Isnin, 23 Mei 2016

Dokumen Apa..?


Dokumen apa pulak ni..! Rakyat dan dunia ni kan bodo..! semuanya dungu menerima apa jua cerita tahyul dan karut marut yang didendangkan..! apa la..!

Mana dokumen Bank Negara, soal Lim kepada Najib

Pemimpin DAP Lim Kit Siang menimbulkan keraguan terhadap pendedahan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohd Puad Zarkashi bahawa perdana menteri mendapat lampu hijau daripada Bank Negara untuk menerima derma RM2.6 bilion pada tahun 2013.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu bertanya mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara itu sendiri.
"Jika Najib mempunyai dokumen Bank Negara yang meluluskan deposit sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, mengapa Najib tidak dapat menunjukkannya dalam tempoh 11 bulan lalu sejak laporan Wall Street Journal?
"Jika RM2.6 bilion sumbangan itu datang dari Raja Arab, mengapa tidak boleh dia mengeluarkan dokumen untuk membuktikannya?
"Bolehkah Najib menghasilkan dokumen-dokumen ini sekarang?," Soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Puad memberitahu pelajar Malaysia di Canberra Jumaat lalu bahawa pemimpin Umno itu telah bertemu Najib untuk bertanya tentang sumbangan itu.
"Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat RM2.6 bilion. Dia kata betul.
"Beliau tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.
"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di Bank Negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal," kata Puad.
Beliau menambah bahawa Najib memberitahu mereka bahawa wang itu datang daripada Raja Arab dan bukan 1MDB.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam isu derma sebanyak RM2.6 bilion itu, dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkannya daripada sebarang salah laku jenayah.
Angguk ajer la..! Apa pasal pulak Kit nak bantah Ketua Pengarah JASA yang bakal membawa kemenangan besar BN dalam PRU ke 14 yang akan datang..! Dengan berbekalkan cedera dan luka parah dalam kekalahan semasa PRU13 yang lalu di Batu Pahat tentu KP JASA ni mempunyai strategi ampuh untuk memenangkan diri dan semua kerusi BN yang kalah dalam PRU yang lalu..!
Mungkin baginya strategi merapek@merepek ini pasti akan menyebabkan BN diterima ramai dan bakal meraih sokongan rakyat..!
Kalau dah bebal...bebal jugak ler..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

17 ulasan:

  1. Aduhai..nk buat drama apa pulak si puad nii...muhyiddin kena buang..mukriz pun sama..kalau mohd najib terus terang takde lah muhyiddin dibuang..nii semua wayang saja...lingkuplah ko jib...ProOO00ootTt

    BalasPadam
  2. "Sebelum aku kena pecat oleh najib,...baik aku cakap sesuatu macam pelacur nazri tu"

    - puad zakarshi berkata dalam hati dia...

    BalasPadam
  3. Baru sekarang aku sedor ngapa Putra Merdeka pakai gambar di atas tu selalu. Rupa rupa nya nak nunjukkan tipu helah macam si Najib buat - di dada tulis TEGUH, tapi muka berkerut menangis sebab kaki terseliuh. Mana teguh nya macam tu.

    Najib dan kuncu kuncu nya mcm Puad tak habis habis nak kelentong rakyat. Aku dulu tak setuju langsong dgn Kit Siang DAP tu. Tapi sebab nakkan Ah Jib Gor di ganti cepat sabelom PRU14, aku sokong apa dia kata. Macam Tun Dr mahathir juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku jugak mahukan Najib di ganti cepat.

      Aku sokong pendapat yang kata biarkan Najib runding dengan pihak berkenaan supaya dia boleh tinggalkan negara ini, diam di mana negara yang di pilih nya, dengan tak di dakwa di Mahkamah sampai bila bila.

      Padam
  4. Setuju dengan admin, strategi merepek KP Jasa akan menembus kembali kekalahannya..itu kata dia (agaknya)....kata rakyat marhaen... #LuPikirLaSendiri

    BalasPadam
  5. La.....marilah kita ramai2 percaya apa yg puad cakap tu,dia kan doktor? Dulu kan dia dah sumbangankan kemenangan pihak lawan di batu pahat,skrg tiba lah masa nak sumbang kemenangan satu malaysia pulak! Team yg bakal memberi kemenangan ini ada tunku dapur,nazri permit,raman dah out,saleh wak2,mad3.85,saudara azalina,ahmad dah kering,kavies todi dan ramai lagi..
    Kalau dah bangang tu tetap banyak la jugak,walau anda siapa sekali pun. Bangang ni bukan pilih pangkat,tak caya tanya fly kite yg mak bapak dia ajar jadi dungu tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doktor apa si Puad tu? Dapat melalui Internet macam Yap bekas Pengerusi Dong Zong Persatuan Mentadbir Sekolah Cina ke? Atau doktor binatang ke?

      Setuju dgn pendapat Sdr berkenaan si Fly Kite tu. Dia belom masuk sini sebab sakit perut makan dedak banyak sangat.

      Padam
    2. Kalau betul dapat lampu hijau dari BNM pada 2013....tentu la dari awal siang2 hari dulu lagi statement cam ni dah keluar.

      Masa mula2 WSJ pecah lobang nape tak keluar pon citer ni. Masa heboh drama Selasa nak saman WSJ nape tak cakap pon benda niiii??

      Pe la bodohnya dia orang ni dok ingat rakyat ni pon bangang macam dia orang jugak.

      Padam
    3. 1253 lu salah lah bro. Fly kite belum masuk bukan sebab sakit perut makan dedak tapi belum dapat dedak. Setiap kali masuk dapat dedak. Yg lepas belum dapat lagi sebab tu belum masuk. Once dapat ja dedak tu dia akan muncul terus. Shazem...

      Padam
  6. abis laaa puad

    kena fired laaa lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana tak abis dia tu. Abis dari segi majoriti rakyat dah tak caya dia lagi. Cakap mengarut. Membohong, menipu, ikut bos dia.

      Mana ada Bank Negara benarkan RM2.6 bilion masuk ke ekaun peribadi, walau pun Najib yang PM.

      Wang berbilion masuk keluar negara ada kesan nya keatas kestabilan ekonomi negara.

      Padam
  7. Kalau tak salah, mengapa Puad kata "dia (Najib) sebut mungkin ada pegawai di Bank Negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal"?

    Kalau tak alah, apa Najib nak kisah "bocor" ke SR atau WSJ?

    BalasPadam
  8. Kalau tak salah, mengapa Puad kata "dia (Najib) sebut mungkin ada pegawai di Bank Negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal"?

    Kalau tak alah, apa Najib nak kisah "bocor" ke SR atau WSJ?

    BalasPadam
  9. Assalam Bro,Bohong selagi boleh bohong dan tipu selagi boleh tipu.Allah Yang Maha Mengetahui.....Semoga Najib cepat dinyahkan.....

    BalasPadam
  10. http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/tak-habis-habis-madey-kencing.html?m=1

    madey and protun .... better go fly kite

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bengong.

      Apa hal nak cerita org tua dah pencen lagi.

      Rakyat nak terajang Najib n the Geng Sapu Tabung sekarang ni, bukannya Tun M.

      Ko berkokoklah pasal Tun M sejak dari dlm perut, itu dah jadi sejarah beb..

      Kita hidup, gerak ke depan, bukan gostan, bak kata Sudin...

      Padam
  11. he he he....mr fly kite.....how's your a-hole? i would say, u and your 681 pie em have the same dick brain, or better...shit brain.....we r talking 'bout the documents on the 2.61b shits fall from the sky.....and your shit brain pie em talking 'bout something else....just like his dick head macai.....YOU.......we r talking 'bout ajib shitting in his pants, u talk 'bout something else......my guess u n him are similar if not the same......dude with brain the size of nuts.....shove up in the asses.....

    dude.....better whack your balls than fly your kite......at least you get a happy ending.......ha ha ha.......

    -anti jubur-

    BalasPadam