Rabu, 16 April 2014

MH370 ~ Malaysia Berhak Atas Kotak Hitam - Menteri..!


Kalau dah begitu katanya..! pertahankan lah apa yang dikatakan hak kita tu..! walaupun kita dikatakan tidak mempunyai kepakaran dalam menilai kotak hitam namun apa jua perkara yang hendak dilakukan keatas kotak hitam tersebut mestilah didalam pengetahuan dan keizinan kita..! 

Kuching – Malaysia tetap mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menjalankan siasatan ke atas pesawat MAS Penerbangan MH370 yang hilang biarpun Australia dibenar menerajui operasi mencari.
Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata ini berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang memberi hak kepada Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat Boeing 777 200ER itu.
Pesawat MAS itu yang sepatutnya ke Beijing pada 8 Mac, mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500km ke barat daya Perth, Australia.
Nancy berkata, “Lokasi ini tidak berada di wilayah mana-mana negara.
“Oleh itu Malaysia sebagai negara pendaftaran MH370 ini dan negara yang bertanggungjawab di bawah Konvensyen Chicago hendaklah dianggap mempunyai bidang kuasa menjalankan siasatan kemalangan udara serta menerajui siasatan ke atasnya”.
“Malaysia hanya meminta Australia untuk menerajui usaha mencari. Ini tidak bermakna Malaysia telah menyerahkan bidang kuasanya (untuk menyiasat insiden) kepada Australia,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.
Kebijaksanaan dan keberanian perlu seiring..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen