Obama akan melawat negara pada sabtu dan ahad ini..! Kebanyakkan pembesar negara sudah teruja dengan kehadiran Presiden negara Israel kecil tu..! Mstar dalam kenyataannya semalam berkata…
Bersedialah dengan kawalan keselamatan peringkat tertinggi menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama di ibu negara pada Sabtu ini.
Menjadi tradisi apabila pemimpin tertinggi AS itu berada di luar negara, tahap keselamatan sama ada di jalan raya mahupun ruang udara sering dititik-beratkan.
Selain kehadiran polis, beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup dengan 'zon larangan terbang' dikuatkuasakan menjelang ketibaan Obama di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang Sabtu.
Setiap orang mengunci mulut mengenai setiap pergerakan Obama di sini.
Seorang pegawai Kedutaan AS memberikan respons dengan berkata: 'Untuk memberitahu anda, saya perlu membunuh anda."
Perkhidmatan Rahsia AS telah berada di negara ini sejak beberapa bulan lalu, bagi 'melindungi' laluan, hotel dan lokasi yang akan ditujui Obama.
Baca lanjut di sini
The Star pulak melaporkan…
PUTRAJAYA: US President Barack Obama will be knocking on the doors of one of Malaysia’s most iconic landmarks – Masjid Negara – on Sunday.
Baca lanjut di sini
Obama jugak dilaporkan akan melawat Universiti Malaya, isu disini kenapa Obama mahu melawat Masjid Negara? kenapa pulak kapir zionis yang membunuh umat Islam diseluruh dunia ni mahu menziarahi tempat suci umat Islam di Malaysia ni?
Obama boleh dibungkuskan dengan apa pun agar tidak menjolok mata namun persoalannya kenapa mesti Obama dibawa ke Masjid Negara? Apakah ianya atas permintaan Obama sendiri atau atas kerelaan dan semangat liberal kerajaan Malaysia?
APakah tiada soalan dari kerajaan akan kehendak Obama tersebut? apa pulak jawapan Obama? atau apakah idea ini datang dari kita? dari siapa? dari Idris Jalang? dari PEMANDU?
Penasihat agama pun bermadah la bahawa lawatan tersebut akan mendekatkan lagi Obama dan kapir dengan Islam..! keharmonian..! ketemadunan sejagat dan banyak lagi lah istilah untuk menghalalkan tindakan Obama tersebut..!
Soalnya kenapa Obama nak ke Masjid Negara pada hari Ahad? bukan kah Ahad adalah hari bagi kapir pergi ke gereja..! kenapa Obama tak minta ke Gereja? atau Obama mahu membuktikan bahawa Masjid jugak boleh dijadikan tempat persembahan bagi anutan lain untuk melakukan kesesatan? Masjid jugak boleh dijadikan tempat untuk Obama 'berdoa' dengan keyakinan sesatnya..!!!
Situasi didalam negara kini amat berbeza..! segala keterbukaan dan berlapang dada yang kita berikan menyebabkan puak sesat mengambil kesempatan untuk merosakkan bangsa dan akidah kita..!
Baca betul betul tindakan Obama ini..! Tidakkan nanti ianya akan menjadi asas kepada puak Comango, LGBT dan para penyesat penyesat yang lain bahawa melawat masjid jugak merupakan suatu kebiasaan dan kelaziman bagi orang bukan Islam..!
Baca betul betul tindakan Obama ini..! Tidakkan nanti ianya akan menjadi asas kepada puak Comango, LGBT dan para penyesat penyesat yang lain bahawa melawat masjid jugak merupakan suatu kebiasaan dan kelaziman bagi orang bukan Islam..!
Kesan baliknya ialah umat Islam jugak boleh membiasakan hadir dan datang melawat ke pusat pusat kesesatan sembahan kapir pada setiap masa dan ketika..! tidakkah itu yang paderi paderi mereka suka???
Tidakkah ini semua merupakan satu lagi agenda kuat bagi mereka untuk merenggut penggunaan Kalimah Allah dalam urusan kesesatan mereka nanti?
Sejak bila pulak kita memerlukan Obama atau Amerika bapak segala kesesatan dan kezaliman serta paksi segala kejahatan dunia ini untuk memuliakan Islam?
Sejak bila pulak Islam akan dilihat tolerate dan terbuka dengan kehadiran puak penyembelih dan pembunuh umat Islam ini?
Masjid Negara bukan sahaja merupakan tempat ibadah umat Islam, ianya merupakan satu bangunan ikonik yang melambangkan Islam berdiri kukuh dan subur di bumi bertuah Malaysia ini. Islam sebagai agama Persekutuan terpapar didalam pembinaannya apabila antara bangunan terawal dibina selepas negara mencapai kemerdekaan…!
Jangan sampai pipi kita yang tersorong sorong dan terhegeh hegeh bakal mencemar kesucian Islam dengan membuka jalan licik musuh untuk menguatkan hujah mereka terhadap kita kelak.
Kita bukan sahaja membuka ruang mencemar agama malah boleh merosak rukun kemerdekaan negara dan perlembagaannya..!
Musuh tidak pernah tidur untuk merosakkan kita tapi kita la yang selalunya leka dan terlena dengan usapan demi usapan, suapan demi suapan yang hanya seketika tapi mampu membuat kita dan anak cucu merana selama lamanya..!!!
Lu FIkir La Sendiri!!!
Tumpang tanya bila kali terakhir tuan blog ni pergi masjid negara? Masjid Negara hari hari terima kedatangan pelancong bukan Islam...sila pergi Masjid Negara dulu. Harap Maklum.
BalasPadam