Sabtu, 12 April 2014

MH 370 ~ Co Pilot Buat Panggilan Telefon..!


SHAH ALAM - Hasil siasatan dari pasukan siasatan telah mendedahkan satu maklumat terbaru berhubung insiden kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh New Straits Times hari ini, pihak berkuasa telah mendedahkan satu maklumat berhubung pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid yang membuat satu panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang pada ketinggian 5,000 kaki semasa melalui Pulau Pinang.

Menurut laporan itu lagi, panggilan telefon tersebut berjaya dilakukan berikutan pesawat tersebut yang terbang cukup rendah sehingga membolehkan menara kawalan telekomunikasi mengesan panggilan telefon yang dibuat.

Namun panggilan telefon tersebut disahkan terputus secara tiba-tiba sebelum kapal terbang tersebut hilang dari radar dan pasukan penyiasat masih melakukan siasatan terperinci ke atas maklumat tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan seramai 205 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam membantu siasatan pihak polis.

Menurut beliau, pihak polisakan memanggil lebih ramai individu untuk membantu pihak polis menyelesaikan siasatan ke atas insiden kehilangan pesawat tersebut.


Kerajaan akan siasat..

KUALA LUMPUR: The Malaysian government is looking into a news report which today claimed that a phone call was attempted by a member of the lost MH370 flight crew.


According to a report by news agency AFP, the Transport Ministry will  issue a response on the latest revelation by the New Straits Times (NST).

The English daily today claimed in an exclusive report that co-pilot Fariq Abdul Hamid had tried to call someone when the plane was flying low near Penang on March 8.

NST, quoting sources close to the investigation, revealed that the phone call was made from a mobile phone belonging to Fariq.

The newspaper's sources said that this latest information was among those that are being collected by investigators to unravel the mystery of what happened to the Boeing 777-200ER moments before it went off radar more than a month ago.

The report said that the aircraft with 239 people on board was reportedly flying at an altitude low enough for the telephone signal to be detected by the nearest telecommunications tower.

"His (Hamid's) call, however, ended abruptly, but not before contact was established with a telecommunications sub-station in the state," said the paper.

NST, however, has not revealed who was being contacted by Fariq.

Yesterday, Malaysia's Inspector-General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar, said more than 205 statements from various quarters, including family of  passengers and crew of MH370 had been recorded.

The police are expected to record more statements and have yet to clear anyone on board the aircraft in their investigations.


Lu Fikir La Sendiri!!!

UPDATE ~ Kerajaan menafikan laporan -


KLUANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang. 

Beliau berkata, jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.

Saya tidak boleh komen ( mengenai laporan akhbar  itu ) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak di sini, hari ini. 

Menurutnya, sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain. 

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan