Selasa, 22 April 2014

Tun Daim Akan Dipanggil…!


Kerajaan kena panggil Tun Daim..! Najib perlu bersemuka dan duduk semeja berbincang dengan Tun Daim. Jangan dibiarkan orang tua ni bersuara diluar..! Berbahaya..!

Tentunya bersebab kenapa Daim bersuara begini..! beberapa bulan lalu beliau ada menyuarakan isi hatinya didalam majlis UMNO di Bahagian Merbok..! Hari ini beliau berbicara lagi dan mengungkitkan sesuatu yang bakal menarik minat rakyat untuk merancakkan perbualan mereka sambil menghirup teh tarik di kedai kopi.

Ada berita yang mengatakan Tun berkata demikian kerana tidak dapat menyampaikannya secara peribadi kepada Najib. Kenapa sampai begitu? Kenapa kita harus menutup pintu kepada orang yang berpengalaman sepertinya?

Isunya bukan kenyataan Tun Daim itu mesti 100% betul tetapi ianya menjadi dahan untuk orang ramai bergayut meyakinkan cerita mereka dengan berkata ~ Tun Daim yang kata..! Tun Daim yang cakap..! walaupun ulasan dan cerita mereka nanti kebanyakkannya lari dan tersasar dari hujah sebenar yang dimaksudkan oleh Tun Daim..! Ini tentu merugikan kerajaan dan parti..!

Jadi Najib perlu menggorak langkah..! perlu memulakan rentak..! perlu menghulur tangan..! panggil Tun berbincang..! jelaskan apa yang sebenarnya kerajaan lakukan..! jika ada pandangan yang bernas dari Tun Daim..ambil…! apa masaalah..!

Masaalahnya ialah kita gagal mengurus masaalah dan terlalu banyak mencipta masaalah..! Tak percaya tanya Mad Maslan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menggesa kerajaan memenuhkan portfolio Menteri Kewangan bagi memastikan sistem kewangan dan perbelanjaan negara berjalan dengan lebih baik.

Bercakap dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin yang membicarakan topik "Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu?", beliau yakin aliran perbelanjaan negara dapat diurus dan ditadbir dengan baik sekiranya portfolio Menteri Kewangan dipenuhkan.

"Ini adalah isu serius, kerajaan Malaysia berhutang RM600 billion setahun kerana tidak pandai mengurus sistem kewangan dengan baik, ini menyebabkan belanjawan negara jadi tinggi dan akhirnya rakyat menjadi mangsa.

"Sistem kewangan negara perlu dikaji semula, kerajaan harus bijak mengurus dan mentadbir perbelanjaan negara supaya tidak membebankan rakyat," katanya.

Menurutnya lagi, dasar pincang yang diamalkan kerajaan merupakan faktor utama masyarakat mula menyokong pihak pembangkang.

"Bila perbelanjaan harian meningkat, rakyat akan mula rasa terbeban dengan sistem yang diamalkan kerajaan, sebab itulah pihak pembangkang semakin kuat disokong rakyat.

"Kerajaan tidak boleh marah atau tidak puas hati atas keputusan rakyat yang kini semakin berpihak kepada pembangkang, kerana amalan kerajaan masa kini banyak membebankan rakyat," jelasnya.

6 ulasan:

  1. Sokong dengan kenyataan Tun Daim. Sebab apa Pm nak pegang portfolio tersebut. Bagilah kepada orang yang benar-benar layak.

    BalasPadam
  2. Kita ada Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Ke Dua dan Timbalan Menteri Kewangan.

    Itu sudah memadai..

    Tun Daim... alahai Daim... Kau tak faham apa sebenarnya masalah sekarang..

    BalasPadam
  3. Saya rasa jawatan menteri kewangan patut ditambah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan negara. Mana-mana tokoh Umno yang bijak tentang kewangan bolehlah dilantik sebagai menteri kewangan. Jika tokoh berkenaan bukan Ahli Parlimen maka beliau patut dilantik sebagai senator terlebih dahulu. Maka dengan itu PM bolehlah menjadi menteri kewangan kanan yang bertindak selaku ketua menteri kewangan.

    BalasPadam
  4. lantiklah ramai manapun kalau menteri yang dilantik sekarang hanya makan tido makan tido. Kalau ada yang tak tido, hanya sekadar celik melopong, nak bingkas tak boleh pulak, kena ikut prosedur tu, prosedur ni, bincang sana bincang sini dulu. Najib sendiri pun apa kurangnya, melayu dah nak mampus pun dia tido aje. Nak tahu bila dia bangun?, tunggu PRU14 nanti. Orang macam Tun Daim inilah, yang ada otak dan ada pulak telent beralih arah kepada Pakatan haramjadah menjahamkan Negara. So, mengapa tindakkan yang senang pun tak boleh diambil? hanya panggil Tuan daim ni berbincang sambil minum tea dihalaman rumah najib, paling tidak ajak dia main golf sambil berborak apa yang nak daim komen.

    BalasPadam
  5. Najib ni dah kene sindrom dol bongok.....bodoh sombong dan syok sendiri.

    BalasPadam
  6. masa yg amat sesuai, kebetulan pm nak rombak kabinet. rombak sekali portfolio kementerian kewangan. bagi kepada yg boleh ditegur, tidak kedekut tak tentu pasal, tak mudah lulus tak tentu pasal dan TELUS.

    BalasPadam