Jumaat, 25 April 2014

Pesawat Virgin Blue Dirampas Penumpang Mabuk..!


Macam mana boleh pintu kokpit diceroboh?

JAKARTA: Sebuah pesawat penumpang Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan Australia, Virgin Blue, dipercayai dirampas ketika dalam penerbangan dari Brisbane ke Denpasar, Jumaat.
Pada masa ini, pesawat berkenaan sudah mendarat di Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai, Bali.

Perkara itu disahkan jurucakap Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto dalam temu bual secara langsung dengan stesen televisyen tempatan, MetroTV.


Difahamkan, seorang penumpang cuba memasuki kokpit menyebabkan pesawat itu terpaksa mendarat di Bali. 



Nasib baik tak sempat ceroboh..!

Kalau tidak..!!!


Lu Fikir La Sendiri!!!


Update ~

SEBUAH pesawat Virgin Australia 'dirampas' ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali, Indonesia.

Rampasan pesawat dilakukan oleh seorang penumpang mabuk.

Dalam insiden itu, penerbangan VA41 - Boeing 737 yang meninggalkan Australia kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) terganggu apabila salah seorang penumpang yang mabuk memaksa untuk masuk ke dalam kokpit.

Juruterbang terbang terpaksa menghantar signal rampasan pada jam 1.05pm sementara anak kapal mengawal situasi.

Pesawat itu mendarat pada 2.43pm (waktu Bali) dan kini berada di selatan lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar.

Polis Bali telah menahan penumpang berkenaan. - Yahoo News

Mabuk rupanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan