1MDB bayar bunga RM2.7
bilion setahun - Husni
KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan strategik 1Malayia Development
Berhad (1MDB) membayar bunga berjumlah RM2.7 bilion setahun kepada
bank untuk melunaskan hutang berjumlah RM42 bilion yang terkumpul
sejak enam tahun lalu, menurut Kementerian Kewangan hari ini.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata
sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sepang Mohamed
Hanipa Maidin di Dewan Rakyat hari ini.
“Jika jumlah hutang tersebut adalah RM42 bilion, jumlah bunga adalah
RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun,” katanya.
Hanipa mengemukakan soalan mengenai jumlah bunga yang perlu
dibayar oleh 1MDB sebulan untuk melunaskan hutang yang ditanggung
syarikat pelaburan strategik itu.
Itu tahun lepas..! nilai ringgit yang berbeza..!
jumlah hutang yang berbeza..! Hari ini berapa
pulak bunga nya? itu baru bunga? bila nak
langsai hutangnya???
Ditambah pula dengan senario ingkar bon
yang telah berlaku, berapa pula tuntutan kepada
pihak kerajaan..! kerajaan bayar pakai duit siapa?
duit Jolo???
IPIC bayar faedah selepas 1MDB
ingkar lagi
Syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC) milik
Abu Dhabi hari ini berkata bahawa mereka telah
membayar faedah sebanyak AS$52.4 juta bagi bon yang
matang yang dijaminnya selepas firma pelaburan negara,
1MDB ingkar lagi hari ini.
IPIC berkata ini kali ketiga kemungkiran oleh 1MDB.
Menurut syarikat Abu Dhabi itu, mereka ini akan
memperhebatkan tuntutan bayaran itu kepada 1MDB
dan kerajaan Malaysia sebagai bayaran pampasan.
Katanya, 1MDB kini berhutang AS$1.2 bilion dengan
tambahan faedah terkumpul.
1MDB mempertikaikan tanggungjawabnya kepada
IPIC mengikut perjanjian penyusunan semula hutang
yang melibatkan syarikat itu Jun lalu.
Macam ni punya rosak pun masih ada yang
kata suci murni..! Macam ni punya jahanam
pun masih ada yang membelanya..!
Kenapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Sampai bila rakyat Malaysia nak menanggung 'biawak hidup' (1MDB) ni?
BalasPadamPemimpin jenis tak tahu malu dan tak boleh diharap, masih tak malu walaupun dah terang-terangan 1MDB ni adalah kerosakkan kepada negara ni.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Sori macai abuya Rakyat dah tak nak tanggung macai khairuddin bailout itu suka bailout, buat masa sekarang 1mbd belum lagi bailout lagi seperti tun m lakukan bailout 150billon itu lepas itu tun m minta lagi bailout untuk proton Dan syarikat khairuddin itu he.he.he, najib tak berminat layan karinah tun m itu
PadamTanpa Nama12 Mei 2016 11:57 PG, apa yang kamu merepek ni, Datuk Seri Khairuddin bailout apa pula?
PadamDalam isu bon 1MDB itu, kerajaan berhadapan dengan tuntutan berjumlah USD 6 bilion, kalau tukar dengan nilai wang Malaysia sekarang ni USD 1.00 bersamaan RM 4.00, maka kerajaan perlu menanggung lebih kurang RM 24 bilion jika para pemegang bon itu mahukan penjelasan awal kerana tidak yakin dengan 1MDB.
Maka sedarlah diri, tak payah merepek tak tentu hala.
Proton sendiri pun dari segi cukai sahaja bayar kepada kerajaan sebanyak RM 24 bilion walaupun kerajaan beri kepada Proton hanya RM 14 bilion sahaja, tapi 1MDB satu sen pun tak dapat kepada kerajaan, tapi kena tanggung hutang 1MDB sebanyak RM 24 bilion pula.
Tak payahlah nak bandingkan 1MDB dengan Proton, tak sesuai sangat, Proton berdaya maju, cukai saja pun beri kepada kerajaan sampai RM 24 juta, itu tak termasuk untung yang diberikan kepada kerajaan.
1MDB ni apa satu pun tak beri kepada kerajaan, lepas tu menyebabkan kerajaan perlu tanggung hutang berpuluh bilion ringgit pula.
Blah la kalau nak merapu tak tentu hala.
Tengok bahasa kau pun tak macam bahasa orang Melayu, tunggang langgang, itu pun mau masuk campur urusan UMNO lagi, pergi tengok itu MCA sama itu Gelakan atu itu MIC la, itu parti sudah mau mampus o, sana pelegi tengok la.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Selamat kembali Bro. Lama tak nampak...
PadamMasih menunggu Othman...
Rehat sementara sambil memerhati apa yang Najib dan kuncu-kuncu lakukan.
PadamApa yang dapat dibuat kesimpulan adalah keadaan negara sudah parah, Najib perlu diturunkan segera, kerana apa yang saya tengok keadaan ekonomi negara kita makin teruk, krisis 1MDB menyebabkan krisis ekonomi, ramai pelabur dah lari, kerajaan hilang cukai korporat berbilion ringgit setiap tahun, berpuluh ribu pekerja sudah dibuang, dan lebih kurang 60,000 ribu pekerja lagi menunggung masa untuk dibuang pada tahun ini.
Para peniaga makin sesak nafas, para pengilang makin lelah, kos operasi makin meningkat, hasil jualan makin merudum, kalau yang ada cawangan tu dah tutup sebahagian cawangan sebab nak kurangkan kos operasi, kalau yang berniaga tanpa cawangan tu, terus tutup kedai, tak mampu nak tangani kenaikan kos operasi.
Malaysia akan jadi seperti sebelum merdeka, akan menjadi negara pengimport, ramai rakyat akan menjadi miskin kerana hilang kerja, hilang peluang niaga, para pemimpin akan jadi seperti para bangsawan yang hidup atas dasar menjadi pemimpin yang mempergunakan harta negara.
Selamatkan Malaysia, tandatanganilah Deklarasi Rakyat, pertahankan negara kita, pertahankan hak kita sebagai rakyat, kalau bukan kita yang pertahankan negara dan pertahankan diri kita sendiri, jangan haraplah ada pihak lain yang nak pedulikan kita.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
14bilion apa Cai tak itu tak faham apa dia cukai kereta Dan cukai sst pada kereta, 14billion itu cukai di banyak oleh pelangan protun bukan hasil cukai keuntungan protun itu Cai ,baru laku sikit dah nak beli itu ini beli kilang kedua beli agustar Dan beli lotas itu, Cuba cerita aku cukai keutung proton 14billon ke Cai tak payah tipu aku ini, proton telah melakukan kesilapan bila dia beli Biawak hidup agustar itu ketika kowangan tak mencukup untuk tanggun hutang, serupa 1mbd najib terpaksa beli biawak hidup llp tun m sebab kerajaan tak nak tangung hutang kroni tun m itu, apa kita kesal Jika llp menipu di jual pada siapa nak beli, Lupa bumiputera tangung hutang sebab tun m itu Dan bailout 17billon.
PadamTanpa Nama12 Mei 2016 2:22 PTG, kalau tak percaya sila suruh kerajaan buat kenyataan rasmilah pasal hal ini.
PadamKalau pembelian MV Augusta itu kerugian, pasal apa Harley Davidson sanggup beli MV Augusta daripada Givi Spa dengan harga Euro 70 juta sedangkan kerajaan Pak Lah jual MV Augusta kepada MV Augusta pada harga Euro 1.00 sahaja?
Lagi satu kebodohan adalah tuduh 1MDB beli IPP kerana kerajaan tak nak tanggung hutang kroni Tun Dr. Mahathir konon, sedarlah yang kontrak IPP tu dah nak tamat masa 1MDB beli IPP tu, kalau 1MDB tak beli IPP itu pun, TNB akan dapat beli IPP itu dengan harga yang lebih murah dari yang 1MDB beli, pembelian IPP dengan harga mahal tak ada kena mengena dengan Tun Dr. Mahathir, ia adalah kebodohan 1MDB sahajalah.
Cybertrooper Najib ni berlagak macam pandai, tapi bengong tak tentu hala, itulah kesimpulan yang saya dapati dari komen Tanpa Nama12 Mei 2016 2:22 PTG ini.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Abu ya jawab kenapa harley Davidson jual agustar pada ducati sila jawab ia kami mahu tahu he.he.he
PadamSyarikat agustar itu bermasalah sukar betulkan
http://www.asphaltandrubber.com/popular/harley-davidson-sells-mv-agusta-castiglioni/
Huihhh... Soalan berat giler nih. Kalau dia boleh jawab aku rasa boleh diangkat jadi boss mat maslan...
PadamKamon abuya... Tunjukkan kebijaksanaan kamu!!!
QalamQabut 'Abuya kawan hampa juga he.he.he
PadamHahaha... Sori Abu Bakar... Tu la lama sangat hilangkan diri sampai terlupa nama memba.
PadamAdoihhh... macam mana nak buat ni??? Tak gentleman la kalau aku nak padam komen aku tu...
Tapi bagi hangpa FANATIKUN NAJIBUN memang no plobrem. Always Anon sampai mampoih. Kalau dok boh nick sahih dua tiga hari kena tukaq, dok kena sumbu sampai hitam juboq2.
Hmmm... kira2 nek tempoyak tu orait jugak nuuu... Berani dalam kebodohan. Kena tabik jugak dekat dia... Yang lain ni memang teloq kesit!
Tanpa Nama12 Mei 2016 3:43 PTG, kalau Ducati sanggup beli, maka apa masalahnya? Kalau dah teruk sangat, siapa nak beli?
PadamMacam 1MDB sekarang ni, SRC International dah diserahkan kepada Kementerian Kewangan, pasal apa? Apa dah jadi dengan wang RM 4 bilion yang dipinjam oleh SRC International dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan Diperbadankan (KWAP)? Mana perginya wang itu?
SRC International pernah bayar ke kepada KWAP wang yang dipinjamkan itu? Sekarang ni sebab SRC International dah diambil alih oleh Kementerian Kewangan, maka harta negara, wang cukai rakyat, wang pembangunan untuk rakyat akan digunakan untuk bayar kepada KWAP jika SRC International gagal bayar hutang itu.
Malahan sekarang ni pun Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal dah larikan diri bersama seorang pengarah SRC International iaitu Suboh Mat Yasin, maka macam mana SRC International menjalankan operasinya jika ketua pegawai eksekutifnya sudah hampir setahun menghilangkan diri?
Siapa yang buat keputusan bagi pihak SRC International dalam tempoh berkenaan?
Apa dah jadi dengan bisnes arang batu SRC International di Mongolia tu?
Dalam isu MV Agusta, sebenarnya Proton beli MV Augusta supaya dapat menghasilkan enjin kereta menggunakan teknologi enjin mosikal untuk kereta kecil, tapi Pak Lah menghancurkan segala usaha pembangunan itu.
Sekarang ni syarikat kereta di India, Tata dah dapat hasilkan Tata Nano, kenderaan kecil yang dijual pada harga USD 1,500.00, kalau duit Malaysia lebih kurang dalam RM 6,000.00 sebuah, dengan harga yang murah sebegini, kenderaan seperti itu boleh masuk pasaran negara-negara membangun dan negara-negara miskin berdasarkan pendapatan mereka.
