Isnin, 28 April 2014

Kenapa Hidung Anwar Dan Kit Siang Berdarah..!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) beramah mesra dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) ketika menziarahinya di kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu di Pulau Melaka, Kota Baharu pada Ahad. -Foto BERNAMA


KOTA BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka di sini. 


Nik Abdul Aziz bersama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menyambut ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas solat Asar.

Sementara itu

KOTA BAHARU: Umno bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan sebelum PAS membentangkan usul berhubung rang undang-undang mengenai hukum Islam itu di Parlimen. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa itu akan disertai oleh pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara. 

"Eloklah adakan perbincangan yang diwakili oleh pakar-pakar. Mungkin jawatankuasa teknikal boleh dibentuk dan dianggotai kalangan wakil kerajaan Persekutuan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Kelantan, tokoh-tokoh agama dan jika didapati sesuai dan perlu jemput pakar di peringkat antarabangsa dari negara Islam yang lain.
"Jawatankuasa ini akan perhalusi segala sudut mengenai hudud ini dan bagaimana pelaksanaannya di Malaysia terutama di Kelantan sama ada ia boleh dilaksana atau sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Berprestij Tinggi, di Bahagian Teknologi Pendidikan di sini, hari ini. 

Yang turut hadir ialah isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha. 

Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pagi ini dan Mohd Amar memberikan reaksi positif mengenai cadangan berkenaan.

Muhyiddin berkata hukum hudud itu perlu diperbincangkan secara halus kerana masih ramai yang tidak memahami hudud. 

"Saya fikir ada orang Islam yang masih tidak faham dan ini memerlukan penerangan yang meluas dan mendalam. 
"Orang bukan Islam pun mahu tahu keadaan itu kerana ini sebuah negara yang merdeka dan rakyat lain berhak tahu walaupun dia bukan Islam. 

"Pasal dia takut kesan kepada pelaksanaan itu akan membawa kesan kepada mereka," katanya. 

Beliau berkata jika PAS benar-benar serius mengenai hukum hudud itu, ia perlu dilakukan secara teratur dan tersusun yang akhirnya akan dapat diterima semua pihak.

"Sebab itu kena duduk berbincang dan daripada situ kita akan memperolehi penemuan dan perakuan iaitu situasi sebenar sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.
"PAS hanya ada 21 wakil sahaja di Parlimen dan sebab itu mereka memerlukan sokongan daripada yang lain. Siapa yang mahu sokong...Umno sahaja kah? atau ahli Parlimen Islam yang lain dan sebab itu ia memerlukan penelitian dan pemahaman yang mendalam," katanya. 

Muhyiddin berkata Umno sememangnya mahu bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak yang lain tetapi yang penting adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum ia dibawa ke Parlimen. 

Ketika ditanya adakah Umno akan menyokong PAS dalam perkara itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara. 

"Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara. 

"Ia perlu diperhalusi dan diteliti dan persoalan kerana khuatir akan berbangkit kemudian. Ada perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibawa ke Parlimen," katanya. 

Beliau berkata parti sekutu PAS iaitu DAP tidak perlu mempertikaikan keikhlasan Umno untuk berbincang mengenai hudud itu kerana Umno mempunyai pendirian yang perlu diterima. 

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini. 

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah dipetik sebagai berkata pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan. 

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata kementeriannya akan berusaha untuk meningkatkan kedudukan negara dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang kini berada pada kedudukan ke-52 daripada 65 negara yang mengambil bahagian pada 2012. 

Katanya kementerian sudah mula melatih pelajar-pelajar yang akan menyertai PISA pada tahun ini dan berharap kedudukan itu mampu diperbaiki. 

Beliau berkata antaranya telah memberikan contoh-contoh soalan kepada sekolah yang terpilih untuk mereka membuat persediaan menghadapi PISA itu. 

Alhamdulilah..mudah mudahan ada titik pertemuan umat Islam didalam negara Islam ini InsyaAllah..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Penubuhan jawatankuasa teknikal satu langkah kehadapan dalam melaksanakan hudud.Sekurang2nya kita boleh jadikan kelantan sebagai negeri eksperimen pelaksanaan hudud.Ini bukan semata2 pasal parti lagi,ini pasal Islam

    BalasPadam
  2. Sangat baik cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut.Biarlah hudud dilaksanakan setelah segala perkara besar dan kecil diperhalusi.Jgn tergesa2 sehingga ada ruang "kesilapan" setelah dilaksana kelak.Elok lambat asalkan sempurna.

    BalasPadam