Benda busuk...bukan main dibalut dan disalut pun tetap busuk bro..!
Mukhriz: 50 cawangan Umno Kedah usul undi tak percaya Najib
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa 50 cawangan Umno Kedah telah membuat usul tidak percaya terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat agung tahunan masing-masing.
Mukhriz yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan nama cawangan terbabit di Facebook beliau yang didakwa turut meminta pemilihan parti diadakan tahun ini.
"Mungkin ada lagi cawangan-cawangan yang buat usul yang sama tapi tidak melaporkannya.
"Jumlah cawangan ini tentunya akan dikatakan terlalu sikit berbanding jumlah cawangan Umno di Kedah.
"Tapi belum pernah dalam sejarah kita ada usul-usul seperti ini diluluskan oleh begitu banyak cawangan-cawangan Umno.
"Demi demokrasi dalam Umno, ini hak ahli-ahli untuk menyuarakan isi hati kami mengenai kemelut yg melanda negara," tulis pemimpin Umno itu.
Mukhriz berkata, beliau juga menjangkakan sabotaj terhadap cawangan-cawangan Umno yang membentangkan usul tidak percaya tersebut.
"Mungkin juga akan ada pihak-pihak tertentu yang menafikan bahawa cawangan-cawangan yang tersenarai ini benar-benar buat usul sedemikian.
"Atau mereka melesapkan/meminda minit mesyuarat cawangan tersebut dalam laporan di peringkat Umno bahagian. Memang itupun yg kami jangka akan mereka lakukan," katanya dalam posting yang sama.
Bekas MB Kedah itu turut mengucapkan tahniah kepada cawangan Umno berkenaan yang disifatkan berani dan berharap mereka akan terus berjuang 'menyelamatkan Malaysia daripada kemungkaran'.
Daripada senarai cawangan itu, 29 adalah daripada kawasan yang menyokong Mukhriz di Jerlun, manakala 11 adalah daripada bekas kubu kuat bapanya di Kubang Pasu.
Lain-lain kawasan termasuk daripada Kuala Kedah, Pendang dan Baling.
Mukhriz, bersama dengan timbalan presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadapi kemungkinan tindakan disiplin kerana mengkritik kepimpinan parti, khususnya Najib.
Negeri lain pulak macam mana? kalau dicampur campur banyak tu..! Yang senyap sunyi menolak lagi la banyak..! Takkan semua nak di pecat?
Baik pecat sorang dua yang kat atas tu...yang menjadi punca masaalah..! yang buat parti jadi rosak..! itu lagi senang..!
Tak gitu?
Lu FIkir La Sendiri!!!
Waaaaaaaaaa seronok dengor nih. 50 Cawangan undi tak caya Najib.
BalasPadamSana sini aku dengor Ahli Ahli UMNO peringkat Cawangan berjumpa di hujung minggu, bincang antara depa, merongotkan telatah si Najib. Aku harap lebih banyak lagi Cawangan yang buat undi tak caya.
Kalau ramai dan banyak cawangan buat gitu, TEUKU (nama di Sumatra, bukan Tengku yang si Adenan tipu, aturkan masuk ke dalam IC dia) tak akan nak rekomen semua di buang dari parti.
Teuku adnan menipu rakyat...bukan tengku, maksudnya bukan keturunan raja malaysia?
PadamBukan. Dia sendiri kata di Facebook: Gelaran saya dari pejuang Islam Aceh.
Padam"Saya kata saya bukan Tengku Malaysia, saya berketurunan dari Acheh," kata Tengku Adnan dalam ucapannya di Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita Umno Cawangan-Cawangan dalam bahagian Batu di Kuala Lumpur di tahun 1982.
Dia hamsat.
Di Aceh mana ada Tengku?
PadamMenipu lagi si Teuku Adnan.
Ngapa tak cakap terus terang dia bukan Tengku dari mana mana pun?
Penipu semua yang di lantik dek Najib. Gantikan Najib cepat.
Pssst, korang sedor ke si Rosi jarang sekali di gambar menengok kamera. Apasal? Perasan sangat ke? Mata juling ke?
BalasPadamKomen personal? Sapa cakap ada anything personal bagi org politik atau bini dia? 1MDB dan RM4.2 bilion masuk ke dalam ekaun peribadi dia bukan personal.
Konon2 sekarang nak low profile baru sedor betapa rakyat menyampah meluat tengok dia....dah terrrrlambatttt le.
PadamAmanat dari group bomoh upahannya kot?
Padam1.4 juta dah sign DR.
BalasPadamJika setiap individu drpd 1.4 juta dapat close 3 org saje pengundi berdaftar PRU, jumlah sokongannya berganda jadi 4.3 juta orang.
Dan ini bakal diterjemah dlm peti undi PRU14.
Najib n the Geng Sapu Tabung dah boleh siap2 tempah pampers dan tabung oksigen.
4.2 juta jadi lah, Bang. Senag banding dengan yang masuk ke dalam ekaun peribadi si Najib - RM4.2 bilion.
PadamJika 4.3 juta pengundi + undi parti pembangkang + 90 peratus pengundi umno = umno bungkus = najib bermaustatin di luar negara.
PadamItu pasal bagus mintak dia bermastautin di luar negara sekarang.
PadamJanjikan dia boleh keluar sanak beranak tanpa di heret ke Mahkamah sampai bila bila masa.
10.10 Ok gak...yang penting najib berambos!
PadamTerima kasih keluarkan pendapat tu, 10.25.
PadamNak dengor dari lebih ramai lagi rakyat Malaysia ni.
Si bodoh Mad Bashah nak mintak sagu hati dari gomen federal sebab kasi air kpd Penang.
BalasPadamMengata Penang buat duit, simply purify the water and jual kpd consumers at high profits.
Kan dia boleh mintak supaya naikkan harga air kpd Penang? Tapi apa nak di harapkan dpd Mat Bashah yang Najib sokong jadi MB Kedah.
mukriz ni sembang je lebih
BalasPadamKamu ni perhati pun tak betul.
PadamJuling jugak ke?
PadamKau Besar punya BENGAP BAHLOL TOLOL BADIGOL SAMDOL!!!
PadamHahaha 924,
PadamKau marah kena kata juling, ye? Sama geng dgn Rosi ke?