Selasa, 8 April 2014

MH 370 - Teknologi Kapal Selam Tanpa Pemandu

PERTH: Kru mencari buat kali pertama menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dalam Lautan Hindi bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan di atas kapal Australia datangnya dari kotak hitam pesawat MH370, kata Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss, hari ni.

Truss yang memangku jawatan itu ketika Tony Abbott berada di luar negara berkata, anak kapal Ocean Shield akan melancarkan kenderaan itu, Bluefin 21 hari ini.

Kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.

Jika peta itu melakar kawasan serpihan, anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat. - AP

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen