Jumaat, 27 Mei 2016

Buktikan Jho Low Tak Terlibat..!


Jangan cuma sekadar menjawab dan menafi..! Tunjukkan bukti..! mana dokumen yang menafikan pemilikan jolok dalam good star?

Kerajaan bertegas Good Star milik PetroSaudi

Kerajaan terus menegaskan bahawa Good Star Limited, firma yang menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik PetroSaudi International.
Ini di sebalik pendedahan oleh anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua bahawa Bank Negara mendapati Good Star dimiliki oleh individu yang tidak berkaitan dengan PetroSaudi.
"Berdasarkan rekod syarikat 1MDB, Good Star Limited adalah dimiliki oleh kumpulan PetroSaudi pada masa pembayaran dana tersebut dibuat oleh 1MDB.
"Semua pembayaran dana yang dibuat oleh 1MDB adalah untuk memperoleh kepentingan sebanyak 40 peratus dalam syarikat usahasama.
“Dana tersebut juga telah diakui diterima oleh kumpulan PetroSaudi berdasarkan perjanjian-perjanjian yang dimeterai pada masa pembayaran tersebut dibuat," kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di parlimen semalam.
Ia berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Pua yang ingin tahu pemilik sebenar syarikat Good Star Limited yang menerima bayaran AS1.03 bilion daripada 1MDB.
Dalam soalannya, Pua merujuk kepada kenyataan Bank Negara kepada PAC bahawa nama Good Star tidak dimasukkan dalam laporan mengenai 1MDB.
Kenyataan bank pusat itu berbunyi: "Bank Negara Malaysia telah dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu yang Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan Kumpulan PetroSaudi."
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bagaimanapun berkata bahawa garis itu dipadamkan daripada laporan PAC kerana ia adalah sulit.
Good Star Limited telah dikaitkan dengan hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low yang menafikan beliau adalah sebahagian daripada syarikat itu.
Sedangkan rakyat dan dunia menanti nanti penafian secara bertulis dan berdokumen akan kaitan jolok dan good star serta urusan didalam 1MDB..!
Baca..

RM1.18 bilion masuk akaun syarikat dikuasai Jho Low: Sarawak Report

‘Further USD$330 million Went Straight To Jho Low’s Good Star Limited From 1MDB! NEW EXCLUSIVE’ (‘Lagi AS$330 juta pergi terus kepada syarikat milik Jho Low – Good Star Limited dari 1MDB! EKSKLUSIF TERBARU’.)
Itulah tajuk pendedahan eksklusif terbaru Sarawak Report selepas mereka mendakwa memiliki dokumen berhubung pemindahan wang yang diluluskan oleh syarikat berkaitan kerajaan Malaysia, 1MDB, kepada syarikat yang dikawal oleh ahli perniagaan yang rapat dengan Menteri Kewangan, Jho Low, Good Star Limited.
Menurut laporan portal berita berkenaan, Good Star Limited menerima keseluruhan AS$330 juta (kira-kira RM1.187 bilion) kononnya bagi pihak bekas rakan kongsi 1MDB, PetroSaudi International, pada 2011.
Good Star Limited berpangkalan di Seychelles, tetapi diperbadankan di Kepulauan Sayman dan mempunyai akaun bank di Zurich.
Jho Low sebelum ini beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa dia tiada sebarang peranan dalam 1MDB dan tidak mendapat keuntungan dalam urusan pelaburan 1MDB.
jhoo-low
Namun, Sarawak Report dalam laporannya mendedahkan bahawa Pengarah PetroSaudi bersetuju ‘bertindak bagi pihak’ Jho Low dan kerana itu AS$860 juta (kira-kira RM3.095 bilion) daripada AS$1.5 bilion (kira-kira RM5.4 bilion) yang dilaburkan dalam PetroSaudi antara September 2009 hingga September 2010, telah secara rahsia disalurkan ke akaun Good Star RBS Coutts di Zurich.
Portal berkenaan juga mendakwa, siasatan rasmi mendapati AS$330 juta (kira-kira RM1.187 bilion) lagi, di mana 1MDB mendapat kelulusan memberi pinjaman kepada PetroSaudi pada Mei 2011, disalur terus kepada Good Star Limited.
“Laporan siasatan yang diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia awal bulan ini menyatakan wang ini dibiayai melalui ‘pinjaman ringgit daripada bank-bank luar pesisir dan baki hasil Sukuk Murabahah’,” kata laporan portal berita itu.
Wang itu dilaporkan dipindah melalui empat transaksi berasingan dalam bentuk mata wang dolar amerika (AS$30 juta + AS$65 juta + AS$110 juta + AS$125 juta) terus ke akaun Good Star RBS Coutts di Zurich.
Namun, kelulusan hanya diberi oleh pihak berkuasa kepada 1MDB untuk meminjamkan wang itu kepada 1MDB PetroSaudi Limited atas dasar ‘pembiayaan pelaburan langsung asing Malaysia dalam sektor minyak dan gas’.
Menurut Sarawak Report, rasional di sebalik kelulusan itu ialah:
“Untuk meneruskan perkongsian global dan strategik dalam sektor tenaga dan mempromosikan pelaburan langsung asing ke Malaysia.”
Portal berkenaan mendakwa 1MDB sama ada dalam permohonan atau kelulusan, tidak menyebut apa-apa yang membolehkan wang itu diserahkan kepada Good Star.
Jho-Low-Sayman-murabahah
Bagaimana pemindahan diisytiharkan dalam akaun rasmi 1MDB – Ianya mendakwa wang itu disalurkan kepada PetroSaudi International pada 2012. – Sarawak Report
Bagaimanapun, semua empat transaksi bayaran berjumlah AS$330 juta (kira-kira RM1.187 bilion) melalui dua bank berasingan di Malaysia disalur terus kepada Good Star Limited, kata portal berita berkenaan memetik dokumen yang mereka miliki.
Dalam tajuk kecil ‘Perjanjian antara kerajaan diluluskan Kementerian Kewangan‘, Sarawak Report berkata:
“Permohonan yang dikemukakan oleh 1MDB yang mendakwa pinjaman ini menyatakan ‘sebahagian daripada inisiatif kerajaan dan kerajaan antara Malaysia dan Arab Saudi khusus untuk meneroka peluang-peluang pelaburan dalam sektor tenaga, kata penyiasat.
“Namun, ia kekurangan bukti menunjukkan adanya perjanjian rasmi antara kerajaan kedua-dua negara.
“Sama ada wujud bukti atau tidak berhubung mana-mana pelaburan oleh PetroSaudi International di Malaysia, selain daripada membeli UBG bank milik keluarga Taib (bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sari Abdul Taib Mahmud), di mana Sarawak Report kini mendedahkannya, ia adalah juga dibiayai oleh 1MDB.
“Bagaimanapun, 1MDB menyatakan dalam permohonan kepada pengawal kewangan bahawa pinjaman kepada 1MDB PetroSaudi telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Pengarah 1MDB, kata penyiasat.
“Wang itu tidak disalurkan kepada 1MDB PetroSaudi, sebaliknya kepada Good Star Limited yang dikawal oleh Jho Low,” kata Sarawak Report.
Maklumat mengelirukan kepada pihak berkuasa kewangan
Menurut laporan itu, apa yang paling memeranjatkan ialah siasatan lanjut mendapati bahawa AS$330 juta (kira-kira RM1.187 bilion) yang diserahkan kepada Good Star, telah secara rasmi dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia sebagai bayaran kepada 1MDB PetroSaudi.
Mengikut undang-undang Malaysia, semua bayaran membabitkan sejumlah wang yang besar adalah tertakluk di bawah Laporan Sitem Maklumat Transaksi Antarabangsa (ITIS).
Dalam laporan itu, ia menyatakan bahawa wang berkenaan dimasukkan ke akaun syarikat induk PetroSaudi.
jhoo-low-2
“Persoalan sekarang ialah siapa yang bertanggungjawab menyediakan maklumat salah yang menyatakan Good Star Limited adalah anak syarikat PetroSaudi International?
“Dan, kenapa tiada bank yang terbabit dalam mana-mana transaksi berkenaan melihat kepada laporan transaksi itu sebagai mencurigakan?,” kata Sarawak Report.
Kecurigaan semakin bertambah bilamana AS$1.103 bilion (kira-kira RM3.97 bilion) masih boleh berbaki daripada pelaburan PetroSaudi dan disimpan dalam akaun BSI Bank di Singapura sebagaimana didakwa oleh Menteri Kewangan baru-baru ini?
“Daripada sejumlah sekurang-kurangnya AS$1.93 bilion (kira-kira RM6.9 bilion) yang dikira oleh Sarawak Report dipinjamkan kepada PetroSaudi, kami kini mendapati AS$1.19 bilion (kira-kira RM4.25 bilion) pergi kepada Good Star Limited.
“Awal bulan ini kami mendedahkan bahawa pihak berkuasa Singapura mengenal pasti lebih AS$500 juta (kira-kira RM1.787 bilion) bergerak melalui akaun milik Jho Low di BSI Bank dari Good Star sejak 2011 hingga 2013.
Namun, Menteri Kewangan dalam beberapa siri kenyataan mendakwa bahawa AS$2.3 bilion (kira-kira RM8.22 bilion) sudah ‘ditebus’ daripada pelaburan PetroSaudi pada 2012 dan AS$1.103 bilion (kira-kira RM3.94 bilion) daripada wang itu dalam bentuk tunai masih berada dalam akaun 1MDB di Singapura.
“Beliau memberi alasan tidak mahu membawa pulang wang tunai itu ke Malaysia untuk membayar sesetengah hutang 1MDB disebabkan akan melibatkan permohonan kepada Bank Negara Malaysia.
“Adakah ini masanya Ketua Audit Negara menghubungi bank BSI dan memeriksa akaun 1MDB?,” kata Sarawak Report.
Sekadar nafi ajer? buat bodo dengan kenyataan di atas tu.! Bukan sahaja tak disaman saman Sarawak Report atau WSJ..! Menjawab kenyataan yang dikatan fitnah tu pun kelam kabut dan nampak benor nipunya..!
Ingat..! Rakyat dan dunia tak bodo..!
Yang bodo siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

40 ulasan:

  1. Ya, mana dia Jing Projibo di sini, dah mati ke?

    BUKTIKAN, BUKTIKAN, BUKTIKAN JHO LO TAK TERLIBAT.

    BalasPadam
  2. the onus is on accuser to prove .. referring to SR and WSJ based on unknown source is a slanderous acusations which 1MDB deny with prove .... so enough spin ... enough lies ... better go fly kite !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. SUE THEM, SUE THEM, SUE THEM SR, WSJ, NYT dll.

      Tak berani? Takut nanti banyak tembelang keluar lagi di masa bicara?

      Better you all balik kampong lah.

      Padam
    2. 12.10
      1MDB denied with proof? what proof? which document you refer to? or just refer to 1MDB statement? makan le dedak banyak2 ye..PM ambil duit, joli sana sini, beli barang2 mahal, melancong sana sini also a proof bro..and your PM also admitted that he had received 2.6b so call donation and he also admitted that inside his personnal account have 42m from SRC..walaweyyy..memang bro peminat tegar najis...shame on you...

      Padam
    3. shame on you all protun... wasting people time... move on lah.. else go fly kite !!!

      Padam
    4. The onus is in your anus...., why? Because thats where your brain stucked for some reason only you knew without admitting it!

      The office of Swiss's AG clearly did not beat around the bush to mention 1MDB in its press statements and they are moving into prosecution phase.

      Not enough? Our next door neighbour will bring their case to court, also pertaining to 1MDB scam. So confident they gave assurance to the court that Singapore's Prosecutor will be burning midnight oil to get into trial in about 2 weeks, 2 weeks! And that is excellent news itself will be the reason your sorry-arse Bugis-Pirate will be constipating yet again knowing all documents, all facts, all deceits, all kuntau by PM, FM,Chairman, BNM, PDRM, AG, UMNO, Stooges-Ministers in Malaysia will be laid bare in the court of law in Singapore only to make Ali-Bugis dengan 40 Lanun nyer look so bloody fools!

      And, that you so cannot be save from your own shit-brain knew not to fly kite but really frying your own arse instead!

