Jumaat, 27 Mei 2016

Sudah Ada Cahaya Di Hujung Terowong..!


Mudah mudahan dipermudah serta dijayakan..!

Najib gagal tangguh pembelaan kes saman oleh Mahathir

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini gagal mendapatkan penangguhan bagi menfailkan pembelaan ke atas saman bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abu Bakar Jais menolak permohonan Najib untuk penangguhan.
Oleh itu, beliau mengarahkan Najib menfailkan pembelaan saman itu pada 9 Jun ini.
Ia adalah lanjutan seminggu oleh mahkamah hari ini berbanding ketetapan awal pada 2 Jun untuk Najib berbuat demikian.
Hakim Abu Bakar adalah hakim baru yang dilantik untuk mendengar kes itu selepas Hakim Datuk Rosnaini Saub dipindahkan ke Shah Alam.
Terdahulu, beliau mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak dengan Najib diwakili barisan peguam diketuai oleh Tan Sri Cecil Abraham, bersama-sama Rishwant Singh dan Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Mohd Haniff Khatri Abdulla pula mengepalai pasukan untuk Mahathir.
Semoga rakyat dan negara Malaysia akan mendapat kejayaan..! Amin.
Kertas takkan mampu membungkus api..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Tolak penangguhan satu hal, bila perbicaraan dijalankan, macam2 alasan diberikan supaya najib tidak hadir, selepas didesak baru najib hadir, bila tiba keputusan, hakim tolak kes, takder bukti kukuh...

    Macam kes al juburi.

    Inilah senario rakyat marhaen amat bimbang, kerana hakim negara ini amat meragukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hakim negara ini pada umum nya boleh di percayakan. Anwar Al Jub akhir nya tersumbat di Sg Buluh jugak.

      Bekas Hakim ada yang di ragukan. Terutama nya yang di lantik dek Najib jadi Peguam Negara.

      Padam
  2. Memang tak boleh di nafikan ada di pihak Hakim dan di pihak Peguam Negara yang mencurigakan. Dulu, Pendakwa Raya bagi kes Al Jub kalah kes nya lawan Anwar. Tak lama kemudian dia di barisan pembela si Al Jub dalam satu kes lain.

    Kita kena gesakan semua pihak lakukan kerja se adil adil nya. Kalau tak, penyamun pengsonglap lepas hukuman dan melanda landa.

    Kita perlu selalu tulis dan desakkan kes saman di buat dek Tun Mahathir dll ke atas Najib itu di bicarakan secepat mungkin, jangan jadi macam kes Al Jub dulu di benarkan tangguh tak habis habis. Sekarang karpal Singh dah mati, jadi kes tangguh selalu tak sepatut nya berlaku lagi.

    Hakim Hakim perlu memberi benefit of the doubt kapada rakyat Malaysia, jangan benarkan penangguhan dengan alasan yang lemah. Ini kes salah laku Perdana Menteri, rakyat punya hak mendapat penghakiman yang cepat dan saksama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klarifikasi:

      Tak lama kemudian dia di barisan pembela si Al Jub dalam satu kes lain.

      Ia itu, tak lama kemudian salepas dia bersara ..

      Padam
  3. Kenapa ya aku dah terbayang tong drum, simen?

    BalasPadam
  4. Hakim kena amik kira public interest dlm kes ni..jd kena percepatkan

    BalasPadam
  5. Buat baik berpada pada
    Buat jahat jangan sekali
    Jika kerap mengunyah lada
    Pedaslah sorang siapa peduli

    Terduduk sakit di tepi gelanggang
    Datang orang tolong urutkan
    Hutang membukit keliling pinggang
    Takkan Rakyat minta bayarkan?

    Kalau dah tahu peria tu pahit
    Sebelum beli harus bertanya
    Koyak baju senang dijahit
    Koyak amanah mahkamah tempatnya..




    BalasPadam
  6. Nyata Najib ada peranan dalam kenaikan pangkat Hakim Hakim. Seorang Hakim Mahkamh Rayuan yang bersara beberapa bulan yang lalu di laporkan mengata kenaikan pangkat nya ke Mahkamh tertinggi - Mahkamah Federal - di sekat dek Najib.

    Jadi, awasi lah "tangan ghaib" tuh. Merana lah kalau sesiapa berkenaan kena pegang bola nya. Kita mesti riuhkan bila ternampak atau di beri tahu. Saman Tun Mahathir mesti di bicara secepat mungkin dan dengan seadil adil nya.

    BalasPadam
  7. Teringat dlm kes anwar ibrahim dulu bila momok diheret ke mahkamah.... mintak nyawa momok dng peguam ... macsm2 alasan peguam momok berikan.. skg bila kuasa dah pupus terpekik terlolong heret org
    Lain... kah kah.kah... Deklarasi Pembohong pun perlu diheret ke mahkamah lepas nih kerana memghina agong dan raja melayu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah..
      Lu sembang apa ni cai.

      Kahkahkah..
      Anwar dl suka mntk tangguh serupa mcm najis.

      Kahkahkah..
      Momok xkena tuduh pun. So nk goyang tu mustahil lah.

      Kahkahkah..
      Yg menghina agong tu najis la. Buang siapa nk siasat dia, pinda kuasa mngurus MKN kpd beliau drpd agong.

      Kahkahkah..
      Xpyh kona alih tiang gol. Lawan dimahkamah. Jgn tangguh jgn cipta seribu alasan

      Padam
  8. Sampai la ni budak debab ratu nago tak mai saman dan buat laporan pulis.... transkip ratu naga debab dah kuar.... ada transkip "madey dan mukriz kena tipu".....belum jadi PM dan nak jadi PENIPU... ni la bahana kalau bakal PM dari utara... tinggal batu putih je la utk orang melayu...

    BalasPadam
  9. min amin yaAllah amiiin..nohon share tuan Tanah kedaung..

    BalasPadam