Jumaat, 4 April 2014

MH 370 ~ Pencarian Di Akhir Hayat..!


Mudah mudahan adalah petunjuk..!

KUALA LUMPUR: Dengan hayat bateri kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 tinggal dua hari lagi, pasukan pelbagai negara meneruskan usaha pencarian mereka pada Jumaat di kawasan seluas 217,000 kilometer persegi, yang terletak kira-kira 1,700 kilometer di barat laut Perth, Australia.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada Jumaat menyatakan sebanyak 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan sembilan kapal dikerahkan untuk membantu pencarian pesawat itu.

"Pencarian pada Jumaat memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama. Pesawat pertama akan berlepas ke kawasan pencarian pada 6 pagi Waktu Standard Barat," kata JACC dalam satu kenyataan di sini.

JACC dilancarkan pada 1 April lepas bagi menyelaraskan pencarian pesawat MH370, yang hilang sejak 28 hari lepas, di selatan Lautan Hindi.

Menurut kenyataan itu, sejumlah 26 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat, New South Wales dan Victoria bertugas sebagai pemerhati udara dalam tiga pesawat awam itu.

"Pesawat awam lain akan beroperasi sebagai geganti komunikasi," kata JACC.
Menurut JACC cuaca pada Jumaat dijangka cerah dengan jarak penglihatan kira-kira 10 kilometer dan asas awan antara 1000 dan 2000 kaki.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia pula akan terus meneliti kawasan perairan yang mungkin dimasuki pesawat itu berdasarkan kepada analisis teknikal pelbagai disiplin komunikasi satelit dan prestasi pesawat.

Analisis teknikal itu diperoleh daripada pasukan penyiasatan nahas udara antarabangsa dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia, kata JACC.

Kotak hitam itu antara lainnya mengandungi rakaman suara dan perakam data penerbangan, yang penting bagi menentukan apa berlaku kepada pesawat itu, yang hilang pada 8 Mac lepas. 

Hayat bateri kotak hitam itu ialah 30 hari.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan