Isnin, 28 April 2014

Cina Ni Ingatkan Musuh Jangan Dibawa Berselimut..!


Layan…


Bercakap tentang harimau, menjadikan saya teringat sifat-sifat binatang Zodiak Cina ini, antara yang amat dibanggakan, termasuk naga. Ramai beranggapan, apabila ibu harimau telah pergi, anak-anak harimau akan bertempiaran, mencari tempat berpaut dan mungkin  tidak akan mengaum lagi. Ternyata, sangkaan itu salah. 

Anak-anak harimau yang ditinggalkan, semakin cepat dewasa. Malah, taringnya semakin tajam dan panjang. Ngaumannya semakin kuat. Serangannya, malah lebih dahsyat dari dahulu. Langsung tidak takut kepada rakan sezodiaknya iaitu naga yang selalu dikaitkan dengan keturunan raja. Dalam kes ini saya merujuk kepada orang Melayu.

Kita ingatkan bila anak harimau kehilangan ibu, ia akan menjadi jinak. Rupanya tidak. Malah, sentiasa menunggu peluang membaham mangsanya, termasuk naga. 

Inilah realiti politik di Malaysia. Nasib Melayu di bumi Melayu. Musuh menjadi kawan, meskipun dia tahu musuh itu berniat jahat. Kawan yang sepatutnya menjadi kawan terus dilawan, walaupun dia tahu kawan tersebut boleh dibelai dan seterusnya dikawani, agar menjadi akrab. Lebih menakutkan lagi, kita sanggup menjadikan musuh kawan untuk melawan kawan. 

Persoalannya, sampai bila mahu berpolitik bodoh seperti ini? Menunggu kawan jatuh, kemudian bersama-sama musuh menghenyak dan menghentak kawan sehingga tidak boleh bangun lagi. Saya tidak nafikan kawan ini perlu ditegur dan perlu diberikan pengajaran. Tetapi janganlah sampai sanggup membunuh kawan, kerana kita tetap seagama. Kawan masih positif dengan hudud.

Berbanding dengan harimau yang langsung tidak berubah pendirian terhadap hudud. Bukan itu sahaja, apa jua yang perkara untuk mendaulatkan Islam, harimau tidak pernah bersetuju. Negara ini mesti kekal sekular. Peliknya kenapa kita masih tidak kenal musuh ini? Kita terus bersangka baik, sedangkan mereka sentiasa bersangka buruk terhadap kita (hudud).

Amat dangkal sekiranya kita berkata, harimau hanya menentang hudud kerana perlaksanaannya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, ibu harimau dan kuncu-kuncunya begitu kuat menentang semua perkara berkaitan dengan Islam. 

Misalnya, kedudukan mahkamah syariah, pengislaman anak-anak di bawah umur, menggalakkan seks bebas dengan menyokong tindakan Comango dan banyak lagi. 

Rakan sebantal harimau, berkata mereka hendak mengkaji dahulu hudud PAS. Apa yang perlu dikaji? Nampak sangat mereka tidak percaya kepada PAS. Tidakkah mereka sedar, di dalam PAS penuh dengan ulamak. Sedangkan dalam pakatan ini penuh dengan bekas ahli UMNO dan golongan sosialis sekularis yang sentiasa menunggu peluang untuk menjadi menteri jika berjaya menguasai Putrajaya?

Saya bukanlah pakar dalam bidang perundangan Islam, tetapi saya serahkan perkara ini kepada yang pakar. Sama ada hudud berjaya atau tidak, biar Allah yang menentukan. Apa yang penting kita bersangka baik dahulu. Ini tidak, belum apa-apa lagi sudah bersangka buruk

Ketika kita memilih sistem demokrasi dahulu, kenapa kita tidak bersangka buruk? Kenapa kita menerima bulat-bulat? Adakah demokrasi lebih baik daripada Islam? 

Baik atau buruk, kita yang menilai. Apakah kita tidak sedar bahawa sistem demokrasi telah menghancurkan tamadun manusia? Manusia sudah tidak berakhlak seperti manusia, tetapi sudah menjadi seperti haiwan kerana mahukan kebebasan melampau. 

Atas nama demokrasi, mereka mahukan kita menghalalkan seks bebas, hubungan sesama jantina dan sebagainya. Kenapa kita masih memilih demokrasi? Kenapa jika ada satu sistem yang agak berbeza, yang menjadi alternatif dan mahu menyelamatkan manusia, kita begitu beriya-iya menentang?

Saya menyarankan orang Melayu agar mengambil iktibar daripada harimau yang menjadi kepercayaan orang Cina. Harimau merupakan haiwan yang dikenali sebagai berani, garang dan ditakuti. Harimau mewakili simbol sifat dan tenaga kewanitaan Yin, yang berlawanan dengan semangat simbol kejantanan Yang iaitu naga. 

Orang Cina beranggapan bahawa naga merupakan simbol Diraja, manakala harimau adalah simbol ketenteraan yang tertinggi mewakili semangat tidak gentar dan kejayaan. Kekuatan dan kehebatan harimau banyak mempengaruhi gerakan-gerakan dalam ilmu kungfu.

Masyarakat Cina suka kepada harimau kerana personaliti yang licik. Harimau suka berterus-terang, tidak dapat dijangka dan menarik, pandai di dalam menyusun strategi dan taktik. Selalunya mempunyai agenda tersembunyi. Penuh dengan syak wasangka. 

Pada masa sama, harimau juga mempunyai jiwa yang penakut dan mudah panik. Ada kepercayaan bahawa harimau sebenarnya sangat menghindari manusia yang berani dan tegas seperti naga. 

Bagi harimau, bertemu atau melihat manusia adalah suatu kesialan. Dengan bertemu dengan manusia, harimau-harimau itu akan bernasib sial. Selama berminggu-minggu ia akan kesulitan mendapatkan mangsa untuk makan. Maka, harimau yang panik itu akan memangsa manusia, agar kesialannya hilang.

Manusia itu adalah kita yang beragama Islam, yang tidak mustahil dianggap sial. Apakah kita masih terus mahu bersangka baik dan terus menjadi musuh itu kawan untuk melawan kawan? Sedarlah wahai umatku! Bangunlah dari tidurmu sebelum terlambat.  
Posted by 
LU Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan