Jumaat, 4 April 2014

2 Mangsa Culik Disahkan Selamat..!


Soalnya bagaimana begitu mudah pengganas ini masuk? masuk bilik penginapan pulak tu? Bagaimana sebenarnya modus operandi Esscom?

Takkan la semudah itu..! Jangan sampai nanti orang gelar Sabah Darul Culik sudah ler..!!!

LAHAD DATU: Dua wanita, termasuk seorang pelancong China yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata api di Singamata Reef Resort, Semporna, disahkan berada dalam keadaan sihat dan dipercayai sudah dibawa ke selatan Filipina.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek, berkata berdasarkan maklum balas bahagian risikan, pihaknya sudah mengenal pasti lokasi mereka disembunyikan dan kumpulan penculik yang terbabit

"Salah seorang daripada anggota penculik itu dipercayai terbabit dengan kes penculikan di Pulau Pom-Pom, Semporna tahun lalu, manakala selebihnya terbabit dengan insiden penculikan di Pulau Sipadan pada 2000. 

"Kumpulan penculikan untuk wang tebusan ini dipercayai aktif dan agresif di selatan Filipina," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Kalau stkt nak ckp selamat, tp masih di tang.n penculik. X payah ckp kot
    Sbb x selamat lg tu

    Jgn la bg kenyataan yg agak kurang cerdik. Yg boleh buat org pikir 3, 4 kali. Kata selamat, tp kt penculik lg

    X ke bodohnya namanya tu

    Kalau buat kenyataan masih hidup dan sihat.. lg ok kot. Perkataan "selamat" tentu bermaksud dah diselamatkan.

    Come on la. Jgn bodoh sgt !!

    BalasPadam