Selasa, 24 Mei 2016

HOT Tun M ~ Ikrar Puji Najib Melangit..!


Seronok Najib dengar..!

Dr M ikrar puji 'pemimpin besar' Najib setinggi langit

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terkenal dengan sindiran sinisnya berikrar untuk memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau berada di luar negara.
"Saya akan menjadi contoh dengan memuji Najib dan RM2.6 bilion dalam akaunnya setinggi langit apabila di luar negara.
"Sebarang ucapan saya di luar negara dan ketika menjawap soalan dalam mana-mana temu bual dengan media asing akan mengketengahkan penangkapan demokratiknya dan penahanan rakyat...
"Saya tidak akan berhenti daripada bercakap tentang sumbangan besar Najib kepada Islam sehingga orang Arab memberinya AS$681 juta.
"Juga tentang kebebasan bersuara perwakilan Umno suapaya tidak bercakap mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun pemimpin besar mereka," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya.
Mahathir berkata demikian sebagai mengulas pendirian Putrajaya bahawa pasport adalah satu keistimewaan dan mereka yang membidas kerajaan boleh dihalang daripada ke luar negara.
Ini adalah sebagai respons ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah yang dihalang ke Korea Selatan untuk menerima anugerah.
Meneruskan bidasanya, Dr Mahathir berkata perlembagaan Malaysia, selain menyatakan bahawa pasport adalah satu keistimewaan, juga menetapkan bahawa dokumen perjalanan itu sekarang  akan dirampas jika seseorang itu gagal untuk memuji perdana menteri.
"Apabila saya di luar negara saya akan mempertahankan Najib dan kerajaan demokratik beliau. Saya memberi kata-kata bahawa saya akan berbuat demikian.
"Tiga sorakan untuk 1MDB dan wang di dalam poket Perdana Menteri," katanya.
Mahathir berkata, negara ini akan bertukar menjadi penjara besar bagi mereka yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri kepada media asing apabila berada di luar negara.
Dahsyat penangan derma dan 1MDB..!
Makin betul cerita Raja Bogel tu kan..! 
Rosak dah pemimpin negara ni..!
Siapa dan kenapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Hahaha, Tun puji Najib hingga ke langit. Aritu dia kata Najib bukan main tinggi kedudukan nya hingga melebihi langit - sampai ke planet Maret.

    Najib dah lama rosak. Mula dengan dia pegang pendirian "Cash Is King". Itu pasai orang kata emak dia cakap Najib should not be PM.

    Sampai adik adik dia semua marah bila PMO keluarkan kenyataan mengatakan ada "legacy of wealth" bagi menjawab kutukan anak tiri dia alih alih jadi kaya. Kalau lah Tun Razak tahu Najib begini, tak senang ruh dia.

    Sekarang dah bukan main takut dan meluap pendirian gomen dia tak mahukan nama Najib di busukkan lagi di luar negara sampai sekat hak rakyat keluar negara. Pada hal nama dia dah busuk tak terhingga sejak SR, WSJ, NYT dll laporkan pengsonglapan berbilion Ringgit wang yang dia buat.

    BalasPadam
  2. "kebebasan bersuara perwakilan Umno .. tidak bercakap mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion"?

    50 cawangan UMNO di Kedah dah tak sokong Najib. Banyak juga jumlah nya di NS, Melaka dan Johor.

    Tentu mereka tak habis habis kutuk Najib pasal 1MDB dan RM2.6 bilion
    (Ada orang kata jumlah semua nya yang masuk ekaun Najib ialah RM4.2 bilion, dari 5 punca berlainan.)

    Dulu Ketua2 Bahagian, MT, Pemuda dan Wanita UMNO dah bangkang Najib bila dia buat keputusan buang Akta Hasutan. Tak jadi buang. Harap mereka buat gitu lagi sekarang dan gantikan Najib. Kalau tak, jahanam UMNO dan kepentingan Melayu di PRU14.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu bangkang najip nak buang akta hasutan pasal dedak xturun...itu yg nasib baiknya kita...

      Padam
  3. Segak Tun tuh dalam unifom... Kalau lah dia Armed Forces Chief sekarang.

    BalasPadam
  4. Kita tk perlu akn pujian tun m.Selama 22 thn memerintah tun m telah menerapkan taktikal politik kebinatangan bagi tujuan mematahkan saingan pihak lawan.Jadi kita fahamlah akan maksud pujian tun m kpd pm Najib.Dan jauh sekali saya rasa pm Najib mengimpikan pujian dari menteri mentor tersebut cukuplah dgn urusan negara yg masih berjalan lancar walaupun terdapat usaha dari rakyat negara yg cuba mensabotaj dari luaran.Syukur alhamdulillah walaupun terdapat usaha jahat tersebut pelabur asing tidak terpengaruh dan terus membuat pelaburan.Data sukuan 2016 yg dikeluarkan oleh mida menunjukkan telah mengatasi daripada sukuan 2015 dn mida optimis pelaburan asing akn terus meningkat bg sukuan seterusnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. politik kebinatangan? Bukan kah itu politik si Ah Jib Gor? Songlap beribu juta Ringgit, bikin 1MDB terhutang RM50 bilion yang akhir nya rakyat kena tanggung, dahtu guna macam macam cara tak mahu rakyat komplen dan hebohkan?

      Binatang yang berhentikan Gani Pattail dari jawatan Peguam ngara dengan serta merta tanpa alasan yang munasabah. Binatang yang lantik Pandi yang tak lama kemudian kata Ah Jib tak bersalah songlap wang dll.

      Binatang yang keluarkan "tangan ghaib (hidden hands)" menukarkan tempat kerja Pegawai2 tinggi SPRM dan PDRM yang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion masuk ekaun peribadi si binatang.

      Padam
    2. kalau dah nyayuk..kalau dh sngap menjilat..22 tahun dok menjilat..habaq org dedak..elokla tu..pjilat akan terus mnjilat walaupon pencen..jilat boboi sampai botak

      Padam
    3. Hang cakap apa, Mamat 941 PG? Hangpa yang menjilat, bukan Tun. Hangpa jilat Jibo. Itu pun hangpa dapat dedak saja.

      Kesian hangpa beras pun tak di kasi. Ha nya kulit padi. Melukut di tepi gantang pun hangpa tak dapat. Jibo dapat RM2.6 bilion. Kesian hangpa.

      Padam
    4. SetanManusiaBuster24 Mei 2016 pada 10:33 PG

      sampai skrg meroyan pasal 2.6b lagi ke? kuat betul penangan "SETAN YANG PALING SENANG DIKENALI - SETAN MANUSIA".

      Padam
    5. Bodoh le kamu tak tahu RM2.6 bilion dan 1MDB masih hangat. Hingga heboh di luar negara. Malu ye, korang Projibo?

      Padam
  5. Najib JUAL ASSET PETRONAS KEPADA RUSSIA!!!!!!
    Adakah asset itu PETRONAS TWIN TOWER yang Tun Det bina....???
    Atau semua perigi minyak di Terengganu, Sabah dan Serawak....???
    Mari nyanyi lagu UMNO:

    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang
    Nenek moyang kaya-raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa sesamalah kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Peribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    Tertutuplah hati terkunci mati
    Maruah peribadi dah hilang
    TIADA APA YANG TINGGAL LAGI,
    TERMASUK HARGA DIRI,
    SEMUANYA PENGANGAN 1MDB,
    MENYONGLAP DUIT SECARA CURI

    BalasPadam
  6. Jgn lupa puji rosmah sekali, rosmah cun....langsing, mcm ziana zain, pandai menyanyi menari,rambut hitam lebat, leher tegang, pipi gebus...dll.

    BalasPadam