Khamis, 3 April 2014

MH 370 ~ Apa Kata Kapten Nik Huzlan..!


Asyik dengar pendapat pakar asing jer..! sedangkan negara kita tak kurang pakar yang mahir dalam perihal pesawat…!

Cuba fahami maksud pakar tempatan ini..!!!

Apa berlaku dalam tempoh 90 saat sebelum transponder MH370 dimatikan? Itulah persoalan yang timbul kerana transkrip komunikasi antara kokpit dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) selepas tengah malam 8 Mac lalu, tidak menunjukkan sebarang keganjilan.

Tempoh komunikasi terakhir dari kokpit pada jam 1:19:29 hingga jam 1.21 pagi apabila transponder MH370 dilaporkan tidak lagi mengeluarkan isyarat, juga terus menjadi misteri.

Bekas Ketua Juruterbang Serantau Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, yang menganalisis transkrip komunikasi itu berpendapat tempoh 90 saat sehingga transponder dimatikan dan pesawat dikatakan berpatah balik adalah kritikal dan misteri.

Beliau yang berkhidmat 30 tahun dengan MAS dan pernah mengendalikan pesawat B777 selama 10 tahun berpendapat, maklumat bila masa sebenar MH370 berpatah balik boleh membantu memberi pencerahan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.


Pesawat MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando

Datuk Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

Andaikata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.

Tetapi Kapten Nik Huzlan ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.

Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara

Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang bolehmengesan MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘iaitu Lautan Hindi, maka barulah kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.



Setelah hampir sebulan MH370 tidak ditemui, dan dengan pendedahan data terbaharu berkenaan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China - telah membawa kita kepada satu tahap kesimpulan yang lebih menyakinkan. 

Dan sekali lagi hipotesis Kapten Nik Huzlan menjadi sandaran. Sebenarnya secara tidak langsung, Kapten Datuk Nik Huzlan telah pun memadamkan segala teori dan hipotesis sebelum Ini! Sudah lebih 3 minggu berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi MH370 yang mengandungi pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. Dan melihat kepada bukti terbaru ini, maka sekali lagi Kapten Datuk Nik Huzlan mengukuhkan hujahnya seperti berikut :



Nampak terang di sini pesawat MH370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah


Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang


Dan ini bermakna pesawat MH370 tidak mengalami sebarang kerosakan seperti yang dipercayai oleh seorang juruterbang berpengalaman.


Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaharu ini dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja.


Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan.
Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat MH370 melakukan pusingan kanan sebaik sahaja co-pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang.


Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, MH370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia.
Jikalau pesawat MH370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu MH370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?


Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti.
Dan, jikalau ada kecemasan sekalipun, mengapa juruterbang atau pembantunya tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?


Bahkan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.


Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014). 

Pesawat MH370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi. Pergi ke Pulau Pinang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi. 

Apa jawapan Kapten Nik Huzlan? Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat MH370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat MH370 ini. 

Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

Kapten Nik Huzlan mengatakan dengan pendedahan bukti terbaru ini bakal menghapuskan teori dan hipotesis yang dicanang selama ini kononnya pesawat MH370 mengalami kerosakan tidak benar.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Ramai dari kita yang apabila menonton filem2 Holywood seperti filem2 super heroes atau filem2 thriller atau filem2 espionage, mereka mengambilnya sebagai hiburan saja sedangkan hakikatnya ialah filem2 Hollywood ini sedang menunjukkan pada dunia bahwa inilah yang sedang berlaku dan akan berlaku. Biasanya skript untuk filem2 ini disediakan oleh mereka yang ada kaitan dengan golongan penyembah Dajal akhir zaman yang disebut sebagai Illuminati malah dalam industri muzik Amerika juga lirik2 lagu disediakan oleh golongan ini. Salah seorang dari bekas President Amerika, saya tak ingat yang mana satu, sama ada George Washington atau Roosevelt pernah mengatakan bahwa "UNTUK SEMBUNYIKAN SESUATU RAHSIA LETAKKAN DITEMPAT UMUM" . Kerana sikap manusiai yang alpa, leka, nampak benda depan mata mu, mereka tak sedar. Akhir2 ini banyak filem2 Hollywood yang menunjukkkan kita apa yang golongan ini mampu lakukan. Filem2 seperti Zombies, Twilight dan banyak lagi fielm2 seperti ini bukan hanya rekaan dan khayalan semata2 tapi dengan Science dan Teknologi yang mereka ada, mereka mampu lakukan semua itu. Allah juga ada sebut dalam AlQuran, tak ingat ayat mana tentang golongan yang sombong dan engkar yang akan mengubah makhluk2 ciptaan Allah.

    BalasPadam