Inilah impian Proton dan Tun Dr. Mahathir, tapi dilingkupkan oleh Pak Lah, dan tengoklah akhirnya Tata di India yang berjaya pula.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Abu ya faham tak pasal otomotif ,tahu Tak 'Tata kerjasama daihatsu untuk bina model nano itu, Tata tak keluarkan kereta dua lejang Dan empat lejang hanya motor pakai dua Dan empat lejang ada faham tak, kau buta kena tipu tun m itu padan orang proton bodohkan tun m beli agustar ketika kowangan proton tak berapa baik, kau lupa ke Harley Davidson punya hebat pun terpaksa jual agustar itu Tak sangup tangung biawak hidup agustar itu, kau tahu tak ,sebab apa ducati beli agustar itu sebab arahan kerajaan itali supaya selamat perkerja agustar itu, CEO ducati penah berkerja di agustar itu,
PadamTata dia beli beli syrikat kereta landrover Dan Jaguar dia tak beli syrikat motor agustar sebab nya bukan syrikat kereta dia tak tangung biawak hidup ada faham tak 'Abuya
Oooo... 'orang proton bodohkan tun m beli agustar'
Padam>>> Maknanya tak boleh nak salahkan Tun M le masalah Agusta ni. Dia pun kena klentong dgn orang Proton.
Oooo... 'arahan kerajaan itali supaya selamat perkerja agustar'
>>> Maknanya tak salah jugaklah kerajaan nak tolong Proton, sebab nak tolong pekerja yg keseluruhannya hampir 50,000 termasuk vendor dll. Lebih kurang sama jugak le dgn kerajaan British yg nak beli Tata Steel di UK tu kan? Kira orait le tu...
Sekarang ni kamu tolong citer sikit kat aku hal IPP yg 1MDB jual kat China ni. Aku tak berapa faham. TQ.
QalamQabut tak salah nak tolong proton tapi jangan bebankan kerajaan minta itu ini kalau tak mampu nak beli agustar jangan beli ketika kowangan proton tak berapa baik, beli kemudian kerajaan tangung, masalah agustar motor dia bukan kereta dia tak ada taknologi buat kereta ada faham tak,
PadamLLp buat tun m dulu untuk kroni cina Dan kroni bailout dia,tun m lupa bekas CEO lama tmb cakap dan nasihat tun m buat logi eletik baru dia sebelum krisis eletik yg seminggu tak ada eletik setahun sebelum krisis eletik, tun m buat tak dia sebuk dengan projek bailout dia, bila tak eletik tun m dan anwar kelamkabut panggil apek buat logi eletik terpaksa buat perjanjian berat sebelah itu, lupa elok pun llp di jual daripada kerajaan tangung biawak hidup llp tun m itu.
Ada faham QalamQabut, menang betulkan Tata Steel dibeli kerajaan British sebab nya tolong pekerja kilang besi bakal tutup buat selama, kerajaan British perlu kilang besi untuk pertahaan, pembinaan dia Dan dia selamat perkerja dari buang,
1ndb terkial kial nk bayar hutanng, jo low dan geng penyamunnya bersenang lenang dgn berparti siang malam atas kebodohan bapak penyamun @ piem.
BalasPadamApasal SEMUA BLOG PRO NAJIB takda hebahkan
BalasPadamledakan bom Atom Gabenor Bank Negara ni.....?????
Takut kalah kat PRK Sg.Besara dan Kula Kangsar ke....????
Aku rasa dema tak tengok TV3 kot. Meh aku tolong bagi link kepada sesiapa yg termiss Buletin Utama semalam...
Padamhttps://www.youtube.com/watch?v=OFlVV1t7yZ8&feature=youtu.be&a
>> Bank Negara yakin bahawa kerajaan akan melaksanakan tanggungjawab melangsaikan semua hutangnya.
Itu ulasan Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim apabila ditanya mengenai pembayaran kupon bagi bon bernilai 1.75 bilion Dolar Amerika oleh One Malaysia Development, 1MDB hari ini.
Terdahulu, Datuk Muhammad melancarkan Forum Kewangan Islam Global.
1MDB perlu membuat bayaran faedah sebanyak 52.4 juta Dolar Amerika bagi peringkat kedua bon yang diterbitkan bernilai 1.75 bilion Dolar Amerika menjelang jam lima petang waktu London hari ini.
Bon itu diterbitkan oleh 1MDB Energy Limited, yang mana hasilnya adalah untuk pembelian aset kuasa.
<<
Biar aku tambah sikit berita menggembirakan buat penyokong Najib. Juga dari Buletin Utama semalam...
Padamhttps://www.youtube.com/watch?v=-jqz3ts32Ls&feature=youtu.be&a
Dana RM2.6 billion adalah sumbangan politik oleh Kerajaan Arab Saudi dan tidak menyalahi undang-undang di negara ini.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, ketika beliau ingin memperkenalkan kod sumbangan dana politik di Parlimen, ia ditolak pihak pembangkang.
Saja aku nak tambah satu lagi berita baik utk penyokong Najib, sumber dari Buletin Utama TV3 semalam jugak. Aku masukkan ketiga2 berita ni semalam tapi kot ada yg miss...
Padamhttps://www.youtube.com/watch?v=UILjJPBR_58&feature=youtu.be&a
>> Menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, krisis yang dihadapi parti oleh kepemimpinan sebelum ini dilihat lebih serius berbanding situasi terkini yang dihadapi UMNO.
Cuma disebabkan wujudnya media sosial, tahap "kebisingan" lebih tinggi, apabila beliau berdepan tohmahan pihak tertentu yang melempar fitnah dan bukannya kebenaran. <<
Sebenarnya bukan media sosial saja yg menyebabkan 'beliau berdepan tohmahan pihak tertentu yang melempar fitnah dan bukannya kebenaran', tetapi Astro Awani 7.45 pun menyebarkan fitnah. Tengok saja klip ni...
https://www.youtube.com/watch?v=cBm_9xfmVNE
Apa kejadahnya Astro cakap hal2 berkaitan 'KELUARGA PENDERMA' Tok Arab tu sedangkan hakikat sebenar yg Najib dah bagitau 'dana RM2.6 billion adalah sumbangan politik oleh Kerajaan Arab Saudi'...
team b tun m telah angkat sependa Putin, aku juga ingin tengok macai bercakap hanya berdasarkan tin kosong QalamQabut, kita tengok petang ini 1mbd bayar tak akan bon llp itu kalau aset dia Dah jual pada pihak asing,
PadamKalau 1mbd tak bayar aset llp bon itu sila QalamQabut angkat sependa putih he.he.he, lupa ia Energy Limited telah jual pada pihak berminta jadi yg ambil hutang itu pembeli aset Energy Limited Dan peluar bon itu jadi icip keluarkan bon itu dia kena tangjawab hutang itu , benda senang macam ini itu pun tak tahu ia, sebab pengikut tun m semua senang di bodohkan
Tanpa Nama 12 Mei 2016 2:45 PTG.,
PadamAku kena puji kamu. Macam ni lah baru boleh cakap cai yg pandai. Komen ada isi.
Nanti kita sama2 tunggu. Samada berbayar ke tidak aku harap tak menyusahkan negara dan rakyat Malaysia.
jgn percaya benda2 karut ni....1mdb ditubuhkan untuk kesejahteraan bangsa melayu dan negara
BalasPadamKesejahteraan Bangsa Melayu ka??
PadamYang kenyang kembong perot kan PM BUGIS dan keluarga serta BARUAh2 nya!!!
1mdb ditubuhkan untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah Hippo...Hippo ni klau tak menyoping boleh mampooosss.
BalasPadamLIM GUAN ENG DAN NAJIB SAMA SAJER!!!
BalasPadamTranfomasi lah sangat...lantik orang asing sbg penasihat macam org Malaysia tak ada yg bijak,lepas ni apa lagi nak digadai oleh 1MDB utk langsaikan hutang
BalasPadamTranfomasi lah sangat...lantik orang asing sbg penasihat macam org Malaysia tak ada yg bijak,lepas ni apa lagi nak digadai oleh 1MDB utk langsaikan hutang
BalasPadamTanpa nama 1157 paham tapi kena buat2 tak paham sbb nak pi ambik dedak kena tunjuk wat kerja jugak.
BalasPadamTanpa nama 1157 paham tapi kena buat2 tak paham sbb nak pi ambik dedak kena tunjuk wat kerja jugak.
BalasPadam