Sabtu, 12 April 2014

3 Maut, 10 Parah, 55 Dirawat…!!!


Innalillah…!

3 Maut, 10 parah, 55 lagi dirawat..!


BENTONG: Tiga termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas dan merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di KM11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi.

Mereka yang maut ialah warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31, yang beralamat di kediaman siswa Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur dan isterinya Zarifah Alias, 26, berasal dari Kota Baharu serta Suhaisam Che Abdulla, 33, dari Batang Kali, Selangor. 


Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Afendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89. 

Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee. 


Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.


Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.


"Nahas 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu. 

"Pemandu bas itu dipercayai telah memotong beberapa kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya.

- BERNAMA


Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan