Ahad, 13 April 2014

Terlebih Cerdik..!


Ini kes terlebih cerdik ke apa? apakah semua strategi yang mahu dibuat mesti dicanang satu dunia? Kalau pun betul berlaku selepas ini apakah ianya mampu memberikan kesan seperti mana berkesannya RBA DAPig?

Atau adakah ini satu lagi cara oleh mana mana pihak didalam UMNO mahu pun Barisan Nasional mengumpul kekayaan? Sebelum ini kita semua tahu dan mendengar cerita bagaimana ada pihak tertentu didalam UMNO dan BN yang mengaut untung hasil dari menjual nama nama Blogger dan Facebooker..!

Malah Ahmad Maslan sendiri dilaporkan di'mainkan' oleh pegawai yang dikatakan lembap dan slow dalam menyelesaikan pembayaran kepada cyber troops dalam PRU yang lalu? pegawai lembap atau bosnya yang slow? apapun keduanya tidak mendatangkan faedah kepada blogger dan facebooker marhaien yang sejujurnya berjuang atas nama Alif, Ba Ta…! yang lain..! boleh blah..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan hari ini mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA). 

Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

2 ulasan:

  1. Komen ini baru saja aku masukkan dalam satu blog lain. Teringin nak paste kat sini sebab tertarik dengan gambar yang kiut kat atas tu...

    Ha ha ha... Lawak,lawak... Nak buat kerja baik tapi tak tau cerita. Nak kena rekrut samseng pulak nak tolong perjelaskan. Kaki tangan lutut dan siku kerajaan tak tau buat kerja ke? Kerajaan tak mampu nak lawan dakyah pengganas ke?

    Siapa pula yang nak direkrut jadi tentera siber UMNO ni? Yang dok ada pun hidup segan mati tak mau. Tak berkesan dalam PRU yang lepas. Dan tak nampak membantu pun ketika tragedi MH370 ketika ini.

    Hisham sampai nak telanjang dok pulun buat kerja tapi tak ada siapa pun nak tolong support dari belakang. Tak mampu dia nak cover all base sorang diri. Bila satu2 isu takdijelaskan dengan jelas dan terang maka keraguan akan timbul. Bila semakin banyak isu menjadi kelabu, makan ragu dan sangsi menjadi semakin kuat, dan akhirnya Malaysian Authority yang mengendalikan tragedi ini dilabelkan sebagai tidak berkeupayaan, tidak cekap, lembab, tidak telus. Yang buat tuduhan tu bukan saja pembangkang yang bangang tetapi juga masyarakat luar.

    Apa yang UMNO buat? Apa yang rakan kabinet Hisham buat? Nampaknya masih cetek lagi pak menteri kita. Hanya mau jaga periuk nasi masing2 saja, hanya pandai cari publisiti murah saja sementara tahi ayam masih hangat. Lepas itu lantaklah apa nak jadi, hinggalah timbul musim pemilihan.

    Blue Wave Army ni pun aku nampak akan ke arah itu juga, seperti tentera maya UMNO di musim mengundi. Hebat berkempen ketika tahap pelancaran saja, tindakan tidak berkesan langsung. Ini penyakit 'premature ejaculation' yang dihidapi UMNO (dan juga kerajaan Malaysia) yang perlu diubati segera.

    BalasPadam
  2. CADANGAN PERABIH DUIT AJE....DAH TENTU MASUK POKET....BERJUTA2...HILANG CAMTU JE NANTI...

    BalasPadam