Rabu, 23 April 2014

MH 370 Ditembak Amerika..!!!


Selagi tak jumpa kapal, tak jumpa serpihan, tak jumpa mayat, tak jumpa kotak hitam..! selagi itu lah pelbagai spekulasi akan bertaburan…!

Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya. 

Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: 

"Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut? Dakwanya lagi , tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. 

Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pergunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui. 

Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam. 

Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit). 

Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui. 

Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. 

Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy. 

"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika.

"MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat. Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan. 

Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Sumber - OpedNews/Mirror.

Lu Fikir La Sendiri..!

2 ulasan:

  1. Bah. Pertama:

    Aku rasa artikel terbaru yg. amat BERNAS dan penuh teliti oleh Azri Shukri tentang hubungan makin rapat yg. amat mencurigakan antara China-si-DALANG-DUA-MUKA dan Israel/Amerika , adalah PENTING sekali - yg. mungkin berkaitan rapat dgn. kehilangan MAS kita! Apalagi China juga telah memberikan data satelit yg. palsu di Laut China Selatan tak lama dulu, yg. jelas mengalih perhatian dr. Diego GarCIA, di minggu pertama yg. kritikal. Bahkan aku makin syak saintis-saintis China atas MAS itu mungkin juga terlibat, bersama ejen Mossad/CIA – sedangkan kita ingat mereka yg. jadi sasaran selama ini!

    Dan lihat bagaimana jbtn perisik Russia yg. sedg. memerhati MAS kita ini (kerana penglibatan ejen US dgn. kemungkinan kargo rahsia dlm MAS itu) sebelum insiden kehilangannya, melapurkan tentang saintis China dan Amerika (kononnya dr. “Centers for Disease Control and Prevention”, melawat Diego GarCIA sebanyak 4 penerbangan, sedangkan satu-satunya aiport di Diego GarCIA itu ditutup 3 hari sewaktu MAS hilang (lihat di http://greatgameindia.wordpress.com/2014/03/22/mh370-mystery-suspicious-cargo-destroyed-in-a-massive-explosion-near-1945-nuclear-bomb-test-site/ , MH370 Mystery – Suspicious Cargo Destroyed in a Massive Explosion near 1945 Nuclear Bomb Test Site, ShelleyKasli , March 22, 2014; dan di http://beforeitsnews.com/global-unrest/2014/03/flight-mh370-mystery-diego-garcia-suspended-all-flights-on-march-8th-for-72-hrs-2458394.html, Flight MH370 Mystery. Diego Garcia Suspended All Flights On March 8th for 72 hrs, March 19, 2014).

    Bahkan disamping ada teknologi paling canggih sistem Satellite kat Diego GarCIA itu - pengkalan tentera bawah tanah RAHSIA di Diego GarCIA, adalah disyaki dikongsi US-Britain-Israel-NATO termasuk dgn. senjata NUKLEAR HARAM termasuk dlm Submarine rahsia Israel (lihat artikel bernas wartawan Jepun, Shimatsu di http://beforeitsnews.com/war-and-conflict/2014/03/tel-aviv-airport-malaysian-airliners-and-a-new-world-order-2451422.html , Tel Aviv airport, Malaysian Airliners and a New World Order, March 28, 2014)!

    Akibat insiden MAS ini, dilapurkan China dan Malaysia akan meningkatkan kerjasama ketenteraan termasuk berkongsi maklumat, dan kita makin di‘BLACKMAIL‘ rejim China , kononnya pelancongan China terjejas sedangkan isu PATI China yang beratus ribu di Johor, Sabah-Sarawak dan P.Pinang makin terus dilupakan - disyaki mungkin China akan memaksa K’jaan kita memberi hak istimewa utk. pelancongnya mahupun PATInya ( cthnya boleh masuk tanpa visa akibat indsiden MAS ini serta anak-anak yg. dilahirkan PATI China mungkin boleh dpt. kerakyatan dgn. lebih mudah), serta memaksa kita menerima pelaburan perdagangan yg. lebih meningkat.

    Di samping itu, PENGGANAS Red BeanBANGKAI yg. ganjilnya, sedang asyik berkempen nak halang Kem. Pertahanan guna kapal selam kita sendiri!

    Jadi aku syak Mossad/Israel-CIA-MI6-NATO (serta ejen tempatannya dari dari EvangeliSStar dan MalaysiaKKKini, serta termasuklah DAPBANGKAI//PKRPELIWAT/PENGGANAS Red Bean/Geng Kongsi Gelap), nak MENGHALANG K'jaan kita guna kapal selam kita sendiri, mungkin takut terdedah rahsia, Submarine NUKLEAR HARAM Israel/Barat yg. berpengkalan dn pengkalan RAHSIA bawah tanah Diego GarCIA, sedang beroperasi di Laut China Selatan, Lautan Hindi dan di Selat Melaka [tengoklah 'Piracy' (yg. akan drancang Barat-ZIONIS sendiri), ke atas kapal asing di Selat Melaka yg. akan meningkat dan akan menyebabkan Barat-ZIONIS akan minta dibenarkan pengawasan kapal tentera laut/submarine mereka di Selat Melaka nanti]!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  2. Bah. Kedua:

    Di samping itu keluarga mangsa China yg. membuat demonstrasi agresif di Malaysia, ada yg. mempamerkan bendera China secara terangan di negara kita ini, bersama logo Reuters (yg. dimiliki ZIONIS-paling-DAJAL, yg. menubuhkan Israel dgn. amat BUAS, Empayar Rothschild) – seolah sedg. menunjukkan taring mereka di masa hadapan jika si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRPELIWAT dapat memerintah Tanah Melayu ISLAM kita ini . Dan sekrg. MAS juga sedg. disasarkan utk. diswastakan terus akibat kerugian dr. insiden kehilangannya.

    Lihat artikel-artikel amat BERNAS oleh Aziz Shukri yg. harus diselidik dgn. amat teliti oleh Kem. Pertahanan; di - http://azlishukri.blogspot.com/2014/04/misteri-mh370-permainan-mungkar-episod-9.html , Misteri MH370 : Permainan Mungkar! (Episod 9), Oleh Azli Shukri, April 20, 2014; dan di
    http://azlishukri.blogspot.com/2014/04/misteri-mh370-ayunan-timur-barat-episod.html:

    Misteri MH370 : Ayunan Timur Barat (Episod ke-8)

    Oleh Azli Shukri

    April 16, 2014

    Dalam tempoh yang amat singkat - sekitar 22 tahun, hubungan antara China dengan Israel telah sampai ke skala yang sangat besar dan luas. Hubungan kedua-duan buah negara ini memuncak dalam lawatan bersejarah Presiden China Jiang Zeming ke Israel pada tahun 2000. Empat presiden Israel dan tiga perdana menteri, termasuk yang paling baru-baru ini, Perdana Menteri Bejamin Netanyahu dalam Mei 2013, telah membuat lawatan diplomatik dan perdagangan ke Beijing.... Dan tidak mustahil MH370 adalah "bahan ujikaji" terhadap pertemuan baharu dalam teknologi eroangkasa antara China dengan Israel. Masalahnya sekarang ialah - teknologi apakah yang sedang dibangunkan oleh China dan Israel sehingga (jika benar) mereka berupaya "melarikan" dan "menghilangkan" MH370 sehingga ke Lautan Hindi?

    Dianggarkan bahawa Israel telah menjual senjata bernilai USD$ 4 bilion kepada China dalam tempoh tersebut. China sangat menginginkan teknologi termaju Israel yang mana ia tidak mampu diperoleh daripada Amerika Syarikat mahpun Rusia.

    Kini, Israel telah menjadi pembekal senjata terbesar kepada China selepas Rusia.....

    Dan sekiranya kita melihat kebelakang - untuk seketika, yakni beberapa bulan sebelum MH370 di laporkan hilang di samudera, kita akan dapati bertapa "intim"nya China-Israel melalui beberapa kerjasama yang telah ditermeterai.

    Enam bulan sebelum MH370 disahkan hilang - Presiden Universiti Tel Aviv, Profesor Joseph Klafter, dan Profesor Zhang Zhi, Presiden Universiti Jiao-Tong di Shanghai, telah menandatangani perjanjian untuk mewujudkan Pusat Penyelidikan Khas Pengajian Israel di kolej-kolej di China. Pusat penyelidikan tersebut akan menangani isu-isu semasa di Timur Tengah dan Israel. Ini merupakan pusat penyelidikan yang pertama dan seumpamanya di China. Perjanjian tersebut ditandatangani di hadapan Duta Israel ke China, Matan Vilnai, pegawai konsular Israel dan wakil-wakil dari komuniti perniagaan, dan golongan Yahudi.

    Sebulan kemudian, pada Oktober 2013, hartawan Cina Li Ka-Shing, seorang ahli perniagaan Asia yang paling kaya, menderma sebanyak USD$130 juta untuk Technion Institute of Technology milik Israel, sebagai sebahagian daripada usaha sama dengan Universiti Shantou yang akan menubuhkan Technion Guangdong Institute of Technology (TGIT). Wow! sangat ajaib - Hadiah, satu hadiah yang sangat besar untuk sebuah universiti Israel, sekali gus menunjukkan hubungan yang sangat mendalam antara China dengan Israel. Ini juga secara tidak langsung menjadi perintis pertama bagaimana Israel mendapat layan yang sangat baik daripada sebuah kuasa besar ekonomi dunia bernama China. Israel juga dijemput untuk menubuhkan institusinya ke negara itu yang mana negara-negara lain tidak pernah mendapat keistimewaan seperti itu.....

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam