Menurutnya selagi pesawat MH370 tidak ditemui, masyarakat dunia harus terus berharap bahawa kemungkinan penumpang dan krew pesawat tersebut untuk hidup masih ada.

"Ini adalah harapan buat keluarga penumpang dan pesawat tersebut, walau apa jua keadaan kita perlu terus mengandaikan bahawa mereka masih hidup, walau pun kemungkinan tersebut tipis," katanya.

Justeru, beliau merayu kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang andaian berhubung dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan pesawat MH370 hilang di Lautan Hindi.

"Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa MH370 telah hilang di Lautan Hindi, bukannya terhempas di Lautan Hindi.

"Saya merayu kepada orang ramai supaya jangan cepat mempercayai sebarang khabar angin berhubung dengan kenyataan beliau," katanya lagi.

DCA pulak kata

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman hari ini menafikan laporan yang menyatakan pesawat MAS penerbangan MH370 membuat bulatan semasa berpatah balik. 

"Pesawat itu tidak membuat bulatan, itu tidak benar," kata beliau merujuk kepada laluan melengkung pesawat yang berbeza, yang bocor kepada pihak awam.    

Azharuddin menyatakan demikian pada persidangan akhbar rutin, yang turut dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ketua pegawai eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.     

Sebelum ini, rakaman radar tentera Malaysia menunjukkan kemungkinan MH370 telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 

Diagram dikeluarkan Kementeran Pengangkutan bagaimanapun menunjukkan bahawa MH370 telah membuat belokan mendadak, dan bukan bulatan sebagaimana didakwa oleh beberapa pihak. 

Mengulas mengenai kerjasama dengan syarikat Boeing, pengeluar pesawat MAS itu, Azharuddin berkata pasukan dari syarikat itu turut menyertai pasukan penyiasat bagi membantu mengesan kedudukan sebenar MH370. 

"Mereka bersama dengan National Transportation Safety Board (NTSB), Air Accidents Investigation Branch (AAIB) dan juga pasukan penyiasat dari negara Australia dan juga China, mereka ada di sini dan boleh dihubungi melalui telefon serta emel," katanya.

Hishammuddin turut berkata pasukan Boeing itu akan turut menyertai tiga kumpulan siasatan yang diumumkan hari ini. 

"Saya percaya mereka akan tampil ke hadapan, tak ada apa-apa perkara yang nak kita sembunyikan. Biarlah ikut prosedur dan struktur yang telah kita tubuhkan," katanya.

Penubuhan pasukan penyiasat bebas

Malaysia akan menubuhkan pasukan penyiasat yang diketuai seorang pegawai penyiasat bebas untuk mengkaji kehilangan pesawat MH370 bulan lepas, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) hari ini
"Pasukan penyiasat akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan tumpuan kerja mereka adalah kepada tiga aspek utama berkaitan kehilangan pesawat," kata pemangku Menteri Pengangkutan.
Hishammuddin mendedahkan ketiga-tiga kumpulan menyiasat akan menyiasat keselamatan pesawat MH370, operasi penerbangan, dan faktor perubatan dan manusia.
Hishammuddin berkata sebagai satu keperluan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) , Malaysia akan terus mengetuai penyiasatan kehilangan MH370 itu.
"Menurut piawaian ICAO, 'penyiasat bertanggungjawab' bebas akan dilantik untuk mengetuai pasukan siasatan."
"Pasukan penyiasatan termasuk tiga kumpulan, iaitu kumpulan kelayakan terbang, kumpulan operasi dan kumpulan faktor perubatan dan manusia. "
"Kumpulan kelayakan terbang akan mengkaji isu-isu seperti rekod penyelenggaraan MH370, struktur dan sistem," jelas Hishammuddin.
"Kumpulan operasi akan mengkaji rakaman penerbangan, operasi dan rekod meteorologi."
Akhir sekali, Hishammuddin berkata, kumpulan faktor perubatan dan manusia akan menyiasat isu-isu seperti faktor psikologi, patologi dan kelangsungan hidup.
Beliau mendedahkan pasukan penyiasat itu juga termasuk beberapa negara bertauliah seperti Australia, yang menerima tawaran Malaysia.
"China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis juga akan dimasukkan sebagai wakil bertauliah untuk pasukan penyiasatan," kata Hishammuddin.
Beliau berkata, mana-mana negara lain yang dirasakan Malaysia boleh membantu juga akan dimasukkan sebagai wakil yang diiktiraf.
Sementara itu, Hishammuddin juga mengumumkan Putrajaya menubuhkan tiga jawatankuasa peringkat menteri untuk menyelaras dan mengukuhkan semua usaha yang berterusan untuk mencari MH370 .
"Selain pasukan penyiasatan yang saya umumkan sebelum ini, tiga jawatankuasa peringkat menteri juga ditubuhkan dan akan diketuai seorang timbalan menteri, " kata Hishammuddin.
Pertama, adalah jawatankuasa berkenaan waris penumpang MH370 yang akan diketuai Timbalan Menteri Luar Negeri , Datuk Hamzah Zainuddin.
"Jawatankuasa ini akan menyelia semua aspek mengenai waris penumpang MH370," kata Hishammuddin.
"Jawatankuasa ini akan menyediakan keluarga dengan maklumat mengenai operasi mencari dan juga menyediakan sokongan selepas operasi berakhir."
Hishammuddin berkata, jawatankuasa itu akan menyelaras dengan kerajaan asing berkaitan, dan membantu tugas Malaysia Airlines.
"Jawatankuasa kedua menyelia teknikal , khususnya pembentukan dan pelantikan pasukan penyiasat."
Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Jawatankuasa ketiga akan mengendalikan isu-isu berkaitan penggunaan aset untuk operasi carian.
Jawatankuasa ini diketuai Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri akan bekerjasama dengan rakan-rakan asing yang terlibat dalam operasi pencarian.
Mereka juga akan berhubung rapat dengan Pusat Penyelarasan Bersama Australia. – 5 April, 2014.
Lu Fikir La Sendiri!!!