Nampaknya AG@ Gani setahil sudah dihantar untuk berunding bagi mendapatkan hak ke atas kotak hitam MH370 jika dijumpai kelak..! Nampaknya jelas bahawa penemuan mangsa sudah bukan lagi agenda..! itu jelas..!
Diharap Gani tidak membawa angin yang sama bila berdepan dengan pihak luar seperti mana sikap dan lagaknya apabila berdepan dengan pelbagai isu yang melanda didalam negara..!
Isu kotak hitam ni pun bukan isu Pulau Batu Puteh kan..!kan…!!!
Isu kotak hitam ni pun bukan isu Pulau Batu Puteh kan..!kan…!!!
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai siapakah yang sepatutnya mempunyai hak ke atas kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sekiranya ia dijumpai.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad berkata, Peguam Negara pada masa ini berada di United Kingdom bagi membincangkan bersama ICAO dan pakar-pakar lain berhubung perkara itu.
"Kami bekerjasama rapat dalam isu ini. Peguam Negara di UK bagi membincangkan mengenainya. ICAO dan pakar-pakar yang terlibat berkaitan undang-undang antarabangsa dan undang-undang dalam negeri mengenai siapa yang benar-benar harus mempunyai hak ke atas kotak hitam ini, sebaik sahaja ia dapat dijumpai," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan mesra di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Pesawat Boeing 777- 200ER didaftarkan di Malaysia dan dimiliki oleh MAS. Dan di bawah ICAO, negara asal yang memiliki pesawat itu, iaitu Malaysia, adalah bertanggungjawab untuk melancarkan siasatan dan menjaga bangkai pesawat.
Bagaimanapun, Malaysia telah meminta Australia untuk mengetuai pencarian pesawat itu di selatan Lautan Hindi.
Kalau dah hak Malaysia..hak kita…apa yang patut tak patut lagi..!
Tempohari bila ditanya apakah MH370 mendarat di Diego Garcia bukan main cepat lagi kita menafikannya..!
Sama ajer la dengan cerita dibawah ni…
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menangkis spekulasi berhubung pembabitan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam peristiwa kehilangan pesawat MH370.
“Jika ada, saya tidak fikir kita akan lihat kehadiran besar AS (Amerika Syarikat) di sini,” katanya, merujuk kepada pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas memeriksa persediaan untuk pameran tersebut yang akan bermula esok di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Takde pulak kita dengar ayat.. we look into it..! kami akan siasat..! kami akan dapatkan kepastian..! Tapi kalau isu yang melibatkan Amerika bukan main lagi kita bersilat..!
Kenapa..!!!
Kata zaman kerajaan tahu semua sudah berlalu..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
TAK MENARIK LANGSUNG TULISAN KAU NI.. BORING JER!
BalasPadamCik Nah, ������������
BalasPadamsaper yg becerita ni..??
BalasPadam