Berusaha sudah..berdoa pun sudah..! apakah ini jawapannya..!!!
PERTH 7 April - Isyarat yang dikesan alat pengesan ping yang dipasang pada kapal Ocean Shield adalah 'petunjuk terbaik setakat ini' kerana konsisten dengan kotak hitam milik MH370.
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston berkata, kapal dari Australia itu mengesan isyarat pada kedalaman 4,500 meter ke dalam laut sebanyak dua kali, setiap satu dalam tempoh lebih dua jam.
"Bagaimanapun, lebih banyak maklumat diperlukan untuk pengesahan dan tiada sebarang serpihan pesawat ditemui setakat ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - AGENSI
Namun…
PERTH 7 April - Laman web BBC melaporkan, Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston berkata, kapal Ocean Shield gagal mengesan semula tanda isyarat yang menjadi antara petunjuk penting dalam mencari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370.
Menurut beliau, pihaknya kini perlu menggunakan peralatan mengesan imej untuk mengesahkan sama ada terdapat bangkai pesawat di kawasan terbabit. - Agensi
Lebih menyedihkan…
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat.
Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.
"Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelit menunjukkan tidak ada yang terselamat.
LU Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan