Rabu, 23 April 2014

KonSETAN Benci Kenyataan Tun M Ini..!


Berkata benar walaupun pahit..! 

Layan..

1. Di mana Negara pun akan ada orang yang berkuasa. Mereka berada di berbagai peringkat. Di Negara yang demokratik pun terdapat orang yang berkuasa. Budaya orang Malaysia pula demikian sehingga orang yang berkuasa lebih berkuasa kerana tidak akan ada sesiapa yang akan menegur. Orang yang berkuasa boleh buat apa sahaja termasuk yang tidak dibenar. Hanya jika diadakan pemilihan oleh rakyat atau pengikut barulah ketidakpuasan hati mereka dilahirkan. Walaupun demikian faktor lain sering menenggelamkan faktor salahguna kuasa.
2. Saya mengaku bahawa inilah pengalaman saya semasa menjadi pemimpin yang berkuasa. Jarang terdengar teguran melainkan oleh musuh terutama parti lawan. Dan teguran oleh musuh jarang dapat diterima kerana ini memang sifat mereka. Saya dapati teguran pihak ketiga, pihak yang tidak punyai kepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius.
3. Kebiasaannya ramai yang bersedia untuk menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berkuasa. Sokongan mereka mungkin kerana mereka betul-betul dan ikhlas berpendapat apa yang dilakukan memang baik atau buruk. Tetapi ada juga yang menyokong dan mengiakan apa sahaja kerana ini akan disukai oleh yang berkuasa. Dan ini juga akan meningkat pengaruh mereka dan banyaklah nikmat yang akan dikecapi oleh mereka.
4. Mereka yang dapat mempengaruhi orang yang berkuasa sebenarnya mendapat sedikit dari kuasa itu. Lebih kuat pengaruh lebih banyaklah kuasa yang didapati oleh mereka. Dan ramailah mereka yang cuba mendekati dan mengelilingi seseorang yang berkuasa. Mereka akan cuba pengaruhi pihak yang berkuasa sehingga pendapat mereka sahaja yang diterima. Apabila ini berlaku maka kuasa yang didapati oleh mereka amatlah besar, begitu besar sehingga tiada pendapat atau nasihat lain yang akan diterima.
5. Jika pendapat mereka ini baik dan hanya untuk menjayakan pihak berkuasa tidaklah sukar untuk diterima. Malangnya yang kerap berlaku apabila sahaja seseorang atau sekumpulan orang keliling sudah dapat menguasai fikiran dan tindakan orang yang berkuasa, maka bermulalah usaha untuk memperalatkan orang yang berkuasa untuk kepentingan diri.
6. Ramai akan sedar dan melihat kesan buruk dari orang sekeliling pihak berkuasa. Ramai yang akan bercakap berkenaan perkara ini, Ramai yang tidak senang tentang apa yang sedang berlaku.
7. Tetapi di Malaysia mereka tidak sanggup untuk menasihat pihak berkuasa, takut dimarahi atau dipandang serong.
8. Tanpa teguran yang berani oleh mereka, maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa. Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian.
9. Kita lihat dalam sejarah raja dan orang kuat pun akhirnya dihadapkan dengan tindakan keras dan ganas oleh rakyat untuk menjatuhkan mereka. Inilah yang berlaku kepada beberapa raja dan diktator di Timur Tengah.
10. Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas. Mereka mungkin mengguna pilihanraya untuk memperbetulkan keadaan.
11. Tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka terus berlembut.
12. Dalam sejarah raja yang berkuasa mutlak pun tindakan ganas untuk menyatukannya pernah berlaku. Sultan Mahmud dibunuh walau pun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja.
13. Jika hendak berkuasa lama jangan salahguna kuasa yang diberi walaupun ada yang menasihat kita kebal dan segala salahlaku kita tidak akan diketahui dan jika diketahui pun tidak ada yang berani membuat apa-apa.
14. Pembodek diantara penasihat dan orang keliling ialah sebabnya yang berkuasa menyalahguna kuasa sehingga tersingkir.
15. Kuasa membawa kepada korapsi dan kuasa mutlak akan menyebabkan korapsi yang tidak terhad.
16. Bahasa Mat Salleh berbunyi “Power corrupts and absolute power corrupts absolutely”.
17. Mereka yang pegang kepada perpatah ini akan bertegas elak atau gugurkan sahaja kuasa. Bangsa yang korap dan negara yang terkenal dengan bangsa yang korap tidak mungkin maju, bahkan akan runtuh.
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Inilah akibat pengkhianatan si puak LIBERAL/GAY-si-PENJILAT KAPIR HARBI dlm. UMNO - yg. malangnya di masa hadapan, mungkin akan menguasai UMNO sbg. MAJORITI! Mereka tu kan tak biasa bercampur dgn. rakyat miskin, terutamanya yg. Islam/Melayu (melainkan utk. PENIPUAN publisiti murahan-'photo-op') mahupun mendengar keluhan HARIAN mereka (bukan hanya waktu pilihanraya atau pemilihan UMNO)!

    Lihat sajalah rakyat, terutamanya yg. miskin dari penunggang motosikal/basikal dan kereta kecil, serta MAJORITI mangsa adalah umat ISLAM/Melayu, yg. dibiarkan MATI KATAK/cedera kdg-kdg sampai CACAT akibat dilanggar LORI/KERETA/BAS BUAS, akibat TUANPUNYA lori/bas/kereta ini sendiri puak GANGSTER atau dibiarkan ambil ramai puak pemandu mcm. dr. GENG-KONGSI-GELAP?! Sedangkan Menteri Pengangkutan tu buat apa - tak dengarkah keluhan rakyat; sedgkan budak omputih Peranchis yg. tulis surat puji dia, bukan main dilayan sampai nak jumpa?!

    Mahupun si-PENJILAT-siCINARASIS-wee-wee, yg. boleh biaqkan pesta-pesta liar-dadah berlansung demi pelancongan ala si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, mahupun pulau Langkawi, yg. penuh tradisi PUSAKA Melayu-Islam mahu diKAPIRkan spt. negara KASINO, Monaco!

    Lihat seorg. lagi si PEMBODEK-KAPIR-MUSUH-ISLAM-No-1, si LIBERALkairy-budak-mentah-berangan-nak-jadi-PM, yg. asyik dipuja EvangelisSStar, yg. asyik nak menghentam PERKASA atau mana-mana pihak yg. berani mengkritik si budak-mentah ni, sebagai 'extremis' atau 'berhaluan kanan'!

    Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/23/Khairy-extremists-exist-both-sides-political-divide/ :

    Extremists exist on both sides of political divide, says Khairy

    April 23, 2014

    MELBOURNE: Religious and political extremists exist on both sides of the political divide, and do not belong in Malaysian society, said Khairy Jamaluddin.

    "These extremists, whether they cause religious fanaticism or ethnic chauvinism, are the very forces that seek to divide us as a people.

    …."Without the liberal approach spoken in the Rukun Negara, which in spirit reflects the progressive and moderate political philosophy of the Datuk Seri Najib Tun Razak administration, we risk being held hostage to forces of extremism in our own political system at home.

    He advised students to to take the middle path and to engage a common narrative for the good of the nation.

    Khairy said it was important for Malaysians to take a moderate and progressive approach for the good of the nation.

    "To me, it's the only choice for Malaysia. I have to face accusations of political treason from the right of my party, but I persevere as does the Prime Minister, because we believe that we must never waver in our cause," he said…..

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  2. Tapi org2 UMNO lah yg paling berasuah termasuk Tun M.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak komen tuh berikanlah fakta, takut takut pulak dikatakan komen tuh auta pulak.

      Padam
    2. Ramai rakyat malaysia dah tak termakan kelentong peliwat tua tu. Peliwat tu yang sebenarnya membawa budaya rasuah dalam Umno pada sekitar tahun 1994-1998. Confirm 1117 ni budak muda yang tak tahu pasal sejarah dan belum kenal siapa itu peliwat tua yang selalu menipu dan merasuah.

      Padam
  3. 1117 tak yah lah ko menyalak je, bagilah bukti ngok.

    BalasPadam
  4. catatan dari negarawan ulung..ayahanda tun M...memang tepat apa yg di catat....itu la sebenarnya gambaran dan realiti orang berkuasa di malaysia...ditegur akan melenting..tak di tegur makin besar kepala, lagi bongkak, sombong, riak dan takbur...itu perangai melayu yg mempunyai kuasa...kalau apa yg di catatkan olih ayahanda ini tidak di buat ikhtibar...insyaallah, satu hari nanti ( kalau panjang umur) kita sama sama lihat bagaimana bangsa melayu kita akan merempat di tanah air srndiri...lihat apa dah jadi kepada bangsa moro di filipina...jadikan lah ikhbar sebelum nasi jadi bubur...sedar lah melayu melayu yg masih mempunyai kuasa..

    BalasPadam
  5. Tun M di lantik oleh Allahyarham Tun Hussin Onn.
    Waktu itu umur gua baru 21 tahun. Saat itu gua pun dah kagum dengan watak dan keperibadian Tun M.

    Beliau punya 'aura' tersendiri. Suaranya di radio didengari dan diamati,wajahnya di TV sentiasa dinanti.
    Beliau diawal kuasanya memutuskan radar diurus negara bukan lagi oleh singapura,waktu diseragamkan antara semenanjung dan timur.Beliau melancarkan ASN dan lanjutan dari itu beliau mengembalikan beberapa ladang,tanah dan istana kembali ketangan Malaysia dari penguasaan British....kami hanya menjerit WOW....!!!
    Dan ada ribuan lagi kejayaan diciptakan oleh beliau selain Proton,MSC,KLIA dan projek Putrajaya.
    Putrajaya di masa pembentangan cadangan di bantah,ditentang dan malah ada puak2 pembangkang mengancam akan menjual Putrajaya andai berkuasa.Ternyata kini Putrajaya menjadi impian dan rebutan puak2 tersebut.

    Disaat ekonomi asia tenggara diserang Malaysia hampir terjerumus menyembah IMF sewaktu 'sidia' menteri kewangan.Syukur Tun M pantas menghidu dan memecat sidia lantas menyelamatkan Malaysia dari menjadi hamba Yahudi.
    Banyak lagi yang Tun M rancang namun banyak yang telah dimusnahkan selepas pengganti Tun M berkuasa.Akibatnya Malaysia berundur lagi kebelakng dari target kemajuan yang dirancang.

    Kepada adik2 atau anak2 muda yang 'kurang' tahu sejarah bermula 1981 atau sebelumnya gua sarankan agar banyakan membaca atau cari bahan2 yang berfakta yang sangat banyak dipasaran atau di alam maya.

    Kasihanilah anak2 dan cucu2 kita yang bakal mewarisi negara ini.
    Kalau dulu komunis adalah musuh nyata yang mengangkat senjata namun sekarang komunis bergerak hanya menggunakan computer laptop atau gajet2 terkini. Satu contoh kumpulan RBA yang menjalankan kegiatan khusus semata2 bertujuan untuk memusnahkan bangsa Melayu.

    Beringatlah. Kita tetap akan mati meninggalkan dunia TAPI yang kita tinggalkan...anak2 cucu2 dan semua keturunan kita.Apakah nasib mereka kelak.

    BalasPadam