Isnin, 23 Mei 2016

Najib Gagal Dapat Penghakiman Terus..!


Langkah baru bermula..!

Najib gagal dapat penghakiman terus, saman fitnah akan dibicara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini gagal mendapat penghakiman terus berhubung saman fitnahnya terhadap akhbar rasmi PAS Harakahdaily berhubung laporannya yang mengaitkan anak tiri, Riza Aziz dan 1MDB.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hue Siew Kheng yang menolak permohonan penghakiman terus Najib di dalam kamar mengarahkan perbicaraan diteruskan.
Katanya, alasan pihak pembelaan bahawa qualified privilegeatau hak istimewa dan komen adil adalah sesuatu yang perlu dibicarakan dan oleh itu tidak boleh diputuskan melalui penghakiman secara terus.
Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun (gambar), memetik Hakim Hue, berkata, permohonan itu ditolak kerana soalan berkenaan adalah fakta dan undang-undang dan bahawa hanya melalui perbicaraan penuh bahawa perkara berkenaan boleh diselesaikan.
Memetik Hakim Hue lanjut, Hafarizam berkata laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang difailkan oleh Najib tidak semestinya membenarkannya terus kepada perbicaraan dan sebaliknya mesti dibuktikan.
Najib telah memfailkan laporan PAC bertarikh 7 April yang mengesahkan bahawa beliau tidak terlibat dengan apa yang berlaku kepada 1MDB.
Sementara itu, Hakim Hue juga menetapkan 23 Jun untuk perbicaraan dan 9 Jun sebagai pengurusan kes yang terakhir.
"Oleh itu, beliau telah menolak permohonan itu, dengan kos sebanyak RM3,000,” kata Hafarizam kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
"Susulan ini, saya perlu berjumpa anak guam saya bagi mendapatkan arahan sama ada untuk merayu atau tidak," katanya.
Jangan pulak nanti rakyat dengar Najib tarik balik saman ni sudah la..!
Kenapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. Yg pasti bugis akan cari jln utk tidak dibicarakan kerana takut terburai.
    Konon gatal saman harakah. Selepas ni kita tengok apa niat dia (mama hippo) sebenarnya. Nak tegakkan kebenaran atau ego???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dibicarakan di mahkamah lagi banyak pekung yang terbuka macam saman Liong Sik terburai hal lain, tu sebab dia nak dapatkan penghakiman secara terus tanpa perbicaraan.

      Nak jerat rimau terjerat kaki sendiri. Allah akan buka pekungnya satu persatu.....amin....

      Esok Selasa apa kata saman WSJ pula??

      Padam
  2. Najib tu kalau boleh nak elak dari dibicara, alasan teknikal adalah modal najib dan peguam beliau.

    Lihat sahaja kes anwar ibrahim, berpuluh kali tangguh, tiba tiba keputusan hakim mahkamah? Anwar bebas.

    Alasan hakim? Tak cukup bukti....kah kah kah kah! Nasib baik ler ada Tan Sri shafie....selamat negaraku.

    Kini najib juga mahu melakukan taktik yang sama. Kalau boleh sehingga beliau boleh melepaskan dan melarikan diri ke luar negara.

    Tu yang dia buat survey2 kat luar negara...urusan negara? Podah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tu pasal apa x suruh Si Pie tu aje saman WSJ???

      Padam
  3. Lelong lelong lelong....jualan pra ramadhan..murah murah..semua blh beli dan SEMUA,BOLEH DIBELI....CASH IS KING..KING IS POWER....POWER IS KING...KING IS CASH..CASH CREAT A KING..

    BalasPadam
  4. Lelong lelong lelong....jualan pra ramadhan..murah murah..semua blh beli dan SEMUA,BOLEH DIBELI....CASH IS KING..KING IS POWER....POWER IS KING...KING IS CASH..CASH CREAT A KING..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg kau lelong? Najib ngan kak mah ke?

      Padam
  5. mengharap je lah protun .. go fly kite !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Go to hell!!

      Padam
    2. nyata jibo takut lebih banyak lagi pekong dia keluar bila di bicara.

      puak projibo gigil lutut. steady lah. biar jibo masuk jel sebab dia yang buat tak senonoh dengan melampau.

      Padam