Khamis, 24 April 2014

HOT MH370 ~ Kena Tunggu 4 Tahun Lagi..!!!


Hukumnya begitu..! 

KUALA LUMPUR 23 April - Isteri penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang beragama Islam wajib menunggu selama empat tahun untuk mendapatkan kepastian daripada mahkamah mengenai status perkahwinan mereka.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, tempoh itu perlu dipatuhi oleh seseorang wani­ta yang terputus hubungan dengan suami dan tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati dan ditafsir sebagai ‘mafqud’ (suami hilang).

“Insiden MH370 ini perkara yang tidak pasti, kita tidak boleh mengatakan mereka telah mati, maka apa yang dilalui oleh isteri ini adalah mafqud.

“Mereka perlu tunggu empat tahun dan selepas tempoh edah selesai, boleh hidup seperti biasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas perkara itu berikutan kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu menimbulkan beribu persoalan termasuk status perkahwinan isteri-isteri penumpang dan anak kapal itu.

Abdul Rahman berkata, selepas tempoh empat tahun itu isteri boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengesahan kematian suami atau membuat tuntutan fasakh.

Kemudiannya kata beliau, isteri wajib menjalani tempoh edah yang sama dilalui bagi mereka yang kematian suami iaitu selama empat bulan sepuluh hari.

Mafqud merupakan salah satu hasil keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 25 Mac lalu khusus bagi membincangkan mengenai Tragedi MH370.

Muzakarah itu berpandangan mayat-mayat dan bangkai pesawat menghadapi kesukaran untuk ditemui dan kemungkinan penumpangnya untuk hidup adalah tipis maka kes ini dikategorikan sebagai ‘mafqud’.

Bagaimanapun, pihak muzakarah memutuskan bahawa dalam tragedi MH370 itu, keperluan mene­tapkan tempoh ‘mafqud’ adalah terletak kepada pertimbangan majoriti ulama.

Kecuali…masih hidup atau jumpa mayat ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. kalau semata nak buat tuntutan fasakh tanpa nafkah zahir dan batin takyah tunggu 4 tahun antara 3 bulan ke 1 tahun dah boleh,tp kalau untuk mafqud gitula kena 4 tahun ,namun majlis fatwa boleh keluarkan fatwa baru atau mahkamah boleh timbangkan fakta baru..jika kenyataan pakar penyiasat/penerbangan telah buat kesimpulan bla bla..boleh luluskan mafqud sekalipun lum sampai 4 tahun.

    Sivil kena tunggu 7 tahun baru leh preceed penceen dll.

    BalasPadam