteri memahami kandungan dokumen sebelum menurunkan tandatangan beliau.
"Saya ingin bertanya jika perdana menteri telah diperdaya oleh Pegawai Eksekutif 1MDB dan pegawai-pegawai beliau untuk menandatangani dokumen yang membenarkan pemindahan berbilion ringgit," soal Koh.
Dah dia kata dia..! dia kata dia..! ini tak berkuasa..! Lembaga Pengarah tak berkuasa..! Habis siapa sebenarnya yang berkuasa???
Simpan bodo tu sikit..! Rakyat melihat dan mendengar perkara ni dengan cermat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

18 ulasan:

  1. Berak tengah jalan siapa mahu mengaku.Tengah meronta bagi melepaskan diri,sesiapa yang halang mesti kena patuk punya.berjaga-jagalah.dengan pembelit ini.

    BalasPadam
  2. Mengarut si Najib. Apa kah dia mengata bahawa Ketua Setiausaha Kemneterian Kewangan - Kementerian yang membayar paid up capital 1MDB dan, dengan itu, mempunyai 1MDB - membohong?

    KSU Kementerian Kewangan itu kata di PAC Hearing bahawa Artikel 117 Undang Undang Tubuh (M&A) 1MDB mengatakan semua tindakan mustahak 1MDB mesti ada kebenaran bertulis dari Najib. Apa itu bukan bukti dia ada mempunyai fungsi pentadbiran? Mengarut tak habis habis, dah jadi macam cicak putus ekor.

    Antara Najib dan KSU itu, saya lebih percaya KSU. Sebab dia makan gaji, professional administrator, Pegawai yang ke 3 tertinggi dalam Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik, PTD, Malaysia. Najib orang politik, tipu helah nya dah banyak di lihat rakyat.

    BalasPadam
  3. "Semua keputusan dan urusniaga 1MDB dibuat oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," katanya."

    Maksud najib, beliau tidak sedar berbillion billion ringgit masuk ke akaun peribadi...itu je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu penyokong Ajib ke? Bodoh jugak ke? Tengok, aku tak tuduh kau, aku tanya.

      Kau baca le apa 7:27 PG tu cakap. Kau cakap le setuju ke tak.

      Kalau dah semua kena ada kebenaran bertulis dari Najib, apa tak sedor nye dia?

      Padam
  4. Jika tahun 70 an dulu dia cakap tu,ramai akan kagum dan memuja beliau!
    Skrg? Nak gelak pun tak mampu rasanya sbb terlalu dungu alasan tu.
    Jadi apakah kita hairan komen2 cai akan lebih bernas? Tentu sekali TIDAK. Dari kepala bodoh sampai ekor lagi lah bodoh....kan cai kan? Cari makan la katakan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, terlalu dungu alasan Najib.

      Tapi itu semua jadi bukti lagi Najib dah ngaku berbilion tuh masuk ke ekaun dia. Termasuk yang dia kata RM2.03 bilion di pulang kpd Pak Sheikh Arab.

      Tapi si Cai makan dedak Najib akan tanya makna bukti jugak lagi. Najib bodoh, cai dia pun bodoh. Perlu di gantikan secepat mungkin Najib nih. Kalau tak, lingkup UMNO di PRU14.

      Padam
  5. Apa nak buat dah sememangnya si AhJibNgok ni Bodoh Sombong, perasuah, Bengap dan Bahlol!!

    Di sokong pulak oleh Menteri dia yang Dua kali Lima Samdol!!!

    BalasPadam
  6. AhJibNgok menerangkan.......

    Pak Arab kasi 2.6 Billion
    Belanja untuk PRU 1.5 Billion
    Pulangkan balik pada Pak Arab 2.03 Billion

    Menambahkan lagi KEBONGOKKAN si AhJibNgok!!!

    Kesian Rakyat Malaysia yang BerPerdana Menterikan orang BAHLOL!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia belajor konomics di Englaaaand la, jenis kursus yang tak pakai Ilmu Hisab.

      Ilmu apa yang dia pakai utk campor tolak, tak tau le.

      Padam
    2. Dia belajor konomics di Englaaaand la, jenis kursus yang tak pakai Ilmu Hisab.

      Ilmu apa yang dia pakai utk campor tolak, tak tau le.

      Padam
    3. Ilmuhisab dah takdo, matomatik ado, tanyo rosmah tu...

      Padam
  7. Pembohong tak pernah kata dia ber
    bohong.segalanya katanya adalah benar.
    beratus kali dia bohong dia kata sentiasa
    benar walaupun yang belum keluar dari
    mulutnya bohong belaka

    BalasPadam
  8. Baru ini tuduh menuduh antara murid tun m berlaku

    Azmin iaitu murid kedua tun m fitnah rafizi rasuah lelaki jambu Dan wang

    Rafizi murid ketiga tun m Pula telah fitnah azmin rasuah perempuan di jamban Dan Wang

    Mana cerita betul, malah NGO bawah pkr telah pening kepala perangai kedua2 murid tum m ini, antara NGO pening kepala perangai kedua2 murid pkr ini,otai refomasi,justice for Papa,refomasi sejati 1998 mereka tak tahu yg mana mereka patut mereka sokong

    Mari ikut cerita seterus nya team b tun m kroni umno and pkr vs team a rejim najib vs team a anwar nepostim utara vs team c dinasti lim dap vs pas alamak

    Cerita ini' cerita dinantikan kami ,sekian terima kerana sokong demokasi kami bawa ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa elok ko anto skrip cerita badigol ko ni kat Upin dan Ipin je..

      Mudah2an jadi kaya, jutawan..

      Macam Najib jugak, menipu tegak2, menjawab dgn lawak2 bodoh, kan dah jadi kayo man...

      Padam
  9. Tak ADA pun aku dengar 1mbd kena dakwa di mahkamah
    Macai protun dah Gila 1mbd kot ,sebab ITU dia dah Gila hanya tahu membaca tokong kini ITU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kau punya gila dah lama berlaku. Kau kata Ajib tak ambik duit. mintak bukti, Ajib tak kasi arahan hantar wang sana sini walau pun KSU Kmnterian Kewangan kata semua yang 1MDB buat mesti ada kebenaran bertulis dari Ajib.

      Ko baca apa? Kenyataan PMO yang di karang dek Rosi? Yang kata anak dia Reza Aziz alih alih kaya sebab ada "legacy of wealth"? Sampai kena tempeleng Rosi dan Ajib oleh adik adik Ajib yang keluarkan kenyataan di tanda tangani mengatakan tak ada "legacy of wealth", bapak diorang, Tun Razak, tak kaya.

      Padam
    2. 10.08 Mungkin ibu Najib cakap tu betul, Najib tak layak jadi Menteri mahupun PM, yang layak adiknya nazir razak

      Padam
  10. Pro najib mana ada yg bijak
    Jika bijak tak dapat dedak
    Hujah dah mcm budak2
    Masih cakap yg tidak2.....
    Kan cai kan......cari makan la katakan,biar haram janji kenyang!

    BalasPadam