      MLN

      Padam
  3. Woi, apa dia tangan nate' Jho Lo tu jo lok?

    Bedebah dok sebat duit 1MDB sama si Lanun Bugis, cekik arak berbotol, tangan meraba tak betul, tinggalkan tahi untuk penyokong si Lanun Bugis di sana sini berketul ketul.

    BalasPadam
  4. herr fly kite......the PAC report already mentioned that....but why ajib (ministry of finance is his)keep on denying it.........damn.....personally, he is in the 2nd stage now.......could not wait when he is going to succumb into his arrogance, stupidity.....that would be the final stage.......end of his days.....no doubt as i said earlier....he is a master, better the creator of art of war......in a few hundred years......his legacy will overshadows sun tzu..........

    but sadly......the people on the streets will remember the stupidest finance minister ever......

    ain't he something , herr fly kite?

    -anti jubur-

    BalasPadam
  5. Lerr ..... ada gak mangkok yg masih percaya dgn Sarawak Report kaki fitnah tu. Alahai....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mangkok takda. Lubang di belakang kau ada. Sama jugak, boleh isi tipu karenah si Lanun Bugis dan bohong seranah kau.

      Kau ada dapat duit dari RM4.2 bilion si Bugis songlap tu ke? Dedak aje gamaknya.

      Padam
    2. Selagi Najib tak saman WSJ...sr...selagi Itulah laporan Yg bolih dipercayai... Takan nak percaya sekadar penafian sahaja... Satu dunia tau... Kalau taknak jaga maruah diri jagalah maruah rakyat n negara malaysia... Mereka tak tengok tv 3auku n baca utusan ada faham


      Padam
  6. Di hari yang mulia ini bagus peringatkan orang Islam macam Najib jangan beri peluang orang kapir macam Jho Lo buat macam macam bedaah hingga terbang berpluh bilion duit 1MDB yang akhir nya rakyat kena tanggung.

    Harap di mesjid masa sembahayang Jumaat nanti, Najib akan bertaubat kapada Allah dan mintak maaf kpd rakyat. Dalam hati saja dulu jadi lah.

    BalasPadam
  7. 12.38 "Harap di mesjid masa sembahayang Jumaat nanti, Najib akan bertaubat kapada Allah dan mintak maaf kpd rakyat. Dalam hati saja dulu jadi lah."

    Satu langkah permulaan yg baik untuk najib bertaubat, pastu najib boleh BERAMBOS!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. BERAMBOS sehelai Sepinggang.

      Jangan bawak harta benda dan wang ringgit.

      Itu milik rakyat.

      Padam
  8. Gambar diatas menunjukkan jho lo sedang berjoli sakan hasil dari PERAMPOKAN duit rakyat.

    Terdapat juga gambar najib sedang beristirehat dengan obama bermain golf ketika rakyat bergelumang menyabung nyawa dengan malapetaka banjir besar luarbiasa.

    Tuanku Sultan kelantan ketika itu turut mencemar duli menolong dan membantu rakyat negerinya dilanda musibah.

    Rosmah pula menyabung nyawa oops sori, menyabung shopping dari haiwai ke bangkok pula...dengan pengawal perbadi mendapat tugas baru mengangkat beg2 nyopping rosmah.

    Ohhh negaraku!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro!!

      Itu 2 ekor sudah kira kes Marcos dan Imelda Versi Melayu!!!

      Padam
  9. Tanggungjawab membukti terletak pada penuduh. Laporan berita bukan dikira bukti tapi hanya lebih summary dari bukti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.11 "...hanya lebih summary dari bukti."

      Betul la chai cakap...Dari bukti baru buat rumusan.

      Timakasih chai kerana memberi penerangan Dan penerangan yg amat berguna Dan bermakna.

      Lagi sekali, timakasih banyak jasa ko chai....

      Padam
    2. Tanggungjawab Tertuduh perlu meyakinkan tidak ada salah-laku atau niat menipu....

      1:11 your assertion is not deliberation....

      Let the court decide, we have good enough judges...in the current court of public opinion....

      Bugis-Pirate and his Bunch of Thieves are GUILTY UNTIL PROVEN INNOCENT....get it?

      MLN

      Padam
  10. Cai flykite, cer citer betul2 berapa ringgit dan sen kau dpt menidakkan kebenaran ni? Kat atas tu dah byk bukti dah, buta Mata ke buta perut atau dua2 sekali? Ntah apalah Jasa jibbo Kat kau sampai begini sekali kau tinggal kan kebenaran..

    Flykite ke whatever your name, kalau hari ni by 12 midnight ni, kalau kau dan bos kau tak saman si membuat fitnah SWAK report tu, betul sangat lah kau Dan bos kau bersalah.kaulah sebenarnya pengkhianat bangsa, agama Dan negara.kau jugak lgbt, yahudi, Rothschild, son of kakros, Jews, jaws, shiah, beda'ah, pembohong, kaki kelentong, red bean, red lips, suka gi red light areas, langgar red light Kat traffic light dan red kominis. ITU yg kau selalu cakap, mmg padan untuk kau, padan sesangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errr Bro 1.27 jangan lupa lgbt Dan Plurarist....

      Padam
    2. old school madey nyanyok stupid strategy... don't waste people time lah ... bukti tak credible .. go fly kite !!

      Padam
    3. Yes dont waste IDIOT PEOPLE time like ANON 2:50 PTG!!!

      BESAR PUNYA BAHLOL!!!

      Padam
  11. Sarawak report amik dari justo penipu... justo nak jual maklumat pada the edge 6 juta... sarawak report kutip news dari the edge melalui nohsia clara brown .skg bohsia clara berambus ke england.... bohsia clara ni la penyumbang info fitnah pada bohjan tun momok.... mmmmmm ... no wonder bila bohsia jumoa bohjan tua nk mmpos..... jadi bohsial .. kikikki

    BalasPadam
    Balasan
    1. "justo nak jual maklumat pada the edge 6 juta.."

      Rosmah upah RPK 12 juta camna plak?

      Padam
    2. mana bukti yg credible... jgn ikut cara lapiji sotong ... asyik bergurau manjang .. go fly kite !!

      Padam
  12. it's ironic......ajib donkeys don't cursing sr, wsj and whatever shits......but pac reports indicates the same thing......it's either, their brains choked in the a-hole or their heads are full of shits.....well, what to say.....the revered 681 pie emm......the stupidest finance minister ever.......macai??.......mmmmm.....we all know....

    what say you, herr fly kite?

    BalasPadam
    Balasan
    1. typo guys....."ajib donkeys cursing......"

      -anti jubur-

      Padam
  13. USD330 Million???

    Fuyoh!!! Kembong perot AhJibNgok!!!

    BalasPadam
  14. Wsj dah confirm Good Star kepunyaan jolok. Siapa yg beritahu wsj? Tak lain dan tak bukan...Bank Negara sendiri. Dlm negara benda ni akta rahsia. Wsj dah publish pun surat tu.

    Lepas ni kalau jolok atau 1mdb tak mengaku itu company jolok...apa kata bank negara ambil alih company tu...buat jolok putih mata. Duit pun banyak yg 1mdb salur dalam tu. Ada berani?

    BalasPadam
  15. Vomit...bila ada mangkok hayun yg defend cina jolok mentekedarah duit rakyat. Sedangkan duit biasiswa budak nak belajar pun kena tarik balik. Lahabau.

    BalasPadam
  16. Ini ulasan utk pro jibon yg bodoh lagi dungu lagi bangang lagi bahalol lagi lembu lagi keldai!
    Korang nak berhujah tapi hampeh. Otak negatif makan hasil haram hati hitam. Buta,kapir pun tak buta mcm kau. Kau ni kapir ke? Aku tak pernah mintak kau percaya apa yg aku tulis pun,FAKTANYA boss kau penipu,pembohong pembelit. Penakut. Takkan org marah kau,bini kau yg pergi hadap org tu? Kenapa pilih jadi sial ni. Aku pertahan kan hak,bukan pro sapa2. Benar tetap benar,yg penting hati aku tak buta mcm kau,lembu!
    HAK ni nnt di tuntut sampai padang masyar,itu sbb aku tak mahu bersubahat mcm kau,kambing! Paham? Paham pasal HAK? PAHAM KE TIDAK,BANGANG?
    Pakai phone samsung konon tapi bangang melantun2. Kau sokong jibon kau punya pasal tapi jgn burukkan Tun dan buruk kan org lain. Org bodoh sentiasa menyalah kan org lain,org bijak akan menilai diri sendiri dari sudut kebenaran...tu mana kau tahu sbb kau terlalu hina dan dungu utk berfikir. Mak bapak kau suruh kau jadi dungu apa boleh buat,makan hasil haram takpe, janji kenyang,lepas tu berak rata2. Berhenti jadi sial ni,boleh kan?
    Komen la secara beradap,beri pendapat dari pandangan kau. Jgn nak mencarut memaki hamun. Aku marah? Memang MARAH sbb kau bodoh,tu saja!TAK TAHU MALU,SATU DUNIA PAKAT DOK GELAK,LAGI KAU NAK TAMBAH.TAK BANGANG?
    Melayu bangsa bermaruah,tapi kau?
    HINA!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro,

      I feel your rage...30 tahun luar negara this is the first time we malay-muslim felt so embarrassed by this humungous mess created by a Bugis-Muslim-Pirate-Conman.

      Pity the legacy of his Dad got smeared so bad only because of sheer stupidity and greed!

      MLN

      Padam
    2. Bro,
      Thanks. Walau kita berhubung di alam maya sekali pun,kita wajib menghormati org lain,kerana apa? Kerana sebenarnya kita menghormati diri kita. Maruah itu lah yg kita jaga. Disitu lah letak segala2nya dan permulaan segala2nya,baik mahu pun buruk.
      Yg tergadai pada hari ini bukan sekadar wang ringgit dan AMANAH,tetapi maruah! Jika sudah tidak bermaruah lagi,apa guna atau apa layak di panggil manusia? Bangsa yg menjadi cacian, baik di dlm mahu pun di luar negara.

      Padam
  17. bro.....aku pun kat luar negara jugak.....keluar/balik2 ja.....keje.....dulu tu.....bangga gila....kalau org tanya dari mana....sekarang klu kat airport.....buat2 baca buku....tak nak org tanya macam2......he he

    aku ingat lagi......org syiah iran pun respect dr m......masa aku singgh nak solat kt masjid dia......

    sekarang ni pm dungu....takut nak pecat finance minister dia yg memang lebih dungu.......

    klu org dungu ni, kita nak marah pun....tak masuk otak dah.....yg heran.....org umno ni boleh buat dek aja......

    -anti jubur-

    BalasPadam
    Balasan
    1. May Allah makes it easy for you Bro and the rest fighting to upright what is so very wrong with Malaysia and its leadership at the moment, Amin!

      MLN

      Padam
  18. Bro bro penentang kemungkaran yg dikasehi semua, kita sama2 merasakan betapa negara yg amat kita kasehi ini di aibkan sekelip Mata oleh penguasa2 yg tak amanah, yg dibantu oleh cai2 pemakan dedak mereka yg dah hilang pedoman Dan kewarasan. Bro2 semua, teruskan perjuangan..Allah bersama mereka yang benar..

    Flykite, berapa Kali hari ni?, Mak tengok? Ubat dah makan?

    BalasPadam
  19. meroyan lah kau semua ... layan lah madey nyanyok penipu tu .... go fly kite !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau lah yg meroyan..

      Najip chicken cakap tak kenal jolok...last2 tersebar gambar diorang..

      Najip chicken cakap jolok tak terlibat dgn 1mdb...akhirnya terdedah dia tuan punya company yg terima duit dari 1mdb..

      Kau jilat lah najip chicken nyanyok penipu tu sampai kau mati...nanti roh kau pun bergentayangan macam kite...hahaha

      Padam
    2. Fly kite kau nak makan pelempang? Kau masih dan takkan sedar yg kau tu cuma seekor binatang,kalau nak makan pelempang aku boleh aje! Cakap biar betul,nak komen biar bernas ikut apa pandangan kau aku tak kisah. Tapi jgn melalut tak tentu pasal,gigi kok terpisah dgn gusi.
      Ingat tu!

      Padam